CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2807|Reply: 19

'Dapat Buat Belakang Pentas Pun Tak Apa' - Ifa Raziah Mohon Maaf

[Copy link]
Post time 22-8-2022 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dangdut, Ifa Raziah, 47, membuat permohonan maaf secara eksklusif dalam program Terpaling Juara yang bersiaran di TV3, malam tadi.


Permohonan maaf itu dibuat selepas namanya terpalit dengan kontroversi ketika didakwa bergelek di satu majlis akikah, baru-baru ini.




IG Ifa




"Secara eksklusifnya, hari ini, saya buat permohonan maaf secara langsung. Saya mohon maaf kepada seluruh umat manusia, tak kira di mana anda berada dan saya memaafkan juga orang-orang yang mengata saya.


"Memang niat saya, nak buat permohonan maaf ketika berada di pentas, tapi tak berkesempatan. Jadi, dapat buat di belakang pentas pun, tak apa.


"Alhamdulillah, ia dapat ditonton seluruh rakyat Malaysia yang menonton dan saya berharap, benda ini tidaklah berpanjangan lagi," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Ifa, dia tidak didesak oleh mana-mana pihak termasuk keluarga, sebaliknya, ia ikhlas dari hatinya.


"Semua atas hati saya sendiri. Saya datang hari ini, nak cari rezeki. Pada saya, maaf itu satu benda yang baik dan mungkin ada hikmahnya. Tak perlu nak ego atau apa.


"Bila saya fikir yang saya pun dah berumur, saya tak mahu orang membenci saya. Kalau orang benci kita, rezeki itu macam tersekat-sekat dan macam tak ada rahmat," katanya.


Ditanya mengenai pengajaran daripada situasi yang berlaku, Ifa berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi aktiviti kerja seninya.




  



"Saya dah lali dengan benda ini, tapi, sebagai manusia yang lemah dan buat kesilapan, kita kena lalui benda ini dan menjadi lebih matang.


"Di masa akan datang, kalau ada jemputan persembahan atau apa, sebab kita dah tahu orang tak suka, kita tak perlu muat naik apa-apa (ke media sosial)," katanya.


Terdahulu, kontroversi membabitkan Ifa itu turut mendapat perhatian dan teguran beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma' Harun.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 05:33 PM | Show all posts
koserlah nk maafkan...bknnya ko berdosa ngan aku pun. baik ko g minta ampun ngan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:54 PM | Show all posts
takut le tu orang boikot program tu sebab dia...pastu ulang lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:59 PM | Show all posts
kena pakai ketat ke baru nampak kurus dan sexy....huhu dah la bekong tu tebal....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
X habis2... majlis dia gelek tu bukan majlis akikah masjlis anniversary.. akikah tu awal2 je.. 2 majlis 1 masa.. gelek pun biasa2 je aku tgk kat ig alya bukan goyang gerudi inul pun. Kalau fikir dosa x ler dia jadi penyanyi. Majlis pun si adykana bukan majlis dek wany
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 22-8-2022 06:02 PM
X habis2... majlis dia gelek tu bukan majlis akikah masjlis anniversary.. akikah tu awal2 je.. 2 maj ...

Kan nit3zen acah terpaling suci
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari itu ifa goyang
agar semuanya senang
bagi yang kurang berkenan
lihat ifa goyang
jangan marah maafkanlahhhh~~
haaa gituhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi modus operandi pentaksub “fame media sosial” sama je
buat benda bodoh pastu meriak mcm terpaling “tidak terkesan” … pastu minta maaf … pastu ulang sampai AJM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 07:02 PM | Show all posts
Aku kalau kau memg bekait comolot spesis geng adykana memang aku menyumpah siap2
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:07 AM | Show all posts
Lain kali kalau Ifa  dpt undangan goyang gerudi ke, goyang gergaji ke, jgn heboh2 atau paparkan di socmed.  Diam2 je. Dah cara tu yg beri dia makan, periuk nasi dia di situ takkan nak suruh dia berhenti pulak. Honor pun ribu2.  Tapi tu lah, nak bermegah2 masyarakat melayu M'sia tak boleh terima.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh aritu ckp xsalah.dia trpaling kaya trpaling islam.tiba2 mntak maaf
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:15 AM | Show all posts
mintak ampun kat Allah terus.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:42 AM | Show all posts
dia dulu memang penyanyi ke? serious iols tak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
1) mintak maaf slps ditegur oleh ustaz dan ustazah
2)akan lebih berhati2 dlm berkongsi aktiviti kerja seni.maknanya tetap akan buat cuma tak akan upload kat social media jer la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh… Tiber??? Tv3 suruh ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Xteringin tgk program ni sbb ada pompuan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 01:25 PM | Show all posts
nabil lah razali versi senior ... tak tau cemana blh survive menyanyi selama 26 tahun nih .. mungkin pakai sora org lain kat backstage agaknya!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 02:58 PM | Show all posts
bagusla mintak maaf.. hope ikhlas laa
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 05:27 PM | Show all posts
Kesah pulak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 11:32 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 26-8-2022 11:39 AM

tu majlis akikah scammer macau scam malaysia, apa yang rezeki nye, bala istidraj je. sebelum jadi scammer, dia ada rekod samun. gelek2 tu small matter je, nasib tuan majlis tak hidang arak dan bacon je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.202577 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list