CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 879|Reply: 6

‘Dia’ Panas Lepas Baca Ayat Suci, 2 Kali Atiq Azman Mimpi Disihir

[Copy link]
Post time 22-8-2022 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Nama Atiq Azman sering menjadi perhatian warganet terutamanya di kalangan peminat remaja dek wajah tampan dan bakatnya dalam dunia lakonan.


Terbaru, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu memuat naik perkongsian di Insta Stories mendedahkan dia bermimpi bahawa dirinya telah disihir.




IG Atiq




Bukan sekali, malaha dua kali dia didatangi bermimpi serupa.


Menjelaskan keadaan ketika itu, Atiq mendedahkan dia juga ada membaca beberapa ayat suci Al-Quran.


“Masa yang pertama tu, Atiq cuba lawan dalam mimpi tu dengan ayat-ayat yang buat ‘dia’ panas, lepastu tersedar nafas memang laju.




IG Atiq




“Kemudian, Atiq saja tidur balik nak tengok siapa yang buat, muka dia samar-samar lepastu hilang dah. katanya.


Musykil dengan perkara itu, pelakon berusia 22 tahun itu sempat bertanya kepada pengikutnya.








Tambah Atiq, perkara tersebut merupakan pertama kali terjadi buat dirinya.


Mainan tidur semata-mata atau petanda?




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Atiq ke Itik ke, akak tak kenal dik.
You is who is whom?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 02:44 PM | Show all posts
Kalau pun kena, bukan benda untuk diceritakan. Kekadang tukang buat memang nak tengok apa result nya
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 11:01 PM | Show all posts
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

الرُؤْيَا ثَلَاثَةٌ، فَرُؤْيَا صَالِحَة بُشْرَى مِنَ الله، وَرُؤْيَا تَحْزِين مِن الشَّيْطَان، وَرُؤْيَا مِمَّا يحدث المَرْء نَفْسه، فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُم مَا يُكْرِهُ فَلْيَقُمْ فَليُصَلِّ وَلَا يَحدث بِهَا الناس

Maksudnya: Sesungguhnya mimpi itu mempunyai tiga jenis. Mimpi yang baik itu merupakan berita gembira itu yang datang daripada Allah SWT. Mimpi yang buruk dan membawa kesedihan itu adalah daripada syaitan. Dan mimpi yang disebabkan oleh apa yang berlaku ke atas seseorang itu. Jika sekiranya sesiapa dalam kalangan kamu bermimpi sesuatu yang buruk, hendaklah dia berdiri dan mendirikan solat sunat, serta janganlah dia memberitahu mimpinya itu kepada orang lain.
Dalam satu hadith Rasulullah SAW menyebutkan bahawa jika seseorang bermimpi sesuatu yang buruk meludah ke belah kirinya dan hendaklah membaca isti’azah. Rasulullah SAW bersabda:

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنَ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنَ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لا تَضُرُّهُ

Maksudnya: Mimpi yang baik itu adalah daripada Allah SWT, adapun mimpi yang buruk itu daripada syaitan. Jika sekiranya seseorang itu bermimpi satu mimpi yang ditakutinya hendaklah dia meludah ke belah kirinya dan hendaklah dia memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada kejahatannya, nescaya dia tidak akan memudaratkannya.

Hadith riwayat al-Bukhari: (3292)

Hadith riwayat Muslim: (2263)
Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa mimpi bukan dalil syarak dan tidak boleh dijadikan hujah untuk menetapkan sesuatu hukum syar’ie samada halal, wajib atau haram. Tambahan pula, ia tidak boleh dijadikan hujah ke atas diri sendiri atau orang lain. Hal ini kerana, orang biasa tidak mampu melepaskan diri daripada hasutan syaitan, justeru tidak boleh memastikan kesahihan takwilan mimpi yang dialaminya tersebut walaupun dia bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Hanya mimpi para nabi dan rasul sahaja merupakan mimpi yang benar yang dijadikan sumber hukum serta merupakan hujah syarak, kerana mereka dilindungi Allah SWT dan terlepas daripada mainan syaitan. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman terhadapnya serta memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’at-Nya dengan sebaiknya. Amin.

WaAllahu a’lam.


sumber >>> IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-334 : BOLEHKAH MENGGUNAKAN MIMPI SEBAGAI HUJAH DAN MEMPERCAYAI TAKWILANNYA?


mimpi buruk permainan syaitan. ludah ke kiri, atau mimik perbuatan ludah ke kiri, bangun malam, amik wudhuk. kalau mampu, solat sunat tengah malam.
yang dah kawen, hati2 meludah, kang kena tampor laki/ bini kat sebelah  

dan kalau mimpi buruk, mimpi ngeri, jangan diceritakan kat orang. takut jadi fitnah.
lain orang, lain telinganya, lain tafsirannya.
orang ni kata tu, orang tu kata ni. masing2 tafsir mimpi suka hati tanpa ilmu, buat cerita, palatao, nanti jadi cerita buruk, jadi fitnah. hati-hati. boleh makan diri balik.

basuh kaki, amik wudhuk, baca doa sebelum tidur, ayat2 lazim ke, berzikir sampai tertido, ingat2 Allah, berdoa untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk orang tersayang dan orang terdekat, saudara-mara, sahabat handai, etc etc etc. sampai la terlena.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 11:12 PM | Show all posts
takyah cerita lah dik alha alfa pasal benda2 macamni kat sosial media...
kalau musuh ke penghantar sihir tu tahu ko bagitahu ko kena sihir dan dia dapat tahu ilmu dia berkesan...

lagi dia seronok dan tersunyum sampai ke suria... siap2 dia print post ko dan jadikan testimoni yang dia dukun terhebat untuk dapatkan ramai lagi pelanggan... agittewww...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Atiq pun nak jd penunggang agama gak ke...nak peminat tahu dia budak tahfiz ye....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2022 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon @Kurex masuk beri sepatah dua kata.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061085 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list