CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1511|Reply: 7

Kes Saman Masih Berjalan, Siti Nordiana Teruskan Hidup Macam Biasa

[Copy link]
Post time 22-8-2022 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Siti Nordiana mendedahkan dia menerima keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat yang menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan bintang tersebut, Julai tahun lalu.


Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, bagaimanapun belum boleh memberikan komen secara terperinci kerana proses selanjutnya masih berjalan.


Foto: IG




“Keputusan tersebut saya terima semalam (Jumaat) daripada peguam saya. Ini adalah keputusan pertama dan saya difahamkan masih ada lagi beberapa permohonan lain daripada pihak sana.


“Yang pertama ini sudah dapat jawapan, ditolak. Keputusan yang diputuskan mahkamah, itulah dia. Apa pun saya serahkan segalanya kepada prosedur perundangan,” katanya kepada MH.


Nana berkata demikian ketika ditemui ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu.




  



Ditanya perkembangan dirinya susulan kes mahkamah yang masih berjalan, Nana akui dia memilih untuk meneruskan kehidupan seperti sebelumnya.


“Saya jalankan hidup macam biasa. Walaupun mungkin proses ini ambil masa yang lama, tapi tak mengapa, saya okay saja. Hidup dengan cara sendiri.


“Kalau dipanggil untuk perlu hadir ke mahkamah, saya akan hadir. Begitulah, ” katanya lagi.




  



Terdahulu media melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman yang difailkan Nana terhadap mereka, berhubung dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.


Dua individu itu ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 44, dan jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 43.


Perkara itu dimaklumkan peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Nana selaku plaintif selepas prosiding kes secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @ Mohd.Johan Lee.




  



Menurut peguam itu, mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan tersebut membayar kos RM3,000 kepada Siti Nordiana.


“Mahkamah menolak permohonan itu atas alasan antaranya terdapat asas fitnah dalam pernyataan tuntutan plaintif. Tarikh 27 September ini ditetapkan untuk pengurusan kes, seterusnya,” kata peguam tersebut yang dipetik.


Terdahulu Sam Musyadzafar dan Razidah masing-masing merupakan defendan keempat dan kelima telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut pada 24 Januari lalu.


  



Pada prosiding sama, Sam Musyadzafar diwakili peguam Zeti Zulfah Zulkifli @ Hassan manakala Razidah diwakili Muhammad Aliff Haiqal Roslan.


Selain kedua-dua defendan itu, Siti Nordiana turut menyaman Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36, dan Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, selaku defendan pertama sehingga ketiga.


Menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 30 Julai 2021, Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai tahun lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.-CARI


Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 02:28 PM | Show all posts
biar hilang kawan yang fake. teruskan je saman tu Nana.. jangan peduli dah kawan toxic macamni. go Nana go
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 02:58 PM | Show all posts
Moga Nana menag besar dlm kes ini dan jauhkan diri dari kawan yang pelesu di duniawi ini
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:13 PM | Show all posts
sian nana ni dahla desa nan permai dapat pula kawan fake
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:23 AM | Show all posts
kwn meols loyar kata, mmg ada asas kes nana ni. kira mcm kes mudah lah. goodluck nana. meols doakan chuols menang. pedih yach kena mcm tu di depan org ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
All the best nana.. moga menang besar hendaknya.. mcm meols pernah cakap dulu korang nak membawang,mengutuk buat la group WhatsApp.. mohtip korang buat live IG tu dah kenapa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2022 11:39 AM | Show all posts
Bagus Nana ni, bersederhana je. Moga menang kes saman kawan2 fake.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 11:41 AM | Show all posts
go go nana... elok la saman jah retis tersangkak tiga eko tu...
hidup nana ni lepas satu satu musibah...

tak cukup dengan musibah acik2 porum tak habis2 duk mengaminkan sheols dengan ponen2 bottom...
dah la orang tu dah cukup menderita lagi deorang nak heshe menonggeng kehausan sampai ke subuh pergi kenankan dengan lelaki yang tak berapa lelaki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110133 Replies : 7024
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 7224 Replies : 26
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33990 Replies : 70
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33439 Replies : 18
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 94172 Replies : 3669
...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
seribulan...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
Views : 14084 Replies : 31
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 28120 Replies : 71
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73957 Replies : 692
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72106 Replies : 767
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7223 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.079279 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list