View: 1364|Reply: 7
|
Mayat Wanita Tua Ditemui Di Tasik Perdana
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Gempar apabila mayat seorang wanita warga emas ditemui di Tasik Perdana, Taman Botani di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 9.39 pagi.
 Foto: Bomba KL
“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah bersama sebuah jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.
“Mayat wanita warga emas berusia 68 tahun itu ditemui dengan anggaran jarak tiga meter dari tebing tasik berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, mayat mangsa telah berjaya dinaikkan pada pukul 10.12 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur.
“Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat wanita terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Aku zoom tgk kot berpakaian sukan...kot2 la terjatuh kan masa beriadah kat situ
So maybe terjatuh, dijatuhkan or menjatuhkan diri dlm air tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin tergelincir masa exercise pagi2 keliling tasik tu
Kat park rumah aku mmg ramai warga tua pagi2 pukul 630am dah exercise pusing2 keliling tasik |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. lagi tua daripada mak I..
nak balik tengok mak lah, takyah tunggu raya 
maaakkk abaahhhh  |
|
|
|
|
|
|
|
jfq replied at 20-8-2022 12:15 PM
Mungkin tergelincir masa exercise pagi2 keliling tasik tu
Kat park rumah aku mmg ramai warga tua pag ...
Mgkin laa kot.. exited nak joging ujung ujung tersilap step masuk lombong.. muda lg ahso ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa mungkin tergelincir time jogging ke apa ke? Sekarang pun kejap hujan, kejap panas. Manalah tahu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan nak bunuh diri pakai elok2 kot? Macam2 speku boleh buat |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Mujur mayatnya ade yang jumpa |
|
|
|
|
|
|
| |
|