CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3351|Reply: 29

Kekok Nak Panggil 'Bekas Isteri', Afdlin Shauki Tak Kisah Kalau Rujuk Kembali

[Copy link]
Post time 20-8-2022 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Penceraian tidak pernah menutup pintu hati pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, Maria Christina Orow Abdullah.


Meskipun tidak pernah berbincang mengenai hal itu, Afdlin dan Christina yang bercerai April lalu menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada takdir sekiranya kembali bertemu jodoh.


Foto: IG




"Saya tidak pernah tutup hati untuk kami kembali bersama namun saya serahkan semuanya kepada jodoh dan kuasa Allah.


"Selepas bercerai, kami tidak pernah berbincang tentang hal tersebut dan membiarkan keputusan (bercerai) yang dibuat sebelum ini.


"Sebelum lafaz talak di mahkamah, kami berpegangan tangan dan memohon maaf. Kami juga berpelukan buat kali terakhir sebelum melafazkan cerai," katanya kepada mStar.




  



Afdlin ditemui ketika sidang media pelancaran drama terbaharu berjudul Ai.5Ya yang berlangsung pada Rabu.


Drama bersiri arahan Afdlin itu turut memperlihatkan Christina sebagai penulis skrip dan ia mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 18 Ogos 2022.


Mengulas mengenai kerjasama dalam berkarya, Afdlin tidak pernah melihat ia sebagai satu masalah memandangkan mereka sudah lama bersahabat baik dan akan kekal sebegitu.




  



"Sebenarnya rasa pelik apabila sebut dia sebagai bekas isteri. Kami sudah berkawan lama dan akan terus kekal begitu. Dia adalah sahabat dan pasangan dalam kerja penulisan.


"Tak pernah rasa kekok untuk bekerjasama walaupun sudah bercerai malah kami sambut hari raya bersama meskipun sudah bercerai.


"Kami masih berkawan, cuma bezanya sekarang tidak lagi tidur sekatil," ujarnya.




  



Sementara itu, Afdlin memberitahu perasaan paranoid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara penyebab hubungan di antara mereka mula renggang.


Sebelum bercerai, Afdlin dan Christina duduk bersama anak-anak bagi membincangkan masalah yang berlaku sebelum mereka setuju mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.


  





"Ketika tempoh pandemik sebelum ini keluarga saya jadi terlalu paranoid kerana saya sering kerja di luar sedangkan mereka tidak keluar rumah. Saya sendiri tidak akan pulang ke rumah selepas kerja jika ada masalah selsema. Itu antara faktor yang mengganggu keluarga kami.


"Anak-anak menerima baik perpisahan ini. Kami duduk bersama di bulan Ramadan untuk berbincang. Mereka memahami jika ini adalah keputusan yang membuatkan kami gembira," jelasnya.


Afdlin dan Christina mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan berkenaan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. -CARI


Sumber: mStar online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik Christina ni apsal la tak jaga diri bebaik. Lawa kot dulu masa muda2. Takpa la mungkin sekarang masanya sheols loving herself.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 11:04 AM | Show all posts
kawin je laaaa balik....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ke sana ke sini bersama cikaro. becuti besama bagai bla bla pstu claim nk rujuk balik. hahaha syial la
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ex wife. Dah la mualaf sebab nak nikah mesti parents sheols sedih tapi percaya laki tu jaga anak dorang. Bertahun hadap
perangai suami last last dicerai kan.


juga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 07:35 PM | Show all posts
matbad replied at 20-8-2022 11:50 AM
ke sana ke sini bersama cikaro. becuti besama bagai bla bla pstu claim nk rujuk balik. hahaha syial  ...

AS ada skandal ke? tak pernah dengar pun, ceciter please
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila talak kah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 20-8-2022 07:35 PM
AS ada skandal ke? tak pernah dengar pun, ceciter please

yg dok pusat peranginan ja tahu hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 20-8-2022 04:10 PM
yg dok pusat peranginan ja tahu hihihi

"Spill lah the tea" bak kata orang Selayang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah tau pun dia dah cerai..

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa tak tau lak heshe dh bercerai
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 21-8-2022 12:10 AM
yg dok pusat peranginan ja tahu hihihi

Spill the tea plissss...sapo skandal heshe?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 12:46 AM | Show all posts
heols ni mmg let go of himself eh? dulu masa cite dgn erra tu handsome n sweet la jugak afdlin ni.. now so kepam.. wife dia pun sama, but sheols mcm ala2 hippie..

i tgk style family dia mcm hippies..dari cara dressing semua
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm Pak Jeri gak ni....mula2 nak rujuk... tiba2 nak kahwin dgn catfish yg baru kenal 12 hari. Pak Jeri tak sabar2 nak citer dia nak kahwin....tapi ni dah berapa bulan tak kahwin2 gak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 04:04 PM | Show all posts
matbad replied at 21-8-2022 12:10 AM
yg dok pusat peranginan ja tahu hihihi

wowww.. cer cite
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
E'eh tazzangka AS kepam ni ada skandal...anehhh sungguh taste pompuan skang ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-8-2022 12:42 AM
Spill the tea plissss...sapo skandal heshe?

Mostly bdk2 kru je yg dihangkutnye
Motip sgt ko skang taktau dah gosip retis purba
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sunyinya rasa bila dh hujung2 usia ni tinggal sorg2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 10:10 AM | Show all posts
Tu le kene tulah pertahankan Crackhouse.. so skrg ni sapa yg crack?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 10:58 AM | Show all posts
mencurang kee
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.405001 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list