Ning Baizura sentiasa terbuka menerima kritikan serta pandangan orang ramai terhadap persembahan nyanyiannya yang dikatakan sumbang seperti dalam video tular, baru-baru ini.
Kata Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah, dia menyedari kebanyakan komen kritikan itu datang daripada golongan muda atau digelar Budak Budak Baru Nak Up (BBNU) yang cuba menjadi 'juri' menghakimi persembahannya itu.
Foto: IG
"ada awalnya saya tergelak menerima pandangan sebegitu tetapi bukan bermaksud bongkak. Apa yang saya fikir mereka ini tidak tahu apa yang saya telah lalui dan jika mereka tahu mungkin mereka juga akan turut menangis.
"Mereka nak panggil Scooby-Doo pun tidak mengapa, saya tidak kisah kerana selepas kejadian itu tular, Alhamdulillah saya ada banyak undangan persembahan yang meminta untuk menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu.
"Sebenarnya kalau cerita zaman dulu-dulu kontroversi yang saya lalu lebih teruk daripada ini. Jadi perkara sebegini terasa seperti gigit semut," katanya kepada mStar.
Ning berkata demikian ketika ditemui di majlis Pelancaran Wonder Suit by Jovian di Tropicana Golf & Country Resorts, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ning turut memberitahu dia tidak memandang serius tentang komen netizen terhadap insiden yang berlaku sebelum ini.
"ada saya konsepnya seperti injit-injit semua siapa sakit naik atas. Jadi pada saya dalam pepatah ini tidak payah hendak terasa dan tidak perlu untuk menunjukkan betapa sakitnya.
"Lagipun tidak semua netizen itu memiliki pandangan negatif sebegini. Biarpun saya dinasihatkan tidak perlu untuk melayan karenah orang sebegini tetapi pada saya ini adalah tanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar dan mengapa saya menjadi sebegitu ketika menyanyi.
"Saya juga terharu dan berterima kasih kepada barisan artis yang banyak memberi sokongan. Saya pernah didatangi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bertanyakan bagaimana keadaan saya dan dia memberi sokongan atas apa yang berlaku. Terima kasih," terangnya.
Menjelaskan kembali insiden 'sumbang' berkenaan, Ning mengakui dia terlalu sebak dan terikut emosi ketika menyanyian Awan Yang Terpilu kerana lagu itu terlalu dekat dengan arwah bapanya.
"Sepanjang 30 tahun dalam industri, arwah tidak pernah sekali berpeluang untuk melihat persembahan saya. Jadi tidakkah perkara itu satu hal yang menyedihkan," katanya.
Dalam pada itu, Ning turut memaklumkan bakal mengadakan konsert pada tahun hadapan sempena meraikan 30 tahun penglibatannya sebagai penyanyi. -CARI
Post time 20-8-2022 09:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jika konsep rezeki mencurah lepas viral itu dijadi sandaran utk nyatakan pihak yg dikritik itu pihak yg benar, alep sotong itu pun rezeki mencurah juga bila viral buat benda bodoh. Maknanya alep sotong itu di pihak yg benar lah. Akal mana akal
ye ye lah tu... ok lah takpe bagi je lah chance dekat kak ning.... bagus la rezeki dia bertambah2...
cuma iols nak sangat kritik... tapi iols bukan lah polis aurat... kak ning pakai la dress yang semenggah sikit... ni badan pun besar bagak dah macam she-hulk... masalahnya she-hulk tu lagi ayu dari kak ning nyah... dress masa jadi peguam pun herlok terletak... kak ning kena juga titikkan penampilan untuk persembahan... kalau nak melambung sampai ke syiling atau shopping2 tu tak kisah la nak pakai macam mana pun... ni kalau di jemput buat persembahan kat restoran untuk dinner pun tak selera nak makan sampai last pelanggan tu datang makan situ... silap2 tokey restoran klem restoran kena tabur tanah kubur...
Post time 21-8-2022 09:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
KBW2 replied at 21-8-2022 09:20 AM
Bukan dia rajin jaga badan ke exercise semua
Kalau dah tekak malaysia tu toksah lah menipu kata makan healty food...dlm ig tunjuk aje makan sayur,healty food tu semua off camera ntah2 melantak juga nsi dgn kari,lemak,ayam semua tu.propa aje dorang semua ni
Memandangkan lamaaaa jugok ning heret isu ni,mari aku bg cth penyanyi bagus professional lain yg berjaya menyanyi dgn bagus walaupun tgh sedih
Hayati lirik sekali baru tau lagu ni mmg lagu sedih n sgt tragik dgn tragedi yg berlaku masa persembahan ni
Ceritanya,hanya bbrp jam sebelum persembahan ni,salah sorang admin fanclub idayu meninggal dunia.idayu mmg rapat giler dgn fanclub dia terutama admin2 almaklumlah bak kata poremer kalau dah follower cuma 2,3 org senanglah nak layan semua khennnn
Mmg rapatlah,rajin buat aktiviti sama2
Kalau perasan,kat bridge muzik lagu ni idayu dah terbuai sekejap dgn perasaan sedih dia dah termenangis,tp bila sampai part nyanyi balik dia bersungguh2 lawan perasaan sedih,nyanyi dgn sepenuh hati,sampai power plak jadinya
Sorry naaa alang2 dah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,aku tgh geram,padahal dah lama aku tahaaann je drp pos bideo ni (infact mmg aku biasa tahan diri drp pos bideo atau sebut2 nama dia ni kat sini sbb xnak bg point haters hating sbb peminat yg annoying plak) utk tunjuk sbnrnya kau masih boleh nyanyi dgn bagus lepas termenangis kalau kau jenis bagus n penyanyi yg bijak