View: 1554|Reply: 10
|
"Ini Baru Tak Salah Event", Zizan Razak Dipuji Meriahkan Majlis Ilmu Bersama UAI
[Copy link]
|
|
Semalam telah berlangsungnya konsert penyanyi terkenal dunia, Billie Ellish di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengar kata hampir 25 ribu tiket terjual dan ada juga peminat siap beratur dari pagi.
Namun lain pula kisahnya bila ada juga yang mengambil peluang untuk mendekati majlis keagamaan yang diadakan pada hari yang sama iaitu Talk Show Anok Mude bersempena Karnival Penghayatan Islam di Kuala Terengganu.
Program tersebut menampilkan Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dipanggil UAI sebagai penceramah utama.
Lebih menarik perhatian apabila pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak turut sama hadir memeriahkan majlis ilmu tersebut.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pelakon berusia 38 tahun itu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak meluahkan kesyukuran kerana diberi peluang menghadiri ke sebuah majlis perkongsian ilmu untuk ke arah yang lebih dalam kehidupan dirinya dan semua penonton yang hadir.
"Alhamdulillah selesai sebuah majlis yang hebat. Satu perkongsian untuk kearah lebih baik dalam kehidupan kita. Sama sama kita mencari kemuliaan dari Allah. Allahuakbar."katanya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen dan ramai yang memuji kesudian selebriti kelahiran Terengganu itu turun menghadiri majlis keagamaan dan mengunakan popularitinya ke arah kebaikan.
Terbaik! Masih ramai yang cintakan majlis ilmu. Semoga lebih banyak lagi majlis seperti ini diadakan dengan skala lebih besar dan dihadiri lebih ramai selebriti. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesiapa boleh kongsi lawak lucah apa yang diorang gelakkan dekat situ malam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi duk cerita pasal tetek kan kalo x silap aku.. ramai duk gelak. Cis |
|
|
|
|
|
|
|
SisLena: Tapi duk cerita pasal tetek ka ...
Mana video pasal tetek?
Kalau pasal tetek pun ilmu..bukan buka video pakat tengol tetek |
|
|
|
|
|
|
|
fan billie eilish mesti panas punggung baca artikel ni |
|
|
|
|
|
|
|
.
.
Beli jiwa ke?
Tak lagi abanglong 3 nk keluar kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goodluckdontcry at 20-8-2022 11:47 PM
Cukup2 la masyarakat oii..bila mn2 Artis braketnya konon2..join Majlis agama usrah ITU la..inila..ko pun kemain memuji bagai nak rak..kdg diangkat org Tu mcm alim sgt2 dah..pastu bila org Tu berlakon berpegang2 @ buat hal.. ko jugak nanti merempan kutuk2... Sakit BTL masyarakat skrg ni..
Just be wise.. semua biar ala kadar je baik puji atau keji..tp LG baik Simpan je pujian Tu..SBB kdg pujian Tu ibarat sumpahan dik..
BG den..sekali ko terjebak dlm hiburan..bermakna ko adalah performer..so fhm2 la..sdg org yg xartis pun.. perangai pun ala2 chameleon..inikan pulak Artis yg terlibat dlm dunia yg hiruk piruk Sama mcm ahli2 politik juga...semua tindak tanduk tuk kepentingan hidup dik..
So belajar la tgk2 realiti dik.. simpan je puji2an Tu..klu nk puji Sgt..pujilah sang Pencipta Tu LG baik Dr ko puji sape2 yg ketidaktahuan tahap imannya pun.. setakat duk Majlis ilmu..ayam kucing pun join jugak.. kehkehkeh..
Sekian.. terima kasih..yo yo happy weekend yo.. kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
Holier than thou sangat la most people ni. Jaga diri masing-masing sudah la. Tak perlu nak cerca pilihan orang lain.
Anyway, bukan orang tak tahu ceramah UAI ni pun selalu banyak double meaning. |
|
|
|
|
|
|
|
Kekonon, yang duk scam, mintak derma tapi masuk poket sendrik tu kira kena puji lah jugak |
|
|
|
|
|
|
|
sooo???
apa yang nak di gosipakn ni???
tak pernah tengok orang pergi ceramah agama ke dik??
ko duduk dalam gua mana? mualaf baru masuk agama islam 2 hari lepas ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|