CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2590|Reply: 26

Sedar Makin Tua, Che Ta Amal Baca Yasin Untuk Elak Nyanyuk

[Copy link]
Post time 19-8-2022 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Rozita Che Wan berlapang dada menerima kenyataan bahawa usianya kini sudah menghampiri separuh abad apabila ada netizen mengatakan wajahnya berkedut dan kelihatan tua.


Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 49, berkata, apa dikatakan oleh netizen itu adalah realiti dan dia sendiri mengakuinya.


Foto: IG




"Orang kata saya tua... Ya saya memang sudah tua! Tiada masalah mengenai perkara itu kerana meskipun sudah berusia tetapi saya masih mampu untuk bekerja dan menguruskan banyak perkara.


"Berkedut itu memang ada dan pada saya golongan muda juga ada kedutan di wajah tetapi sehingga sekarang saya masih tiada uban," katanya kepada mStar.




  



Dalam pada itu, Che Ta memberitahu dia tidak kisah dengan penuaan kerana itu adalah perkara biasa dan lumrah sebagai manusia tetapi apa lebih penting kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan baik.


Bagaimanapun aktres itu mengakui bimbang jika suatu hari nanti dia menjadi nyanyuk dan disebabkan itu juga dia sering mengamalkan membaca surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh.


  



"Saya pilih untuk tua dalam keadaan sihat berbanding cantik tetapi sakit. Apa yang saya takutkan adalah menjadi nyanyuk tetapi Insya Allah perkara itu boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh," katanya.


Dalam pada itu, Che Ta mendedahkan sebelum mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin, dia sering melakukan senaman mengempiskan perut dengan melakukan sit-up sebanyak 400 kali sehari.




  



Bagi mengekalkan kesihatan, pelakon drama Lockdown 2 itu juga tidak mengambil makanan segera dalam diet sehariannya namun kalah dengan minuman bergula.


"Sebelum berkahwin dengan Zain boleh buat sit-up 400 kali sehari tetapi sekarang sudah tiada masa. Sejak dulu lagi saya memang tidak suka makan makanan segera dan makanan yang diproses seperti bebola daging atau ikan.


"Namun saya seorang yang sukakan minuman manis dan di rumah selalunya akan ada air sirap atau sirap bandung. Saya memang tak boleh minum air putih sebab akan rasa macam tiada selera," katanya.


  



Mengulas lanjut mengenai usia, Che Ta turut meluahkan hasrat untuk menutup aurat dengan lebih baik kerana ketika ini ia masih belum sempurna.


Che Ta menjelaskan ia bukan sahaja bagi memenuhi permintaan suami tetapi ia sesuatu yang turut menjadi keinginannya dalam memastikan aurat ditutup dengan baik.


  



  



"Apabila sudah berusia ini, saya ingin menutup aurat dengan lebih baik. Ya, memang sekarang sudah tutup aurat tetapi belum lengkap.


"Kalau boleh saya nak pakai stoking tangan dan kaki kerana dua benda itu memang saya nak buat. Bila kita asyik kejar dunia, lambat la hendak sampai ke akhirat," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aisya Rania eh nama anak che ta?
Aisya Rania junior tu.
Cara posing pun dah sama.
Semoga membesar menjadi manusia yang baik, insyaAllah. Amein.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes video ritu lah kan
Terserlah ketuaan dia

Iye memang semua orang tua
Tapi yang denial tu awak sorang
Filter bertingkek
Bila kantoi iv live tu terus acah sedor diri tua

Kata nak tua secara sihat
Tang mana sihatnya

Tapi bab uban tu macik percaya
Sebab keturunan macik anak pompuan lambat beruban
Macik pun teda uban
Eh adalah ubah tapi selai2 aje
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila masa umur dia ni 49...dia lahir tahun 71...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni tahun 71

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 19-8-2022 11:08 AM
Ni tahun 71

Dia born 1973 sama my sister..pernah kerja dgn my sis dulu..wiki x betul tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dah kantoi muka menyeramkan... selama ni filter bertingkekkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 11:49 AM | Show all posts
kalau keajaiban di dunia ada lapan, salah satunya adalah usia cheta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 19-8-2022 11:13 AM
Dia born 1973 sama my sister..pernah kerja dgn my sis dulu..wiki x betul tu..

Lum 50 lg la klu gitu
49
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jihyomelly at 19-8-2022 12:01 PM
Nnoor2 replied at 19-8-2022 11:08 AM
Ni tahun 71


ooo sebaya tokri la thn 71..ingat forever 48 tak ginjak2 pun ni baru ginjak 49 rupanya dah 51

wiki tu silap ek..kira 49 la dah late 40’s
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
marah che ta smlm mystar tulis kapsyen mcm tu,
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Surah yasin mampu meh mengelakkan nyanyuk?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
lotionmilo replied at 19-8-2022 01:08 PM
Surah yasin mampu meh mengelakkan nyanyuk?

Kan.. nak tau jugak. Bagus la persiapkan diri awal. Takut kalau nyanyuk nanti kita susahkan orang yang jaga kita. Tak nak jadi beban orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 01:47 PM | Show all posts
she replied at 19-8-2022 11:04 AM
Kes video ritu lah kan
Terserlah ketuaan dia

akhirnya sheol ngaku, pes time iols baca statement pengakuan sheol kata dirinya tua
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 01:50 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 19-8-2022 11:05 AM
Bila masa umur dia ni 49...dia lahir tahun 71...

dia ni manusia yg  umur tak bergerak-gerak noor.layankan jelaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 19-8-2022 01:50 PM
dia ni manusia yg  umur tak bergerak-gerak noor.layankan jelaaa....

Itula...rasanya dgn kawan sekerja pun dia tipu umur...hehe kalau x takkan kat wiki ada 2 info dia.
Satu 1971....satu lagi 1973
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 01:57 PM | Show all posts
lotionmilo replied at 19-8-2022 01:08 PM
Surah yasin mampu meh mengelakkan nyanyuk?

byk kan baca quran tak kira surah apapun.tabiat membaca tu boleh prevent nyanyuk.satu lagi main jigsaw puzzle.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 01:58 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 19-8-2022 01:53 PM
Itula...rasanya dgn kawan sekerja pun dia tipu umur...hehe kalau x takkan kat wiki ada 2 info dia. ...

camtu chuols kita anggap jer sheol dah melepasi 50. senang. kejap 40an kejap 50an.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepeklah gambo yg kata tua sgt tu..iols nak tengok sereemm ke x
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 19-8-2022 01:47 PM
akhirnya sheol ngaku, pes time iols baca statement pengakuan sheol kata dirinya tua

Suara Nekta ni tak soft
Macam nenek2
Herot2 muka bila bercakap
Kening berkerut

Kenapa Tin E still lembut suara dia ye
Kalau catfish pun cair di hujung talian
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.068265 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list