View: 6842|Reply: 78
|
[Tempatan]
Rosmah, anak-anak hadir beri sokongan kepada Najib
[Copy link]
|
|
Nor Ashman Najib (kiri) dan Nooryana Najwa tiba sekitar pukul 9 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya untuk memberi sokongan moral kepada bapa mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini hadir di Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang melalui proses rayuan berhubung sabitan kes SRC International Sdn Bhd.
Rosmah, dilihat hadir sekitar pukul 1 tengah hari dan menyertai anak-anaknya Nor Ashman dan Nooryana Najwa di kafeteria Istana Kehakiman untuk makan tengah hari bersama bekas Perdana Menteri itu.
Nor Ashman dan Nooryana Najwa dilihat sudah berada di Istana Kehakiman sekitar pukul 9 pagi lagi untuk memberi sokongan moral kepada bapa mereka.
Terdahulu, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim bagi rayuan tersebut, mengarahkan mahkamah untuk berhenti rehat pada pukul 1 tengah hari dan bersambung semula pada pukul 2.30 petang.
Turut membarisi panel tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk P Nallini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pada sebelah pagi, suasana dalam kamar bicara agak dramatik apabila ketua pembelaan Hisyam Teh Poh Teik memohon maaf kepada panel lima hakim dan berkata beliau tidak dapat terus mewakili anak guamnya dalam rayuan tersebut.
Hisyam berkata, beliau tidak dapat berbuat demikian atas alasan tidak mempunyai persiapan sepenuhnya dalam pembelaan tersebut memandangkan beliau dan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, Th Liew & Rakan Kongsi baru dilantik menggantikan pasukan pembelaan yang lama.
Namun, Tengku Maimun berkata, panel lima hakim sebulat suara menolak permohonan tersebut, dan mengarahkan Hisyam untuk terus mengetuai pembelaan atas nama keadilan.
Sejurus selepas mahkamah bersambung semula, Hisyam bangun dan memberitahu mahkamah bahawa beliau dan pasukan pembelaan berhasrat untuk memfailkan hujahan bertulis yang baharu.
“Sebentar tadi apabila Yang Amat Arif (Tengku Maimun) bertanya sekiranya saya akan bergantung kepada hujahan bertulis (yang difailkan pada peringkat Mahkamah Rayuan pada 2021), saya kata ya.
“Saya ingin memasukkan dalam rekod bahawa saya berhasrat untuk memfailkan hujahan bertulis yang baharu,” katanya lagi.
Namun, beliau tidak memaklumkan kepada mahkamah bila perkara itu akan dilakukan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
2 je anak yg dtg support... |
|
|
|
|
|
|
|
Tepeklah gambar nek mah.bola gosip gosip aura artis nek.mah |
|
|
|
|
|
|
|
Anak pompuan dia masih tinggal di sg ke dah balik msia? Huntonglah anak orang have2 boleh fly sana sini..dah tak dengar dia merempan di ig pasal kes apaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Azrene dan suami tak datang ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak pompuan dia bila pkai mask sebijik kak mah. |
|
|
|
|
|
|
|
alah kut apaknya masuk bamboo river pun, 7 keturunan terjamin idop senang
takde nak merempat, mintak sedekah kat kaki lima tu or tido bawah jembatan
wayanggg je yini semuaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-8-2022 07:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
jalfa replied at 18-8-2022 05:36 PM
Tepeklah gambar nek mah.bola gosip gosip aura artis nek.mah
Nah gambar kak mah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hrp najib klu bersalah..btl2 kn humban ke penjara supaya jd pengajaran pd politician lain..sepamdai tupai melompat jatuh ke tanah jua |
|
|
|
|
|
|
|
tompang tanya
najib terbukti bersalah bunuh altantuya ka?
terbukti salah songlap 60 bilion ka?
tanya ja |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-8-2022 09:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kemaruk replied at 18-8-2022 09:37 PM
tompang tanya
najib terbukti bersalah bunuh altantuya ka?
Pertuduhan SRC psl Rm42 juta yg masuk ke akaun peribadi Najib |
|
|
|
|
|
|
|
duit loan maybank (yang diluluskan oleh hakim nazlan) sebanyak RM42 juta dan masuk secara senyap2 dalam akaun peribadi najib, pembantu najib cakap duit ni duit dari derma pak arab pastu najib "ter"belanja guna beli sejadah, kain pelikat, telekung tu ke?
laaaaaa ingatkan sebab najib sembunyi MH370 dan punca MH17 ditembak jatuh
|
|
|
|
|
|
|
|
cucu najib warganegara apa ye? |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 18-8-2022 07:29 PM
Nah gambar kak mah
No selendang dah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-8-2022 12:55 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 19-8-2022 12:55 AM
Sape pulak yg pakai serkup tu? Takkanlah nek ellie?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap. Tu rantai apa? Bukan mcm vca?
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik beradik sendiri tak de yg dtg support ke kikikikikikikiki |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 19-8-2022 01:22 AM
Jap. Tu rantai apa? Bukan mcm vca?
Yuuuuuuuuuu vca panjang camtu rega puluh ribu oiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|