View: 1519|Reply: 18
|
Didakwa Pembawa Dosa, Jadi Lubuk Maksiat- Ani Maiyuni Mohon Jangan Hina Kerjaya Dangdut
[Copy link]
|
|
Ani Maiyuni, 44, berpendapat golongan selebriti sentiasa terbuka menerima teguran, namun jangan keterlaluan sehingga sanggup memandang rendah dan menghina kerjaya pilihan mereka.
Peserta program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu berkata, dia terkilan apabila kerjaya seni sering dilihat sebagai lubuk maksiat, sedangkan mereka tidak pernah mempertikai kerjaya orang lain.
Foto: IG
“Boleh beri teguran, tapi jangan sampai menghina. Walaupun bukan saya yang ditegur secara langsung, saya tetap tersinggung kerana saya juga penyanyi dangdut. Kata-kata yang dilemparkan sesetengah pihak bagaikan penghinaan.
“Kami mungkin boleh menerimanya, tetapi mereka kena ingat kami juga ada anak-anak dan keluarga yang barangkali terkesan dengan teguran kasar itu.
“Bagaimana jika anak-anak kami diejek di sekolah hanya kerana kerjaya ibu mereka sebagai penyanyi dangdut?
“Saya tidak pandai bab agama, tetapi kehidupan setiap manusia ada ujian yang tersendiri. Nafsu adalah satu ujian. Berkata-kata mengikut nafsu juga ujian, namun terpulang apakah teguran yang kita sampaikan itu membawa kebaikan atau sebaliknya,” katanya.
Mengulas isu Ifa Raziah yang dikecam pendakwah dan netizen gara-gara bergelek sakan ketika membuat persembahan di sebuah majlis, baru-baru ini, Ani berkata, perkara itu perlu dilihat dari pelbagai sudut.
Penyanyi lagu Sedap itu juga tidak menolak mungkin Ifa terlalu emosi ketika meluahkan perasaannya, namun segelintir pihak tidak sepatutnya jadikan ia ruang untuk melabel kerjaya penyanyi dangdut sebagai pembawa dosa.
“Saya menyanyi sebab nak bantu suami dan keluarga. Gaji suami tidak besar, sementelah kami ada anak-anak yang masih bersekolah. Itu niat saya. Setiap kerjaya ada peranan masing-masing.
“Jangan mudah menghukum orang. Pokok pangkal, niat kita apa. Saya menjadi artis dangdut untuk cari duit dan hiburkan orang. Ada juga kerja amal yang kami lakukan, tetapi orang tidak nampak.
“Jangan cuma lihat apa yang artis buat ini sebagai maksiat dan dosa semata-mata kerana setiap kita mempunyai peranan serta tanggungjawab tersendiri selagi masih bernafas,” katanya. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg betoi pon, kihkih. kak ani bila nak pakai tudung? |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua tak payah la nak sakan bergelek lagi. buruk kot. contohilah penyanyi dangdut indo, via vallen.
walaupun muda dan cantik, dia perform pakai sopan, takde gelek2 pun. ni yang tua renta badan dah out macam ani ayuni dgn ifa raziah tak sedar diri lagi ke |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tengok, kebanyakkan peminat dangdut, mesti dari kalangan sangkak, perangai pprt |
|
|
|
|
|
|
|
terkejut aku tgk gambar dia sorang2 tu. igtkan bapok mana tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Oii dia ni dulu masa zaman2 kegemilangan budak2 pempuan offie aku sampai naik geli tgk dia bergelek time annual dinner kita orang dia bukan gelek standard tu gelek dia turun naik turun naik tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dh jahil tu.. Komen mcm takde agama.. Ko buat amal jariah dari hasil mungkar gelek2 atas pentas lepas tu buat umrah.. Jgn mimpi lah dpt pahala. Semoga sempat bertaubat sebelum maut menjemput or else bergelek lah depan mungkar nangkir nnt yer |
|
|
|
|
|
|
|
kak ani, kita sebagai manusia biasa ni pun rasa malu tengok kak ani bergelek2 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dengar lagu sedap Oh sedap pun macam double meaning ehhhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua2 tukar lah genre... Kesian kat ank2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
ko diam2 jer la kak weeeyy....
tak payah nak merempam sgt boleh tak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ala golongan melayu. Dangdut dihina low class dan murahan tapi kat rumah laki ko layan porno. And keji penggiat dangdut macam la ko konfem masuk syurga ken .
|
|
|
|
|
|
|
|
Musik dangdut ni sedap dan teda masalah pun
Dia catchy
Tapi penyebab genre ni dipandang rendah adalah lirik dan joget penyanyi tu
Dah kalau kau menari mengelibas macam ular berzumba
Memang lah dikeji
Orang bukan keji lagu tu
Orang keji kauuuu |
|
|
|
|
|
|
|
hhahhhhHhHH. kakakkaka lawak betul ni. i like.
dia paham kot ayat kau ni. tu sebab dia mohon jgn keji penyanyi dangdut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg nynyi dangdut ni mmg nmpk agak low class lah |
|
|
|
|
|
|
|
Diamlah makcik.. jahil sangat kau ni |
|
|
|
|
|
|
|
btw skrg ada lagi ke kelab dangdut? |
|
|
|
|
|
|
|
bawak3 laa tukar genre iff diri tu dah kertu.. |
|
|
|
|
|
|
|
halah2 sibok jgk diaaa nak interframee |
|
|
|
|
|
|
| |
|