CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 652|Reply: 0

15 Tahun Sakit Belakang, Man Kidal Tak Sedar 'Hidup Bersama' Ketumbuhan Cyst

[Copy link]
Post time 17-8-2022 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Man Kidal, 58, tidak menyangka sakit belakang yang dialaminya sejak 15 tahun lalu adalah disebabkan ketumbuhan cyst.


Man yang menjalani pembedahan membuang cyst di belakang badannya Julai lalu berkata, pada awalnya dia tidak menyangka itu adalah cyst kerana sudah 15 tahun 'hidup' bersamanya.


"Ada dua cyst di bahagian kanan belakang saya. Pada awalnya, saya pun tak tahu itu adalah cyst sebab ia dah ada sejak 15 tahun lalu.


"Ia mula menyebabkan rasa sakit dan tak selesa. Saya ingatkan sekadar sakit belakang biasa, jadi saya letak minyak urut yang panas untuk kurangkan rasa sakit. Tak sangka pula, minyak panas itu menyebabkannya jadi lebih teruk dan saya terpaksa menjalani pembedahan. Alhamdulillah, sekarang semuanya dah okay," kata pemain gitar popular itu.


Foto: Berita Harian




Selain itu, Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood turut berkongsi mengenai kesan jangka panjang yang dialaminya selepas dijangkiti Covid-19 tahun lalu.


"Tahun lalu, saya dijangkiti varian Delta dan memang sangat teruk. Pada awalnya, saya dah hampir berputus asa kerana ia mengganggu psikologi saya. Saya dah anggap saya tak ada harapan untuk hidup dan hanya fikirkan kematian.


"Kesan jangka panjangnya pun agak teruk dan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk saya pulih sepenuhnya antaranya dari sudut tenaga apabila saya jadi cepat penat," katanya.


Terbaharu, Man bakal muncul di pentas Konsert Rock On 40 The Legends yang menggabungkannya dengan penyanyi rock legenda tanah air iaitu Datuk Awie, Muss dan Ella serta Ritz Metalasia selaku penggubah muzik.


Konsert anjuran Menara Network Sdn Bhd (MNSB) itu akan berlangsung pada 2 dan 3 Disember ini di Istana Budaya, di sini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069353 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list