CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

Staf Apple Kena Masuk Pejabat Tiga Hari Seminggu

[Copy link]
Post time 17-8-2022 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Apple mengarahkan pekerjanya kembali bekerja di pejabat tiga hari seminggu bermula September ini.


Ketua Eksekutifnya, Tim Cook berkata, langkah itu adalah demi mengekalkan kerjasama yang sangat penting dalam budaya kerja mereka.


Mengikut undang-undang baharu itu, semua pekerja di ibu pejabat dan cawangan berdekatan dikehendaki masuk ke pejabat pada hari Selasa dan Khamis serta satu hari lagi yang akan ditentukan pengurus masing-masing.




Gambar hiasan




Manakala untuk negara lain, pekerja akan kembali mengikut jadual ditetapkan berdasarkan situasi semasa.


"Kami teruja untuk bergerak ke hadapan dan percaya rangka kerja baharu ini akan meningkatkan keupayaan kami bekerja secara fleksibel, sambil mengekalkan kerjasama yang sangat penting dalam budaya kami," katanya dalam memorandum yang dipetik Financial Times.


“Kami juga tahu bahawa masih banyak yang perlu dipelajari. Dan kami komited untuk mendengar, menyesuaikan diri dan membangun bersama," tambahnya.


Cook menekankan bahawa aturan itu adalah permulaan dan akan diselaraskan mengikut keperluan.


Ini bukan kali pertama Apple mengeluarkan arahan sedemikian.


Pada Jun 2021, arahan serupa dikeluarkan untuk dilaksanakan pada September, namun ia ditarik balik susulan peningkatan kes COVID-19.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.262345 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list