|
Sejak kelahiran anak pertama, Elisya Sandha kerap juga berkongsi gambar dan perkembangan anaknya di Instagram.
Ramai yang memuji kecomelan anaknya yang juga merupakan cucu pertama Sheila Rusly itu.
Foto: IG
Malah Neelofa juga turut meninggalkan komen,“Cheeky boy masyaAllah”.
Disebabkan itu ramai yang menegur Neelofa, Bunga Elhaq adalah perempuan dan bukannya lelaki.
Malah ada yang mengambil kesempatan bertanya Neelofa bila nak dedah wajah Bilal.
Sementara itu meninjau komen netizen yang lain, mereka mengatakan Bunga seiras dengan muka bapanya.
Malah mereka juga menyifatkan Bunga seorang yang bertuah kerana mempunyai nenek dan datuk seperti Jinggo dan Sheila.
Mungkin Neelofa tersilap, atau memang tak tahu? -CARI
|
|