Sumber IG
Wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh ini cukup terkenal dengan dakwaan dari sesetengah pihak yang mengatakan dia sebagai orang ketiga sekali gus menjadi punca keruntuhan rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera.
Agak lama tidak terkait dengan mana-mana kontroversi panas, Fara menerusi beberapa siri hantaran foto baharu di Instagram berkongsi peluangnya menunaikan ibadah umrah. Wanita itu berangkat ke Tanah Suci pada 4 Ogos lalu bersama ibunya.
Walaupun berhadapan dengan cuaca panas yang adakalanya mencecah sehingga 45 darjah celcius, Fara bagaimanapun bersyukur kerana ibadah umrah bersama ibunya itu berjalan lancar sepanjang hampir dua minggu.
Sepanjang berada di Tanah Suci sehingga pulang ke tanah air, ramai yang mendoakan agar wanita itu terus istiqomah serta berharap agar mereka juga diberikan kesempatan seperti Fara untuk menjejakkan kaki di sana.
Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan agar Fara memohon kemaafan daripada Sera dan berharap agar wanita itu tidak lagi menganggu lelaki yang sudah bergelar suami.
Mereka turut mendoakan agar Fara bertemu jodoh yang lebih baik. - CARI
|