CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1329|Reply: 12

Elak Lakonkan Adegan Intim Dan Pegang-Pegang, Alif Satar Bukan Berlagak Alim

[Copy link]
Post time 16-8-2022 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Alif Satar mengakui mempraktikkan prinsip mengelak daripada terjebak adegan mesra atau intim dengan mana-mana pelakon wanita dalam drama mahupun filem lakonannya.


Kata Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, pendekatan tersebut diambil bukan kerana mahu ‘berlagak alim’ tetapi sebagai menghormati statusnya sebagai suami, bapa dan paling penting, mengikuti syariat Islam.


Foto: IG




“Saya memang mempraktikkan perkara ini dalam kerjaya sebagai seorang pelakon iaitu elak daripada melakonkan babak mesra atau intim.


“Perkara itu bukan saja-saja saya lakukan tetapi kerana saya seorang Muslim, suami dan ada anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online.


Pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu turut menjelaskan, dia hanya akan melakukan perkara simbolik sekiranya memerlukan lakonan babak sedemikian.




  



Ujarnya, pendirian tersebut juga turut dipengaruhi pandangan masyarakat, terutama penonton drama Melayu yang dilabelkan semakin bijak dan arif berkaitan hukum-hakam agama.


“Memang saya akui sangat mencabar berlakon babak mesra dengan pelakon wanita dan hari ini, jika saya nak pegang tangan pun memang berlapik, itupun waktu yang memang memerlukan sahaja.


“Contohnya, ada babak malam pertama dalam drama Risik Pada Hati baru-baru ini, kami tidaklah lakukan aksi tidak senonoh, hanya beri salam. Sekadar simbolik.


“Penonton drama sekarang ada yang sangat islamik dan mereka sedar batas. Jika mereka kata kurang elok, elakkan daripada melakukannya,” jelasnya.




  



Sebagai pelakon, bapa kepada tiga cahaya mata itu mengakui mahu memberikan yang terbaik namun perlu sedar natijah yang harus dihadapi sekiranya melakonkan babak intim.


Bagaimanapun, teraju utama drama Pia itu berpendapat setiap pelakon mempunyai cara dan pendirian sendiri dalam menjayakan aksi mesra dalam mana-mana naskhah.


“Memang nak beri terbaik tetapi hakikatnya, kena fikir lebih jauh tentang impak kalau jayakan babak sebegitu.


“Bila cakap begini, orang akan cakap acah-acah alim tetapi ini yang saya praktikkan.




  



“Selalunya, saya akan berbincang dengan pelakon lain bagaimana untuk menjayakan babak tersebut.


“Apapun, setiap pelakon mempunyai cara tersendiri dan ikutlah keselesaaan masing masing. Saya pun tak mahu ulas panjang mengenai hal ini,” katanya ketika diminta mengulas isu babak mesra dalam lakonan bersama pelakon wanita.




  



Akhir-akhir ini, adegan mesra pelakon lelaki dan wanita menjadi isu sensitif dan pantas menular dalam media sosial sehingga menjadi bahan kecaman netizen. Antara yang terkait termasuklah Shaz Jazle, Aliff Aziz dan Zul Ariffin. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko takot minik kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 16-8-2022 08:22 PM
Ko takot minik kan?

Bini cengey. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
SelakLangsir replied at 16-8-2022 07:27 PM
Bini cengey. Haha

Sejenis minik yg insecure asyik2 perlu buat post bagitau dia punyai suami terpaling.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 08:44 PM | Show all posts
iyolahhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.  Tak perlu dukung,  tidur satu srlimut dgn pelakun pompan.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Okayyyy noted
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
I salute u
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 11:33 PM | Show all posts
Yang pelakon bertudung pun siap tolak2 kaki, sentuh2 laki, apabenda lah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 11:39 PM | Show all posts
paling senang tak payah berlakon .
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 08:34 PM | Show all posts
terbaiklah i sapot u alip
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah la, bukan time bersuka pakai seluar pendek jgk ke..n aku xsuka alif ni mengacara, nmpk poyo je lebih, tgn asek masuk poket gaya mcm bagus..hahaha..mntk maaf la, alif tu x kacau aku pun tp aku je yg lbh..kahkahkah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
I sapot u alep
Dl dia berlakon dgn ct nana xda pun pegang2 .
Meletopp 1 Malaysia siap ada teater lg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.121352 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list