CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 508|Reply: 0

[Dunia] Renjer maut, 10 cedera dalam dua kes letupan bom di Narathiwat

[Copy link]
Post time 16-8-2022 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Renjer maut, 10 cedera dalam dua kes letupan bom di Narathiwat


Seorang kanak-kanak perempuan memegang sepanduk ketika perhimpunan membantah siri pengeboman di Narathiwat, selatan Thailand. - Foto AFP


NARATHIWAT: Seorang anggota renjer maut manakala 10 lagi cedera, termasuk dua orang awam dalam dua letupan bom di sebuah ladang getah di Narathiwat, selatan Thailand.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Pol Waesamae Salae, berkata dalam tragedi jam 6.30 pagi Isnin (waktu tempatan), seorang penoreh getah, 55 tahun, cedera parah dalam letupan pertama di daerah Sungai Padi.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata anggota polis, renjer dan skuad pemusnah bom bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya lagi, sebutir bom yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian meletup pada jam 7.40 pagi (waktu tempatan).

"Berikutan letupan kedua, seorang anggota renjer meninggal dunia di tempat kejadian manakala sembilan lagi cedera, termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Padi dan seorang orang awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata semua yang cedera kini menerima rawatan di hospital.

"Skuad pemusnah bom menemui dua butir bom dan ia berjaya dimusnahkan," katanya.

Sementara itu, Komander Tentera Bahagian Keempat, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak, mengarahkan pihak berkuasa mempergiatkan usaha menjejaki dalang di sebalik letupan itu. - BERNAMA

SumbeR:https://www.bharian.com.my/dunia ... n-bom-di-narathiwat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.475999 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list