CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 558|Reply: 0

Didakwa Sukar Beri Kerjasama, Naim Daniel 'Back-Up' Iman Troye

[Copy link]
Post time 16-8-2022 12:35 PM | Show all posts |Read mode


Penyanyi dan komposer, Naim Daniel enggan mengulas berita negatif membabitkan teman baiknya, Iman Troye yang didakwan berubah sikap selepas meniti puncak populariti.



Menerusi laporan BH Online, banyak rungutan diterima kononnya penyanyi yang terkenal dengan lagu Teman itu sukar untuk memberikan kerjasama.



Bagaimanapun, Naim berkata, dia tidak boleh mengadili Iman kerana mengetahui rakannya itu bukan hanya sibuk dengan jadual kerja tetapi juga sebagai penuntut jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).



  



"Saya tahu dan belajar sejak dulu hingga hari ini, kita perlu bekerjasama dengan media sebab memerlukan antara satu sama lain.



"Saya sendiri tidak nafikan saya juga ada masanya sukar untuk dihubungi. Ada kala sudah beberapa hari barulah sempat membaca mesej dan sebagainya. Kekurangan tetap ada.



"Namun, saya tak berani memberikan pendapat bagi pihak Iman. Ini kerana saya juga sudah lama tidak menghubunginya.



"Saya tahu Iman sibuk dengan pengajiannya sekarang," kata Naim kepada BH Online.





Katanya lagi, mencari keseimbangan antara dua perkara penting bukanlah hal mudah namun Naim yakin Iman akan belajar perlahan-lahan daripada pengalaman silam.



Baginya, seseorang selebriti itu memerlukan masa untuk mendapatkan rentak dan adakalanya kesilapan seperti itu tidak disedari.



"Mungkin perkara ini tidak disengajakan. Jadi, perlu kita memeriksa semula kerana saya juga jika tidak dapat dihubungi orang ramai akan cuba hubungi pengurus.



"Kadang-kadang saya pun ada masalah seperti ini. Kumpulan Whatsapp keluarga pun saja jarang buka apatah lagi lain-lain.



  



Bagaimanapun, saya percaya perkara ini adalah satu proses dan kita sebab maklum Iman masih baru dalam industri. Jadi, situasi ini agak asing buatnya.



"Saya percaya Iman akan belajar kerana sekarang pun saya rasa rakan media seperti abang dan kakak. Kita perlu pastikan mempunyai persefahaman, itu sahaja," katanya. -CARI






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.109359 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list