CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 1

Remaja Ditahan Pukul Orang Dengan Rantai Basikal Angkara Futsal

[Copy link]
Post time 12-8-2022 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja diberkas selepas mencederakan seorang individu menggunakan rantai basikal yang diubah suai dalam pertengkaran di gelanggang futsal di Tasik Tambahan di sini pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa bersama rakan-rakannya bermain futsal dengan pasukan sekolah lain di lokasi kejadian.




Gambar hiasan




"Siasatan mendapati mangsa melihat salah seorang ahli pasukan futsal lawan membuat serangan di bahagian kaki dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka.


"Suspek yang berumur 17 tahun iaitu rakan salah seorang dari pasukan lawan tersebut dengan memegang buku lima di tangan lalu menumbuk mangsa di bahagian rusuk kiri, dan siku," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Katanya, suspek turut cuba bertindak menumbuk adik mangsa namun sempat ditarik.


"Suspek yang masih bersekolah itu kemudiannya ditahan bersama rampasan satu alat rantai basikal yang telah diubah suai dan dibawa ke IPD Ampang Jaya bagi siasatan lanjut.


"Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya.


Menurutnya, siasatan mendapati punca kejadian adalah perselisihan faham ketika bermain futsal.


"Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun keseksaan," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlajar jadi gengster ke dek. Selayak nya dikurung je sampai mereput
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.955806 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list