CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1670|Reply: 1

[Lain-Lain] Pergerakan terbatas, manusia paling tinggi enggan berlakon lagi

[Copy link]
Post time 12-8-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Pergerakan terbatas, manusia paling tinggi enggan berlakon lagi


Mohd Azli seronok berlakon, tetapi agak memenatkan disebabkan proses solekan menjadi jerangkung mengambil masa selama dua jam.

KUALA LUMPUR: Manusia paling tinggi di Malaysia, Mohd Azli Hisyam Abdul Ghafar, 28, membawakan watak hantu dalam filem Jerangkung Dalam Almari enggan berlakon lagi berikutan masalah kesihatan dihadapi.

Mohd Azli menghidapi masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung itu berkata, dia menerima tawaran penerbit filem, Raja Azmi atas saranan abangnya pada 2019.

Namun, katanya, dia masih belum berkesempatan menonton filem bergenre seram lakonannya biarpun filem arahan Shahdan Hashim itu sudah menemui penonton sejak 4 Ogos lalu.

"Keinginan menonton filem Jerangkung Dalam Almari memang ada, tetapi keluarga saya agak sibuk. Jadi, mereka tidak boleh membawa saya pergi menonton lagi.

"Raja Azmi ada mengundang saya menghadiri malam gala filem, tetapi saya tak berkesempatan menghadirinya.

"Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan produksi," katanya kepada BH Online.

Mohd Azli memiliki ketinggian 2.2 meter (7 kaki 2 inci) seperti dicatatkan dalam Malaysia Book of Records mendedahkan, pergerakannya kini semakin terbatas berikutan masalah tulang belakang melengkung sejak berusia 14 tahun.

Demi kelangsungan hidup, katanya, dia mengusahakan perniagaan menjual kad tambah nilai di kampung halamannya di Paloh 3, Gua Musang, Kelantan.

"Saya masih boleh berjalan, cuma, agak perlahan dan perlu menggunakan tongkat. Jika berjalan jauh barulah saya akan menggunakan kerusi roda.

"Jika ada penerbit berminat memanggil saya berlakon, memang saya tidak lagi berminat memandangkan tidak berapa sihat. Jadi, saya kini hanya membuka kedai tambah nilai sahaja," katanya.

Berkongsi pengalaman berlakon, Mohd Azli yang kali pertama menceburi dunia lakonan berkata, ia pengalaman menyeronokkan, tetapi, agak memenatkan.

Ini kerana katanya, proses solekan menjayakan watak jerangkung mengambil masa selama empat jam.

"Saya tidak serik, cuma, penat kerana perlu berada di lokasi penggambaran seharian.

"Proses solekan pula mengambil masa empat hingga lima jam, manakala proses menanggalkannya pula mengambil masa hampir dua jam.

"Hendak makan juga susah ketika mengenakan solekan sehingga terpaksa disuap. Apapun, saya tetap berterima kasih kepada Raja Azmi kerana sudi memberikan peluang kepada saya.

"Saya juga terharu atas layanan baik pelakon seperti Datuk Adi Putra, Wan Hanafi Su dan lain-lain. Begitu juga kru produksi yang turut melayan saya dengan sabar," katanya.


Mohd Azli mendedahkan pergerakannya kini semakin terbatas berikutan masalah tulang belakang melengkung yang dihadapi sejak berusia 14 tahun.

Mohd Azli turut meminta orang ramai menyokong filem keenam terbitan Raja Azmi itu.

Sementara itu, Raja Azmi berkata, dia meminta penonton terus memberikan sokongan kepada filem bergenre seram yang berjaya memperoleh kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Raja Azmi berkata, selain menonton untuk berseronok, ia juga dapat membantu menyumbang bagi meringankan beban yang ditanggung Mohd Azli.

"Sekiranya filem berjaya memperoleh kutipan bagus, saya berniat memberikan sumbangan buat Mohd Azli.

"Dan jika kutipan lebih memberangsangkan, saya mahu memberikan bonus kepada barisan pelakon dan kru yang terbabit dalam filem ini.

"Saya pernah bertanya mengenai kos perubatan Mohd Azli, tetapi tidak mahu bercerita mungkin tidak mahu menyusahkan. Jadi, saya berharap filem ini dapat bertahan agar boleh membantu Mohd Azli," katanya.

Berkongsi bagaimana Mohd Azli boleh terbabit dalam filem itu, Raja Azmi berkata, dia meminta produksi mencari manusia paling tinggi di Malaysia bagi menjimatkan kos daripada terpaksa mengeluarkan modal untuk penggunaan Imej Janaan Komputer (CGI) semata-mata menghasilkan watak jerangkung.

Katanya, pasukan produksi menemui Mohd Azli dalam masa dua hari dan bersetuju membintangi filem berkenaan.

"Babak Mohd Azli tidak banyak, hanya membabitkan penggambaran selama dua hari sahaja.

"Namun, agak memenatkan kerana Mohd Azli perlu duduk seharian di lokasi. Babak jerangkung tiada dialog, jadi, Mohd Azli hanya ikut sahaja apa yang diarahkan.

"Sebenarnya, saya mengundang Mohd Azli hadir pada malam gala filem, malah, saya menawarkan kru menghantar dan mengambilnya di Kelantan.

"Namun, Mohd Azli tidak mahu kerana enggan menyusahkan produksi kerana keadaannya yang sukar bergerak," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... nggan-berlakon-lagi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 05:01 PM | Show all posts
klu di us antara yg famous yg alami isu yg sm mcm brader ni, doug jones, javier botet dgn troy james



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055645 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list