Pelakon, Ashraf Muslim mendedahkan dia mengalami kecederaan pada hidung ketika melakonkan salah satu babak drama rantaian berjudul Demi.
Berdasarkan laporan mStar, pemilik nama sebernar Muhd Ashraf Muslim itu berkata, selepas ini dia akan lebih berhati-hati terutama apabila membabitkan babak aksi pergaduhan.
"Hidung patah dan benda itu kecil hanya kecederaan ringan saja. Cuma ada bengkok sikit hidung ni.
"Macam biasa, perkara sebegini boleh berlaku ketika berlakon. Risiko benda yang kita tak perasan kadang-kala boleh terjadi.
"Walaupun sudah berlatih tetapi apabila benda hendak jadi, tetap juga boleh berlaku sebarang kemungkinan," katanya.
Jelasnya lagi, kemalangan berlaku yang antara dengan salah seorang pelakon terjadi secara tidak sengaja dan Ashraf enggan memanjang isu tersebut.
"Ketika itu, kejadian berlaku di Fraser Hill. Memandangkan di sana tidak memiliki pusat rawatan yang bersesuaian jadi saya terpaksa pergi ke lokasi lain untuk mendapatkan rawatan.
"Saya perlu turun ke bawah dan proses mengambil sekitar dua jam untuk mendapatkan rawatan. Sempat juga saya berhenti tepi jalan sebab nak muntah termasuk pendarahan hidung tanpa henti.
"Saya dimasukkan ke hospital sekitar lima hari sebelum memulakan semula sesi penggambaran," katanya yang mengakui kejadian itu sedikit sebanyak menyebabkan ada rasa takut untuk meneruskan drama tersebut. - CARI
|