CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 563|Reply: 1

[Perlis] SJKC Khoon Aik juara sulung Gamified: Battle of School Perlis

[Copy link]
Post time 11-8-2022 11:29 PM | Show all posts |Read mode
SJKC Khoon Aik juara sulung Gamified: Battle of School Perlis

Oleh Aizat Sharif - Ogos 11, 2022 @ 7:03pm[email protected]






KANGAR: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khoon Aik di sini, dinobatkan juara pertandingan permainan mudah alih 'Gamified: Battle of School' peringkat Perlis selepas mudah menundukkan saingan Sekolah Kebangsaan (SK) Oran, Mata Ayer, dengan keputusan 3-0.

Dalam pertandingan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, kedua-dua peserta sekolah diwakili murid rata-ratanya berusia sekitar 10 hingga 12 tahun.

Tempat ketiga pertandingan itu dimenangi SK Guar Nangka, Mata Ayer.

Dalam perlawanan akhir itu, wakil SJKC Khoon Aik dilihat tidak berdepan masalah apabila sejak awal menguasai permainan yang dilaksanakan dalam format lima pusingan.

Sebaliknya, SK Oran yang bergelut mencari rentak, meskipun pada peringkat separuh akhir semalam, wakil sekolah itu dilihat mudah mengalahkan saingan masing-masing untuk mara ke peringkat akhir.

Dalam perlawanan akhir, peserta diberi masa dua minit 30 saat untuk bersaing di lokasi dan situasi permainan yang berbeza, di mana mereka perlu mempertahankan mahkota daripada dirampas pasukan lawan.


Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman menyampaikan ucapan di majlis perasmian Gamified: Battle of School dari SJKC Khoon Aik, Kangar di SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar. - Foto ihsan JPN Perlis

Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bersama Pengarah Pendidikan Perlis, Naharudeen Othman dan Pengarah Urusan SnappEd, Iliyas Jamil, merasmikan perlawanan akhir.

Mereka turut meluangkan masa menyaksikan pertandingan akhir berkenaan yang turut diserikan dengan kehadiran hampir 300 murid dan guru.

Guru Besar SJKC Khoon Aik, Ong Hock Leng, menyifatkan kemenangan muridnya adalah hasil motivasi dan dedikasi yang ditunjukkan mereka dalam memastikan kejuaraan sulung itu digapai sekolahnya.

"Peserta kami rata-ratanya berusia 12 tahun dan mereka sudah berbulan lama melakukan persiapan untuk permainan mudah alih ini. Kita tetap mengingatkan mereka untuk tidak terlalu leka, sebaliknya perlu diselang-seli juga dengan mengulangkaji pelajaran lain.

"Setiap hari mereka memperuntukkan masa selama satu jam berlatih permainan ini," katanya ketika ditemui, semalam.

Format permainan mudah alih Gamified ini bermula apabila peserta perlu menyiapkan minimum lima tugasan kerja sekolah di dalam aplikasi SnappEd untuk membantu mereka mendapatkan markah yang boleh ditukarkan kepada syiling dinamakan Edcoins.



Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) bersama Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman (tengah) dan Pengarah Urusan SnappEd, Iliyas Jamil (kanan sekali) menyampaikan Piala Pusingan, Sijil, Pingat serta kemeja T kepada peserta juara Gamified: Battle of School dari SJKC Khoon Aik, Kangar di SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar. - Foto ihsan JPN Perlis

Lebih banyak Edcoins yang diperoleh lebih cerah peluang untuk pemain untuk menang.

Naharudeen ketika ditemui berkata, permainan Gamified yang dimainkan murid sekolah seluruh Perlis dan ia bukan sekadar permainan mudah alih biasa, sebaliknya ia mempunyai unsur pendidikan.

"Kita melihat perlu mengikut 'trend' pembelajaran masa kini yang begitu interaktif dan Gamified ini adalah aplikasi permainan digemari murid di sekolah negeri ini kerana ia dapat digunakan sebagai platform menggalakkan murid belajar.

"Bagaimanapun, mereka hanya dapat bermain permainan apabila mereka berjaya menyelesaikan kerja rumah dan mendapat gred yang tertentu menerusi ujian pentaksiran yang dilakukan pihak sekolah sebelum token permainan diberikan," katanya.

Sementara itu, Iliyas berkata, program Gamified ini sebenarnya dibangunkan bermula dengan aplikasi yang dibangunkan SnappEd yang digunakan untuk membantu guru berinteraksi dengan murid dalam melakukan kerja sekolah.



Seorang guru pengiring (kanan, bertudung merah jambu) sedang meninjau persembahan peserta yang bertanding dalam Gamified: Battle of School di SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar. - Foto ihsan JPN Perlis

"Apabila mereka berjaya melaksanakan kerja sekolah, guru akan menanda markah mereka yang kemudiannya akan dibawa ke Gamified untuk membeli 'power' atau 'booster' dalam permainan itu.

"Perlis adalah projek rintis kami dan mungkin kita akan laksanakan musim kedua bagi permainan Gamified ini untuk diperluas ke negeri lain kerana difahamkan sudah ada permintaan terhadap konsep ini di perluas ke negeri lain," katanya.

Permainan berasaskan pendidikan itu dibangunkan menerusi aplikasi pendidikan sejak setahun lalu, menggunakan platform Roblox dan penganjuran pertandingan berkenaan yang bermula sejak Mei lalu itu berjaya menarik 74 sekolah rendah seluruh Perlis.

Namun, selepas saringan dilakukan hanya 30 sekolah rendah sahaja yang terpilih untuk bersaingan pada peringkat negeri.

Yang turut hadir adalah Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Negeri Perlis, Profesor Madya Dr Abdul Jalil Ramli dan Pengetua SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Julaila Yahya.




Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tengah) bersama Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Negeri Perlis, Profesor Madya Dr Abdul Jalil Ramli ( bersongkok ) dan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman ( duduk dua dari kanan) bergambar bersama peserta pertandingan Gamified: Battle of School di SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar. - Foto ihsan JPN Perlis







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2022 11:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035707 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list