View: 1182|Reply: 15
|
Kim Jong-Un Demam Panas Ketika Positif Covid19, Salahkan Korean Selatan Sebagai Punca
[Copy link]
|
|
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengisytiharkan kemenangan negara itu melawan Covid-19.
Susulan itu, Jong-un mengarahkan penarikan langkah anti-wabak maksimum yang dikenakan pada bulan Mei, sambil menambah Korea Utara mesti mengekalkan “penghalang anti-wabak yang kukuh sehingga berakhirnya krisis kesihatan global itu, menurut laporan agensi berita KCNA.
Kakak kepada pemimpin itu, Kim Yong-jong mendedahkan, Jong-un mengalami demam semasa dijangkiti Covid-19.
Reuters
Kim Yong-jong bagaimanapun menyalahkan Korea Selatan kerana wabak Covid-19 merebak ke negara itu.
Bagaimanapun, Korea Selatan menolak dakwaan itu sebagai tidak berasas.
Pyongyang cukup berahsia dalam mengumumkan wabak Covid-19 pertamanya pada bulan Mei dan telah melaporkan kes jangkitan demam dan kematian sejak itu.
Tetapi terdapat keraguan yang meluas terhadap data, terutamanya jumlah kematian yang rendah.
Dalam ucapannya pada satu majlis, Yong-jong mendakwa Korea Selatan menyebarkan Covid-19 ke Korea Utara dengan menghantar risalah anti-Pyongyang merentasi sempadan.
Aktivis di Korea Selatan telah melakukan ini selama beberapa dekad, menggunakan belon untuk mengapungkan risalah propaganda ke Korea Utara, walaupun amalan itu diharamkan tahun lepas.
Yong-Jong mendakwa penghantaran risalah sebagai “jenayah terhadap kemanusiaan”, dan menyebut “bahaya penyebaran penyakit berjangkit melalui objek tercemar”, menurut agensi berita negara KCNA.
Dia memberi amaran bahawa Korea Utara sedang mempertimbangkan “tindak balas balas yang kuat”.
Dalam ucapannya, Yong-jong berkata: “Walaupun dia (Jong-un) serius sakit kerana demam panas, namun dia tidak boleh berbaring walaupun sejenak kerana memikirkan rakyat yang dia perlu jaga sehingga ke penghujungny perang anti-wabak”.
Korea Utara merujuk kepada “demam” dan bukannya pesakit koronavirus kerana kekurangan peralatan ujian.
Korea Utara tidak melaporkan sebarang kes baharu yang disyaki sejak 29 Julai – tetapi pemerhati antarabangsa mengatakan negara itu mempunyai ujian terhad.
KCNA mendakwa terdapat 4.8 juta jangkitan sejak akhir April, tetapi hanya 74 kematian, yang merupakan kadar kematian 0.002% – yang terendah di dunia.
Ramai pakar mendapati statistik ini sukar dipercayai kerana negara itu mempunyai salah satu sistem penjagaan kesihatan terburuk di dunia dengan memiliki beberapa unit rawatan rapi dan tiada ubat atau vaksin rawatan Covid-19.
Negara itu juga tidak melancarkan sebarang program vaksinasi semasa pandemik, sebaliknya bergantung pada sekatan dan rawatan tempatan.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Jong yong tu adek ke.kakak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo....pandainyer derang anto covid guna belon n risalah jer....hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kau mengaku kuat, tapi dengan virus kecil, kau takut..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak tengok kl zaman 90an, pergi kelantan
Nak tengok kl zaman 70an, pegi korea utara |
|
|
|
|
|
|
|
haaaa dah boleh laa tembak dia ni, sbb dlu dia sound north korea, sape rakyatnya kena covid, akan dpt hukuman mati ditembak. elehhhh kakak pun nk cover adik ckp laa 'demam' jerkkkkkkk.. padahallll... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni macam najis la, sama gemuk, semua salah org lain, dia sorang jah betul
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk BN...tgk la dia.....
walau pun dah nampak salah....tetap kata org lain yg salah....
HAR |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 11-8-2022 05:54 PM
Jong yong tu adek ke.kakak?
adik dia..dia lahir tahun 84 adik dia lahir tahun 1987 motip iols tahu |
|
|
|
|
|
|
|
namr replied at 12-8-2022 12:16 PM
adik dia..dia lahir tahun 84 adik dia lahir tahun 1987 motip iols tahu
Hahaha
Salute.uols...
Tu la..dalam.artikel.atas tulis.kakak
Setau iols..pompuan.ni adek.dia...
Artikel pung salah infoi |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa, dengan Ukraine-Russia, US/Taiwan-China, ni kes N Korea-S Korea pulak. Perang nya idok. |
|
|
|
|
|
|
|
Kim Yo Jong tu adik prmpuan heol.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketaqqqqqqq la misi yg rawat dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|