CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1315|Reply: 15

[Tempatan] Walaupun pernah tercorot daripada 38 sekolah di Klang,akhirnya SMK Kampung Jawa bangkit tercalon Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

  [Copy link]
Post time 11-8-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 11-8-2022 11:29 AM

KUALA LUMPUR — Sekolah Amanah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor tercalon bagi kategori ‘Menangani Cabaran’ bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

Pengetua SMK Kampong Jawa, Aisah Jaman berkata, ia bermula ketika negara dilanda pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu. Dengan kira-kira 75 peratus muridnya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, SMK Kampong Jawa pernah terpalit dengan pelbagai tanggapan negatif termasuklah dikaitkan dengan kemiskinan bandar, jumlah kehadiran murid yang rendah selain hilangnya kepercayaan masyarakat

Sebuah Sekolah Amanah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori ‘Inovasi’.

Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota berkata, dua Sekolah Amanah Malaysia tersebut disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

“Anugerah yang dilancarkan pada tahun ini dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai ASD250,000.

“Tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat,”jelas kenyataan tersebut hari ini.

Katanya lagi, pemenang bagi setiap kategori yang akan diumum pada Minggu Pendidikan Dunia, 16 hingga 21 Oktober depan akan menerima ASD50,000.

Mengulas lanjut, Vikas Pota berkata sekolah yang disenarai pendek tersebut dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan sebenar kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh kepada orang ramai.

“Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan. Kini, para pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini,” katanya.


— BebasNews/Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
SMK Kg Jawa ni yg dekat2 dgn Telok Menegon, Sg Kandis, C.E.B. tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah puan pengetua!

(Sekolah yang haibat, bermula dari kepimpinan pengetua)
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 12:17 AM | Show all posts
Zazama replied at 11-8-2022 02:56 PM
SMK Kg Jawa ni yg dekat2 dgn Telok Menegon, Sg Kandis, C.E.B. tu ke?

SMK kg jawa ni sebelah rumah i
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pada semua tenaga kerja di SMK Kampung Jawa
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 12:46 AM | Show all posts
gigahertz replied at 12-8-2022 12:17 AM
SMK kg jawa ni sebelah rumah i

erk... lain yang ditanya, lain yang dijawab


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2022 12:55 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-8-2022 04:46 PM
erk... lain yang ditanya, lain yang dijawab

I is hairan. semenjak i pindah ke kg jawa ni tetiba kg jawa ni macam popular.
tu hari yang pakcik gaduh dengan mat moto tu pun kat kg jawa jugak

Untuk maklumat.
Bihun dengan kuewtiau kat Kg Jawa masih Rm 1 tau.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 10:27 AM | Show all posts
Tahniah GB dah seluruh warga!!!

Kg Jawa 20-25 tahun dulu memang jawa nau nau.
Hujung minggu naik Komuter pigi sana ketakutan penuh ngan indon. Seram sungguh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat pengetua ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 11:12 AM | Show all posts
Wow hebat! Tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 11:41 AM | Show all posts
wow hebat we need more pengetua yg inovatif!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 12:15 PM | Show all posts
gigahertz replied at 12-8-2022 12:17 AM
SMK kg jawa ni sebelah rumah i

emm...tentu dah rasa banggakan?

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 12:17 PM | Show all posts
gigahertz replied at 12-8-2022 12:55 AM
I is hairan. semenjak i pindah ke kg jawa ni tetiba kg jawa ni macam popular.
tu hari yang pakcik  ...

sempat lagi tu promote..hehehe

mmg keputusan akademik sekolah tu makin meningkat ya?

tahniah kepada cikgu2 dan pelajar2 Kg. Jawa
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 12:21 PM | Show all posts
Tahniah buat mereka moga jadi contoh buat yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 01:41 PM | Show all posts
gigahertz replied at 12-8-2022 12:17 AM
SMK kg jawa ni sebelah rumah i

dekat dgn kuarters cikgu situ ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terus menjd sekolah yg hebat .. tahniah pengetua ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.090958 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list