CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6667|Reply: 27

Kegunaan/kebaikan rokok dan merokok.

[Copy link]
Post time 28-9-2010 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Sebagai bekas perokok tegar, aku tak nafikan ada beberapa kegunaan dan kebaikan rokok nih antaranya;

1. Sebagai ubat nyamuk - sbb org takkan nak bawak lingkaran umat nyamuk ke hulu kehilir tp rokok senantiasa setia dipoket perokok.

2. Sebagai alat menghilangkan mengantuk - biasanya bila drive lama2 akan menyebabkan mengantuk dan bila isap rokok nih terus lega...

3. Sebagai alat berbuka puasa - nih biasanya terjadi kalau terperangkap dlm jem yg teruk, makruh kan melambat2kan berbuka..

4. Sebagai alat pengasih - yg nih tak perlu kupaslah..

rasanya banyak lagi.. jom para jejaka yang ensem kita kumpul banyak2...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 12:19 PM | Show all posts
merokok sebagai alat berbuka puasa?????
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 12:31 PM | Show all posts
habang asnul ni heavy la...tp bekaskan...
1 2 3 tu...agree
yg no 4 tu...apakah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 12:34 PM | Show all posts
Reply 3# hart_attack


    alaaaa... yg gunakan rokok gudang garam lepas tu hembus tu ler...

sib baik ler ko tatau...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 12:37 PM | Show all posts
Reply  hart_attack


    alaaaa... yg gunakan rokok gudang garam lepas tu hembus tu ler...  ...
asnulhisham Post at 28-9-2010 12:34



tobat tak tau...
tp teingin nak tau...
sbb encik tunang lebih kurang heavy smoking gak...
dah tak tau nak suh die cakap tak nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 12:48 PM | Show all posts
Sebagai bekas perokok tegar, aku tak nafikan ada beberapa kegunaan dan kebaikan rokok nih antaranya; ...
asnulhisham Post at 28-9-2010 12:15



    xdenya kebaikan merokok tu...
    terang lagi bersuluh merbahaya
    belanjawan bulan 10 ni confirm naik lagi harga rokok...
    hadap je la duhai perokok semua..


  "kataku kepada diri sendiri"
   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2010 02:00 PM | Show all posts
Reply  hart_attack


    alaaaa... yg gunakan rokok gudang garam lepas tu hembus tu ler...  ...
asnulhisham Post at 28-9-2010 12:34


paling2 x tahan bau rokok jenama ni....pening terus
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 02:18 PM | Show all posts
ko patut sebut menajana ekonmi penanam tembakau....kedai runcit....kedai kopi- dok sembang lama..pekerja ilang rokok, pemanu van rokok, tak terkecuali hospital serta penggali kubur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 02:40 PM | Show all posts
ada 1 rokok tuh ai cukup elejik bau dia. apa tah. takkan winston kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:52 AM | Show all posts
time aku isap rokok dulu.......
1 - jadi peneman time boring....
2 - tuk ilang ngantuk
3 - ubat nyamuk (kalau time gi mancing la)
4 - time tgh cari idea.....
5 - tuk penentu masa...(cth kalau member tanya....brapa lama lagi nak sampai....aku leh jwp..sebatang-dua rokok sampai la)

hahahaahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:24 AM | Show all posts
Reply 10# ctaz


    no 5 aku sokong...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:26 AM | Show all posts
cpt mati
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:29 AM | Show all posts
aku smoke time drive ajuh2 jer,nk bg hilng ngntuk n kalo kwn pelawa jer..tp dlu aku mmng merokok skrng je dh stop...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:36 AM | Show all posts
2. Sebagai alat menghilangkan mengantuk - biasanya bila drive lama2 akan menyebabkan mengantuk dan bila isap rokok nih terus lega...
asnulhisham Post at 28-9-2010 12:15


My HB tk isap rokok.Klu drive jauh2 dia akan makan gula2 berangin je! Clorets n Fisherman's Friend sentiasa ada dlm keta...  
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:44 AM | Show all posts
Adik aku yang laki tu mmg seorang perokok tegar,satu hari tu kan dia ada tgk
kat tb ader iklan org yang merokok kena potong kaki,
pastu dia tnya mak aku,
mak,betoi ka kalo isap rokok byk2  kaki jadi buruk nty,
pastuh mak aku ckp,ntah laa..paklong hang (dah arwah) seumoq hidup xpenah isap
rokok pon kena potong kaki..
tok din aku skang umo dah 84tahun,dari muda smpai ke tua rokok xlekang dari hidup
dia,alhamdulilahh sihat walafiat..tnpa sebarang penyakit..
bukan aku nk kata baik sgt isap rokok ni,tpi ntahla..aku rasa ada kebaikannya jugak
bleh hilang ngantuk masa driving tu sgt la aku setuju
laki aku pon isap rokok gak,dan aku xpenah halang dia,suka hati nk berenti ke x
janji jgn berlebihan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 04:36 PM | Show all posts
keburukan merokok kpd pengtakisap rokok:


--------->>>> abis tudung n baju bau rokok!!!!!
cisssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 04:40 PM | Show all posts
mcm la rokok jer yang blh wat peneman kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 04:41 PM | Show all posts
kegunaan rokok - peneman setia masa tunggu awek bersiap b4 keluar dating
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 04:42 PM | Show all posts
sbg bahan hilang boring tunggu org pompuan bersiap

kat mane nk dapat cigar yg bau harum tu..
dh try beli perisa cherry tp rase je ceri bau nye same gak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 04:54 PM | Show all posts
Kerajaan rugi RM2b setahun

Oleh AZMAN IBRAHIM
azman.ibrahim@utusan.com.my

PETALING JAYA 8 Sept. - Syarikat pengeluar rokok, British American Tobacco Malaysia Bhd. (BAT) menggesa kerajaan melaksanakan segera peningkatan duti eksais rokok secara berperingkat dan sederhana bagi mengelak peningkatan aktiviti penyeludupan dan pemasaran rokok haram.

Malah, kerajaan dijangka mengalami kerugian kira-kira RM2 bilion setahun berikutan kemasukan rokok haram yang tidak dikenakan duti.

Sebagai contoh, kajian BAT menunjukkan peningkatan duti eksais rokok sebanyak 20 peratus pada Ogos 2008 menunjukkan peningkatan penggunaan rokok haram sebanyak 12 mata asas manakala peningkatan sederhana yang dilakukan pada Oktober 2009 iaitu sebanyak lima peratus, menunjukkan peningkatan penggunaan rokok haram hanya 1.1 mata asas.

Pengarah Urusannya, William Toh berkata, Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi mengenakan duti eksais rokok dan harga rokok kedua tertinggi di ASEAN.

Katanya, negara jiran, Singapura sendiri sudah lama tidak meningkatkan duti eksais rokok iaitu selama lima tahun manakala Hong Kong selama tujuh tahun bagi membendung penyeludupan dan penggunaan rokok haram di negara masing-masing.

Jelas beliau, dagangan rokok haram di Malaysia turut didapati tertinggi di dunia menurut kajian Goldman Sachs Global.

Malah, katanya, peningkatan duti eksais rokok dan cukai-cukai lain juga tidak mengurangkan perokok dan penggunaannya di negara ini sebaliknya ia mengundang masalah yang lebih serius kepada negara.

''Perolehan negara juga dijangka menyusut berikutan pengguna memilih rokok haram yang tidak dikenakan duti dan cukai berbanding pengeluar rokok yang sah.

''Kami di BAT tidak rugi apa-apa sekiranya berlaku peningkatan duti eksais yang tinggi kerana peningkatan kos itu akan disalurkan kepada pengguna, sebaliknya pengguna akan memilih pilihan lain iaitu rokok haram,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat BAT di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Pengarah Kewangan BAT, Stephen James Rush.

BAT ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1912 dan kini menguasai 60 peratus pasaran rokok tempatan.

Malah, BAT berada pada kedudukan 25 teratas dalam Bursa Malaysia daripada segi pasaran modal.

Secara purata, BAT mengeluarkan 9 bilion batang rokok setahun.

Jenama-jenama rokok utama yang dikeluarkan BAT adalah Dunhill, Kent, Pall Mall, Peter Stuyvesant dan Benson & Hedges.

Toh menambah, sekiranya orang ramai memilih untuk menggunakan rokok haram berbanding keluaran BAT dan dua pengeluar lain, ia dikhuatiri membahayakan kesihatan mereka.

Katanya, rokok yang dikeluarkan BAT mempunyai penapisan dan kawalan mutu yang baik untuk para pengguna berbanding rokok haram.

''Kami dapati jika pengeluaran rokok BAT sebanyak sembilan bilion batang setahun, maka, pengeluaran rokok haram juga dalam jumlah yang sama,'' ujarnya.

Jelas Toh lagi, penggunaan rokok di negara ini juga didapati meningkat sebanyak 1.5 peratus hingga dua peratus setahun yang menunjukkan permintaannya tetap tinggi walaupun kerajaan berusaha membendungnya melalui peningkatan duti eksais rokok.


****Harga rokok xnaik kot tahun ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.915592 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list