CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 711|Reply: 2

CHAGEE Lancar Set Hadiah Kuih Bulan Edisi Terhad Dengan Kejutan Padanan Teh Premium

[Copy link]
Post time 10-8-2022 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Khas buat peminat kuih bulan, CHAGEE teruja memperkenalkan siri kuih bulan dalam kotak yang unik dan menarik!








Ia boleh dinikmati bersama teh berperisa premium sempena sambutan Perayaan Kuih Bulan atau Festival Pertengahan Musim Luruh yang meriah.


Rasa klasik dengan sentuhan moden, set hadiah kuih bulan dari CHAGEE merangkumi tema bunga mekar di bawah sinaran cahaya bulan (花好月圆).


Diinspirasikan dari tradisi Festival Pertengahan Musim Luruh, nikmati keenakan kuih bulan berbentuk bunga dan digandingkan dengan teh aromatik bersama insan tersayang.


Set Hadiah CHAGEE Mooncake edisi terhad menyerupai kabinet Cina yang megah dengan pintu yang menampilkan reka bentuk bulan penuh dan bunga mekar.











Enam biji kuih bulan yang diperakui halal dan dikilangkan oleh Oversea Mooncake (海外天月餅) ini disediakan bersama dua teh campuran yang menyegarkan untuk dipadankan dengan rasa unik kuih bulan sambil melihat bulan penuh.


Pada 2017, CHAGEE dianugerahkan rekod dunia bagi kategori "Ladang Teh Oolong Organik Terbesar di Dunia".


Daun yang diproses dalam 12 langkah tradisional menjamin teh premium yang berkualiti tinggi dengan perisa yang unggul.


"Orang tersayang berkumpul ketika Festival Pertengahan Musim Luruh berkongsi kegembiraan dengan menikmati kuih bulan sambil melihat bulan penuh.


"Justeru, kami ingin menyerlahkan lagi tradisi ini dengan memperkenalkan set hadiah kuih bulan eksklusif bersama teh premium untuk digandingkan dengan kelazatan kuih tradisi keluaran Oversea Mooncake dan dinikmati bersama keluarga bagi memeriahkan lagi suasana perayaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif CHAGEE, Jack Chong.








Set Hadiah Kuih Bulan CHAGEE eksklusif didatangkan dengan dua campuran teh istimewa iaitu Jasmine Snow Bud 茉莉雪芽 dan Glutinous Green Tea 珑珠绿茶, bersama pelbagai perisa kuih bulan premium:




  • Chocolate Mooncake 巧克力月饼
  • Golden Starlight with Single Yolk Mooncake 翡翠玉环月饼
  • Golden Emerald with Single Yolk Mooncake 金翡翠蛋黄月饼
  • Green Tea Mooncake 翡翠绿茶月饼
  • Lotus Paste with Single Yolk Mooncake 单黄莲蓉月饼
  • Red Bean Mooncake 玫瑰豆沙月饼







Bermula 8 Ogos ini, Set Hadiah Kuih Bulan CHAGEE boleh didapati untuk pra-pesanan kuantiti terhad pada harga RM148 melalui Kedai Rasmi Shopee CHAGEE di https://shopee.com.my/my.chagee.


Mulai 18 Ogos dan seterusnya, set ini akan tersedia di semua cawangan CHAGEE dengan harga runcit RM168.


Kunjungi halaman Facebook rasmi CHAGEE di https://www.facebook.com/my.chagee untuk maklumat lanjut tentang set hadiah teh CHAGEE Mooncake baharu. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2022 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread promosi berbayar?


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 05:48 PM | Show all posts
nice packaging
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.044668 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list