CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1351|Reply: 0

Marcella keluar Islam, kembali pada Kristian

[Copy link]
Post time 10-8-2022 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Marcella keluar Islam, kembali pada Kristian


Marcella Simon

Agensi

Jakarta: Pelakon sinetron, Marcella Simon kini sudah 'murtad' dan keluar daripada Islam dengan memeluk semula agama asalnya Kristian pada 5 Ogos lalu melalui satu upacara keagamaan.

Upacara berpindah agama Marcella itu dijalankan oleh seorang paderi. Malah, Marcella mendakwa sejak memeluk Islam tiga tahun lalu, dia mengalami masalah mental dan hampir bunuh diri.

"Selepas tiga tahun (peluk Islam), saya hampir menemui ajal kerana berhadapan masalah mental dialami," katanya.

Pengakuan Marcella yang pernah popular dengan sinetron Safira itu dibuatnya ketika membalas komen rakan selebriti, Samuel Zylgwyn di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Marcella meluahkan tiba masa dia menyimpan semua pengalamannya.

Katanya, ia bagi menguatkan hatinya pada kepercayaan yang menjadi tujuan hidup.

Bagaimanapun, pendedahan mengejutkan Marcella itu menerima pelbagai reaksi daripada peminatnya. Bahkan, ada antara mereka berasa amat kecewa dan menganggap Marcella sanggup mempermainkan agama.

Tidak kurang juga, ada yang menyokong Marcella kerana menyifatkan dia wajar membuat pilihan untuk hidupnya, sekali gus merasakan Marcella lebih tenang menganuti agama asalnya, Kristian seperti dulu.

"Semoga dia gembira dengan pilihannya (agama) sekarang. Jangan jadi mualaf lagi selepas ini," kata seorang netizen.

Terdahulu, Marcella yang didakwa mempunyai iras wajah seperti pelakon sensasi, Marshanda itu difahamkan membuat keputusan memeluk agama Islam pada 2019 lalu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... mbali-pada-kristian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.031808 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list