CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 0

[Johor] Ternak kambing boer tambah pendapatan

[Copy link]
Post time 10-8-2022 10:39 AM | Show all posts |Read mode

ZAMZIRIN YUSOF bersama kambing yang dipanggil Janggut di kandangnya di Kampung Puteri Menangis, Ayer Baloi, Pontian, Johor.


PONTIAN: Mempunyai pendapatan tetap bukan penghalang bagi Zamzirin Yusof, 38, mengusahakan ternakan kambing bagi menjana ekonomi sampingan keluarga.

Malah, jurulatih bola sepak bagi bagi pasukan komuniti Taman Bukit Indah, Johor Bahru itu menyifatkan ternakan kambing boleh memberi pulangan yang baik jika diurus dengan betul.

Dia memilih menternak kambing baka boer import dan cross boer (tempatan) bertujuan pembiakan kambing jenis tersebut yang masih kurang disertai golongan penternak di daerah ini.

Katanya, baka kambing boer import yang berasal dari Afrika sentiasa mendapat permintaan tinggi sehingga mampu mencecah RM10,000 bagi kambing yang berusia tiga tahun.

“Saya memulakan penternakan ini pada awal 2021 dengan pembelian kambing boer dan cross boer dengan kos RM45,000 selain pembinaan kandang di atas tanah keluarga sebanyak RM13,000.

“Ia melibatkan pembelian lima ekor betina boer dengan kos RM30,000 dan RM15,000 bagi dua ekor jantan bagi tujuan pembiakan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Puteri Menangis, Ayer Baloi, di sini, baru-baru ini.

Zamzirin berkata, sebanyak empat guni dedak digunakan sebagai makanan utama kambing-kambing peliharaannya selain makanan tambahan seperti kacang soya, pelepah kelapa sawit dan silaj jagung setiap bulan.

“Walaupun dedak mengalami kenaikan harga, saya memastikan kambing-kambing mendapat makanan mencukupi di samping bahan-bahan lain,” ujarnya.

Setakat ini, dia mempunyai tujuh ekor kambing boer import dan tiga ekor anak yang baru dilahirkan selain 19 ekor cross boer jantan dan betina yang ditempatkan dalam sebuah kandang.

Zamzirin bercadang membawa masuk sepasang kambing boer Kalahari pada Oktober ini bagi tujuan pembiakan selain mempelbagaikan baka ternakannya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... -tambah-pendapatan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.127766 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list