CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5022|Reply: 136

[Tempatan] RM6 bilion guna beli peralatan bina LCS

[Copy link]
Post time 10-8-2022 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 10-8-2022 09:19 AM



RM6 bilion guna beli peralatan bina LCS
Muhammad Yusri Muzamir - 8h ago



[email protected]© Provided by Berita HarianKetua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman


KUALA LUMPUR: Pembayaran RM6 bilion daripada nilai keseluruhan kontrak pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dibuat bagi menampung perbelanjaan pembelian hampir semua peralatan diperlukan bagi pembinaan enam kapal berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman dalam muat naik di Facebooknya malam tadi, berkata nilai keseluruhan kontrak pembinaan LCS adalah sebanyak RM9 bilion dengan progres pembinaan lima kapal berkenaan ketika ini adalah 55 peratus.


Katanya, pembelian pukal peralatan membina enam kapal LCS adalah lebih murah, berbanding jika dibeli secara berasingan, selain menjelaskan sebahagian besar perbelanjaan berkenaan adalah untuk membina bentuk asas LCS, membabitkan reka bentuk asas dan terperinci dihasilkan Naval Group, Perancis.
"RM9 bilion untuk enam kapal di bawah kontrak asal bermakna harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion. Mesir membelanjakan hampir RM1.9 bilion untuk satu kapal LCS mereka yang dibuat di Perancis. UAE juga belanja hampir RM1.9 bilion (untuk) satu LCS. Amerika Syarikat bina LCS mereka pada harga RM2.4 bilion sebiji sebab lebih canggih.
"Selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal Navy yang diberi kepada syarikat PSC suatu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.
"Pengambilalihan ini termasuk hutang bank amat besar yang kini terpaksa ditanggung Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard. Maka sebahagian daripada wang LCS terpaksa diguna untuk bayar hutang lapuk syarikat PSC ini. Maklumat ini ada dalam laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira)," katanya.
BH sebelum ini melaporkan, Ahmad Nazim dilantik sebagai CEO LTAT, berkuat kuasa 15 Jun 2021, menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin yang meletakkan jawatannya pada 30 April 2021, bagi menjadi Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu.
Ahmad Nazim yang terbabit secara langsung bagi menggubal pelan pemulihan LCS bersama Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut mengesahkan pembinaan fizikal kapal LCS sedang dibuat di Lumut Shipyard di pengkalan TLDM.
"Saya sudah berkali-kali turun ke Lumut Shipyard yang terletak di pangkalan TLDM dan melawat projek LCS. Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak 'hull' (badan) kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.
"Projek ini terhenti pada 2019 atas pelbagai sebab tetapi Kabinet pada April lalu, memutuskan untuk menyambung semula pembinaannya berdasarkan opsyen paling murah. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira tiga opsyen, termasuk pelan penstrukturan semula BNS diteliti kerajaan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Kabinet yang mengambil masa selama lapan bulan.
"Projek LCS yang dibina oleh syarikat BNS di Malaysia juga membuka peluang kerja teknikal dan kejuruteraan kepada hampir 3,000 jurutera, lebih 400 vendor tempatan dalam pelbagai bidang, dengan nilai projek lebih RM4 bilion dan ribuan lagi pekerjaan di syarikat vendor ini," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 10:03 AM | Show all posts
Nama Mat Sabu tak naik pun.
Kata lewat/dihentikan sebab PH.... menurut Laporan Pesbuk Orang Kalah Rayuan tu la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:09 AM | Show all posts
Tunggu la satgi topup lagi duit.
La ni tak siap lagi pun dah cecah 10bil siap VO addition. (5bijik)
Kalau siap, dikawatir mengalahkan Mesir dan UAE punya rege.

Beza order direct vs order berlapis-lapis subcon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2022 10:12 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 10-8-2022 10:03 AM
Nama Mat Sabu tak naik pun.
Kata lewat/dihentikan sebab PH.... menurut Laporan Pesbuk Orang Kalah R ...


ini citer pasal pembayaran RM6billion....
pasal lewat/dihentikan itu citer lain...


"Saya sudah berkali-kali turun ke Lumut Shipyard yang terletak di pangkalan TLDM dan melawat projek LCS. Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak 'hull' (badan) kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.



siapa yg ada lalu kat Penang, ada nampak tak pembinaan fizikal telowong dasar laut...




Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:15 AM | Show all posts
So buat press statement semata-mata utk 'kawalan kerusakan' imej la ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2022 10:19 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 10-8-2022 10:21 AM
airfilterkotor replied at 10-8-2022 10:15 AM
So buat press statement semata-mata utk 'kawalan kerusakan' imej la ni.

untuk menjelaskan , apa bayaran rm6billion digunakan...
sebab ramai yg bertanya, dah bayar rm6 billion tapi kapal x dapat...
rm6billion kerajaan bayar kepada syarikat miliki kerajaan jugak...milik kroni rakyat yg terdiri dari ahlinya anggota tentera , veteran tentera milik
LTAT ( Lembaga Tabung Angkatan Tentera ).





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dock blh bina satu kapal je dlm satu2 masa, at least 1 empty hull, kalau hull dah blh terapung akan ditarik keluar utk mulakan pembinaal hull baru, nak bina 6 hull sekali gus aku tak fikir Locheed Martin atau Samsung pun mampu nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak salah aku LCS Gowind Malaysia adalah yg paling besar dlm kelas dia (3000T) compare dgn yg lain cuma 2500T (Gowind 2500)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 11:22 AM | Show all posts
habis la humno, waktu2 nak pru mcm ni pulak PH dapat isu mcm ni, sure la lepas ni 36 jam sehari dok ratip LCS LCS LGE
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:16 PM | Show all posts
rashiman replied at 10-8-2022 10:19 AM
untuk menjelaskan , apa bayaran rm6billion digunakan...
sebab ramai yg bertanya, dah bayar rm6 bill ...

Itu dari mulut kontraktor. Bila sudaa jadi macam ni, memang la cerita tentang sampah pun terasa bau wangi je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk pengetahuan penjilat Mat Sakau...

PAC diwakili oleh 3 ekoq MP Umno dan 3 ekoq MP Bersatu dan 2 ekoq MP Pas dan seorg MP GPS yg mewakili kerajaan BN/PN/GPS. Jumlah 9 org.

Manakala dipihak pembangkang pula ada 2 org MP DAP, seorang MP PKR, AMANAH dan WARISAN. Jumlah 5 org.

Patutlah gelabah lain mcm
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:38 PM | Show all posts
Wow!! RM6 bil beli alat peralatan?

Laporan PAC pulak (pg 167)
11.9. Peralatan yang disimpan dalam stor bagi projek LCS
dianggarkan berjumlah RM1.7 bilion dan dianggarkan 15%
telah pun usang (obsolete)
Pasal apa simpan kat store? (pg 14)
bahawa detailed
design termasuk production drawings telah mengalami
kelewatan sehingga 30 bulan untuk disiapkan. Sehingga
kini, detailed design masih belum disiapkan kerana terdapat
isu di antara design authority iaitu Naval Group dan BNS.
Apa daaaa ... design pon tak siap dah beli barang?

Kalo kita percaya RM6 billion untuk beli peralatan , menurut PAC 15% dah usang (obsolete) bermakna duit rakyat sebanyak RM0.9 bil dah hangus macam tu aje

Nak tonjolkan kebodohan KERAjaan party asobiyyah / BN dalam kontrak ini , (pg15)
Tan Sri Ambrin bin Buang: ...Boleh tambah tetapi pada
pengamatan kita, what is glaring is pada keadaan biasa,
sepatutnya kita sudah finalized the design before you sign
the contract. You cannot sign the contract when you do not
know what is the design. Itu yang menjadi masalah
sehinggakan berpusing-
pusing isu ini. Kemudian timbullah
masalah dengan OEM. Encik Guna, you want to add?
Pikir2 lah sikit masa mengundi nanti ... untuk masa depan negara & anak cucu kita


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:43 PM | Show all posts
rashiman replied at 10-8-2022 10:19 AM
untuk menjelaskan , apa bayaran rm6billion digunakan...
sebab ramai yg bertanya, dah bayar rm6 bill ...

aduuh rahiman...org kg boleh la ko tipu. 6bill / 9mill = 67% of total cost tu. acik tatau camana milestone payment broken up tp jarang sekali client nk bayar melebih progress. kalau 3 kapal siap dari 6 kapal logik bayar 6 bill, ni project patut complete aug 2022, sah2la delay sbb dh august kapal tak siap lg. gomen dh patut tahan 10% for liquidated damages.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:45 PM | Show all posts
sam1528 replied at 10-8-2022 01:38 PM
Wow!! RM6 bil beli alat peralatan?

Laporan PAC pulak (pg 167)

iols setuju dgn uols...boleh je proceed beli long lead items(material yg delivery terlalu panjang) sblm detailed design siap provided mmg confirm no changes in materials...means at least Detailed design tu dh almost finalized. ni 30bln DDE tak siap apa ke jadahnya

sama2 la kita tolak melayu isley next election
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:54 PM | Show all posts
Basta@D Navel Shityard
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian penghasut asyik kantoi jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 03:09 PM | Show all posts
Edited by Abahmung at 10-8-2022 11:53 PM

Boustead guna wang LCS bayar hutang lapuk -Bos LTAT

Diterbitkan:  Aug 10, 2022 1:05 PM



Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman berkata Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) terpaksa menggunakan sebahagian daripada dana daripada perolehan kapal tempur pesisir (LCS) untuk membayar hutang lapuk projek lain.

Ini kerana Boustead Holdings Bhd - yang pemegang saham terbesarnya adalah LTAT - terpaksa pada satu ketika mengambil alih PSC Industries Bhd yang dibebani hutang, sebuah syarikat yang gagal menunaikan kontrak RM9 bilion untuk membina enam kapal peronda luar pesisir (OPV).

“Selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal tentera laut yang diberi kepada syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.


“Pengambilalihan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard. Maka sebahagian dari wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk syarikat PSC ini.


“Maklumat ini ada dalam laporan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara), ” kata Nazim dalam catatan Facebook malam tadi.

PAC mengeluarkan laporan pada 4 Ogos, mendedahkan masalah berhubung kegagalan perolehan LCS.

Antara isu yang dinyatakan ialah sebahagian daripada bayaran yang dibuat oleh kerajaan tidak digunakan dalam perolehan LCS tetapi RM400 juta digunakan oleh BNS untuk menyelesaikan hutang lapuk sebuah lagi projek lama iaitu Kapal Peronda Generasi Baharu ( NGPV).

Kontrak NGPV telah dikeluarkan pada tahun 1998 dan Boustead Holdings mengambil alih PSC pada tahun 2005.


Nazim juga mengesahkan bahawa dia telah turun melawat limbungan di Lumut dan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung.

Dia mendakwa kontrak itu menyatakan bahawa kesemua enam kapal perlu dibina serentak, bukannya membina dan menghantarnya satu demi satu.

“RM6 bilion dari nilai kontrak RM9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai RM6 bilion, tapi progress pembinaan untuk lima kapal pertama hanya pada purata 55 peratus?

“Sebab RM6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu untuk bina enam kapal. Bulk order lebih murah berbanding beli satu-satu,” katanya.

Menurutnya, sbahagian besar perbelanjaan adalah untuk basic design dan detailed design yang dibuat oleh Naval Group, Perancis.


BNS telah dianugerahkan kontrak LCS pada 2011 dalam rundingan terus dan RM6 bilion telah dibayar pada 2020, tetapi ia terlepas tarikh penghantaran yang disasarkan pada 2019.

Mengikut kontrak, BNS sepatutnya menghantar kapal pertama pada April 2019 dan dua kapal lagi dijadualkan menyusul pada Februari dan Mac 2020.







Kos LCS naik 3 kali ganda kerana kontraktor berlapis-lapis
Diterbitkan:  Aug 9, 2022 1:45 PM




Perolehan kapal tempur pesisir (LCS) naik tiga kali ganda kerana kontrak berlapis-lapis, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Katanya, kerajaan melantik Boustead Naval Shipyard (BNS), BNS melantik subkontraktor Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD), CAD melantik Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) dan CED melantik syarikat Perancis DCNS.

Katanya, siasatan menunjukkan dua pakej yang dimuktamadkan pada harga RM1.185 bilion dengan kerajaan Malaysia, sedangkan surat lantikan dari CED (subkontraktor lapis kedua) kepada DCNS meletakkan kos sebanyak RM397 juta sahaja.

“Maknanya, bagi kerja-kerja yang akan diinvois oleh DCNS kepada CED sebanyak RM397 juta, tuntutan dari sub-kontraktor CED dan CAD kepada lerajaan Malaysia (melalui BNS) adalah tiga kali ganda lebih mahal,” katanya.

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu mendedahkan kerajaan sudah membayar RM6 bilion walaupun tiada satu pun kapal yang siap.

Laporan itu juga mengatakan pandangan panglima tentera laut sebagai penguna akhir kapal itu tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan kontraktor utama BNS.



Sementara itu, Rafizi justeru menyindir bahawa kanak-kanak pun boleh membuat kesimpulan ada “tangan ghaib” yang menyusun kontrak perbekalan hingga “mengambil komisen 200 peratus dari kos yang dicaj DCNS”.




Chin Tong jawab bos LTAT: Buat kapal bukan macam pasang Lego

Diterbitkan:  Aug 10, 2022 7:26 PM



Liew Chin Tong berkata dia terkejut dengan jawapan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman berkaitan perolehan kapal kapal tempur pesisir (LCS).

Bekas timbalan menteri pertahanan itu menolak penjelasan Nazim bahawa pembinaan fizikal kapal sedang berlangsung kerana badannya dapat dilihat “kalau naik bot ke Pangkor”.

“Aspek yang paling penting untuk sebuah kapal adalah reka bentuk. Apa gunanya ada rangka atau badan kapal yang besar tanpa pendawaian, senjata dan peralatan?

“Malangnya, detailed design LCS yang patut disiapkan pada November 2016 tetap kekal di tahap lebih kurang 80 peratus pada tahun 2022. 

“Pembinaan kapal perang bukan seperti membuat kapal Lego,” kata timbalan setiausaha agung DAP.

Dalam kenyataan hari ini, Liew berkata kapal sebesar LCS mempunyai sistem pendawaian dan paip yang panjang sekurang-kurangnya 300 kilometer. 

“Pembinaan kapal perang bukan sahaja hull (badan) yang boleh dinampak dari laut berhampiran Pulau Pangkor,” katanya,

Sementara itu, mengulas itu pembelian peralatan pembinaan secara pukal, Liew menyifatkan teori berkaitan perkara itu sebagai “penipuan”.

Memetik prosiding pada 1 Disember 2020, dia berkata bekas ketua audit negara Ambrin Buang memaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa pada keadaan biasa rekaan patut dimuktamadkan sebelum kontrak ditandatangani.

“Ini bukan main Lego, boleh pasang dan buka suka hati,” katanya.

Liew juga berkata 15 peratus daripada peralatan yang dibeli secara pukal itu telah lapuk dan menyebabkan pembaziran yang terlampau besar.



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:23 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 10-8-2022 03:26 PM

Kantoi teruk dah ni..







Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:01 PM | Show all posts
Perjanjian dengan gomen RM1.185bil.
Kau dapat RM1.185bil dengan serah barang bernilai RM397juta.

Apa nama tu... menipu dalam timbangan ke apanama tah? Masyukk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2022 04:04 PM | Show all posts
juruterra replied at 10-8-2022 01:43 PM
aduuh rahiman...org kg boleh la ko tipu. 6bill / 9mill = 67% of total cost tu. acik tatau camana m ...


6bill / 9mill = 67%


apa yg boleh aku cakap, ini kiraan budak2 sekolah...
dalam kontrak ada termanya, ada item2nya, kuantitinya yg menentukan jumlah yg sepatutnya dibayar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.115914 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list