View: 1372|Reply: 17
|
"Memang Idaman,"-Haziq Hussni Terus Setuju Bila Dapat Tawaran Jadi Pengacara Melodi
[Copy link]
|
|
Diberi peluang mengendalikan program hiburan popular Melodi, Haziq Hussni menganggap pemilihannya bergandingan dengan Ain Edruce sebagai perkara diidamkan sebagai pengacara.
Haziq atau Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 32, berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk menerima tawaran tersebut apatah lagi ia adalah program hiburan nombor satu negara.
Foto: IG
"Saya sangat gembira dan bersyukur dengan peluang yang diberikan. Sejujurnya, saya sendiri memang rapat dengan Ain dan kami memang serasi.
"Sebelum bersiaran buat kali pertama hari ini, kami tidak membuat banyak latihan. Syukur, walaupun begitu kami tetap dapat melakukannya dengan baik," katanya kepada mStar.
Penyampai radio itu juga pernah bekerjasama dengan produksi Melodi sebelum ini selain berpengalaman mengendalikan program Muzik-Muzik dari tahun 2018 hingga 2021.
Haziq juga pernah menjayakan acara mega seperti Anugerah Juara Lagu ke-34 dan Malaysia Hari ini (MHI).
Dalam pada itu, Haziq berkata, meskipun ada pengalaman sebagai pengacara televisyen namun itu tidak membuatkan dirinya berasa selesa.
Sebaliknya kata Haziq, setiap program dikendalikan mempunyai perbezaan daripada segi penyampaian dan intonasi.
"ada saya setiap hari itu merupakan tempoh pembelajaran dan saya akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik," ujarnya.
Sebagai pengacara baharu Melodi, Haziq mengakui dirinya amat mengagumi barisan selebriti yang pernah mengendalikan rancangan tersebut sebelum ini.
"ada saya Wahid Senario antara pengacara yang hebat mengendalikan Melodi sama juga seperti Ogy Ahmad Daud, Saiful Apek, Janna Nick, Nabila Huda, Fara Fauzana dan Awal Ashaari.
"Mengacara seorang diri juga tugas sukar kerana bukan sahaja perlu mengawal emosi penonton tetapi teknik penyampaian cerita perlu menarik dan menyakinkan," terangnya.
Sementara itu, penerbit eksekutif Melodi, Jamil Hassan memberitahu, pemilihan dua pengacara baharu itu bersesuaian dengan pengalaman dan kemahiran mengendalikan rancangan hiburan sebelum ini.
Kata Jamil, kedua-dua pengacara itu memiliki kriteria yang diperlukan dan bersesuaian dengan konsep program Melodi.
"embaharuan yang dilakukan bersesuaian dengan citarasa penonton masa kini. Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki kandungan dan cara penyampaian," katanya.-CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
makin sendu laaaa…ain sorang je takleh ke? haihs |
|
|
|
|
|
|
|
sorang bingit, sorang kelam kabut..... huru-hara lahhhh konsepnya |
|
|
|
|
|
|
|
so booooring.....mmg makin menurun la rating nya....muzik2 dulu pun bosan walau pair ngn sherry |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan sendu. Si Ain tuh masa tetamu2 pengacara sebelum nih dia happening je, tengok semalam si Ain nih macam nak taknak mengacara. Si jantan nih peghak kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak kenal siapa wartawan2 melodi sekarang. Kalau dulu dari pengacara sampai wartawan orang kenal. |
|
|
|
|
|
|
|
tv3 suku ni mmg tak pandai pilih org skrg. asal tu jelahh nk save bajet |
|
|
|
|
|
|
|
xkomersial lgsong muka ko dek |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by glump at 8-8-2022 08:32 PM
bosan dan muak,..MHI dia, melodi dia..malaysia nie mmg tiada bakat lain ke>.satucontract pulun semua rancangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka jgk... Serupa uyaina bingit dia je bercakap .. panel tgh bercakap pun dia boleh mencelah.. dah le topic tgh best pasal faraid... Soalan pun panjang boleh cecah 50 patah perkataan.. sapa jadi co host ngan dia jadi patung cendana kat whi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab heshe lah Iols dah malas nonton program TV3, muka tak helok, suara tak sedap, kebijaksanaan as host? Lagilah tak ada
TV3 ni makin lama makin sendu, sebab dijajah producer pengamal kronisme. Balik balik muka sama, muak yah. Kalau muka macam Daddy Fattah dap dap tak apalah ini muka marhaen ala ala penjual roti john tepi jalan sajork, tak exciting langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Cable intan berlian ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|