CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 732|Reply: 1

Azroy, Shahrol kuasai petak depan di Sepang

[Copy link]
Post time 7-8-2022 10:47 AM | Show all posts |Read mode

Azroy akan memulakan saingan dari petak utama di Sepang, esok.

KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Honda Yuzy Idemitsu, Azroy Hakeem Anuar menyambar petak pertama selepas mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Sepang Utara, hari ini.

Azroy yang beraksi dalam kategori CP150 merekodkan catatan 1 minit 16:042 saat (s) sekali gus mencipta rekod baharu bagi satu pusingan.

Dia mengatasi rakan sepasukan, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy yang akan memulakan perlumbaan esok di petak kedua manakala pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayuddin ketiga.

"Pada sesi latihan bebas kedua, jentera saya mengalami keroskan. Namun, pasukan saya bekerja keras untuk membaikinya. Pada sesi kelayakan tadi, kami tidak mempunyai data yang mencukupi. Jadi, kami hanya memberikan yang terbaik dan saya sendiri tidak jangka mampu catat rekod masa yang baharu tetapi ia permulaan yang positif bagi kami," kata Azroy.


Sementara itu, kategori CP125 menyaksikan pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing Team, Md Shafiq Rasol akan bermula di petak pertama esok diikuti Md Firdaus Md Hamdan dari Honda KC Racing dan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Syafiq Rosli ketiga.

Sesi kelayakan kategori Wira KBS pula diungguli tiga pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing dengan Md Syamil Amsyar Md Iffende muncul terpantas manakala Md Danish Aiman Zamrul dan Md Adam Haikal Jahar masing-masing kedua dan ketiga.
https://www.bharian.com.my/sukan ... tak-depan-di-sepang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 11:46 AM | Show all posts
Stopa xde ke? Oo lupa dia masih bertongkat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.074740 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list