CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4491|Reply: 54

[Tempatan] Lebih satu pertiga rancang berhenti kerja dalam tempoh setahun akan datang

  [Copy link]
Post time 4-8-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Lebih satu pertiga atau 36 peratus responden mengatakan mereka berkemungkinan akan berhenti kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pekerja di seluruh dunia, termasuk di Malaysia kini menjadi penentu dalam pasaran pekerjaan, menurut laporan tinjauan EY2022 Work Reimagined Survey.

Lebih satu pertiga atau 36 peratus responden di Malaysia mengatakan mereka berkemungkinan akan berhenti kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang, didorong oleh keinginan untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi, peluang kerjaya yang lebih baik dan fleksibiliti dalam situasi inflasi yang meningkat, pasaran buruh yang mengecil dan peningkatan dalam pekerjaan yang menawarkan kerja fleksibel.

Tinjauan itu membabitkan lebih 1,500 ketua perniagaan dan lebih 17,000 pekerja di 22 negara, termasuk 50 majikan dan 250 pekerja di Malaysia.

Hampir separuh daripada pekerja Malaysia (44 peratus) berkata mereka akan terus berada di organisasi mereka jika mendapat gaji yang lebih baik. Seramai 26 peratus menyatakan keinginan untuk meningkatkan fleksibiliti atau kerja jarak jauh, dan 24 peratus menyebut kenaikan pangkat sebagai faktor lain untuk kekal di tempat kerja.

Walaupun 22 peratus majikan di Malaysia bersetuju bahawa menyediakan peluang kemajuan dari segi kerjaya adalah satu cara untuk menangani situasi berkenaan, hanya lapan peratus bersedia untuk menyemak daya saing pampasan yang ditawarkan mereka.

Hanya 16 peratus pekerja mencari fleksibiliti kerja jarak jauh walaupun majoriti (95 peratus) mahu bekerja secara hibrid sekurang-kurangnya dua hari seminggu, manakala 72 peratus mengatakan syarikat mereka sedang giat mempromosikan model kerja hibrid bagi menarik dan mengekalkan pekerja.

“Terdapat empat pandangan penting yang boleh diambil tindakan daripada tinjauan itu. Pertama, tawarkan susunan kerja yang hibrid dan fleksibel. Kedua, melabur dalam program kesejahteraan dan meningkatkan imbuhan dan faedah, selain menangani jurang ekuiti. Ketiga, keterbukaan untuk mengambil pekerja dari luar lokasi geografi anda.

"Akhir sekali, majikan harus sentiasa melihat peluang untuk mencipta pengalaman kerja yang lebih baik dengan menyediakan teknologi, kerjasama, produktiviti dan pembelajaran.

"Pekerja Gen Z dan milenial di Malaysia (48 peratus) adalah yang paling berkemungkinan berhenti kerja tahun ini berbanding 9 peratus dalam kategori baby boomer,” kata Low Choy Huat, Ketua dan Rakan Kongsi Khidmat Nasihat Rakyat Asean, Ernst & Young Consulting Sdn Bhd.

Dalam peralihan ke fasa endemik COVID-19, pekerjaan secara hibrid dan menangani isu gaji serta faedah lain menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan pekerja dan majikan.

“Iimbangan kuasa telah beralih daripada majikan kepada pekerja. Majikan kini perlu memastikan bahawa keperluan psikologi, keselamatan, keterikatan dan peribadi pekerja mereka diberi penekanan yang cukup kerana ini bukan lagi permainan nombor.

"Selain daripada menaikkan skala gaji, syarikat kini perlu menjaga kesejahteraan pekerja dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, sama ada yang bekerja di rumah atau di pejabat," tambah Low.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 08:25 AM | Show all posts
aku ler tu.. aminn

mau jadi digital nomad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols last hujung bulan ni. Alhamdulillah. Merdeka jua...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 09:50 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 5-8-2022 08:42 AM
Iols last hujung bulan ni. Alhamdulillah. Merdeka jua...

pencen ka atau jadi full housewife
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 09:51 AM | Show all posts
Udah cukup satu tahun saya jadi ibu rumah tangga. Mulai ujung Juli 2021 tutup bisnis karena udah ndak feasible, kurang permintaan gara-gara pendemik. Tapi jenuh juga ya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 09:56 AM | Show all posts
kalau la iols dpt behenti.. alangkah indahnya..
huhuhu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2022 10:16 AM | Show all posts
bestnya berhenti kerja jaga anak2 tapi at the same time duit gaji masuk dividend masuk, takde financial constraint. how i wish kaya mcm tu. ni tak, kena hadap politik office yg camsiel, opismet yg haukkk, anak buah yg %^&*(...bertabah lah hati
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Middle income, M20 dah collapse
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 10:22 AM | Show all posts
dekat office iolls ni pun ramai giler ambil early retirement

yang tak approve tu diorang hantar je surat resign

semua malas nak kerja dah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:25 AM | Show all posts
ainonymous replied at 5-8-2022 10:16 AM
bestnya berhenti kerja jaga anak2 tapi at the same time duit gaji masuk dividend masuk, takde financ ...

mungkin bos adik pun menyampah dengan perangai adik, dan anak anak buah juga tak sukakan adik...
apa nak buat, dunia ini penuh dengki dasyat
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:33 AM | Show all posts
bestnye bole resign aku nk resign pikir byk kali sbb keje sekarang teramat rilek cuma kena bangun pagi la
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:12 PM | Show all posts
ramai2 berenti ni nak niaga dekat shopee ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:14 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 5-8-2022 10:22 AM
dekat office iolls ni pun ramai giler ambil early retirement

yang tak approve tu diorang hantar je  ...

gov ke? then diorang berhenti keje buat apa je
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:21 PM | Show all posts
Bukan rancang dah ramai pun buat macam tu sejak dua menjak ni tambah ramai bila ada yang mula kurang sihat.  Yang mulanya ambik unpaid leave pun terus sambung dengan berhenti terus.  Ramai juga dah mula balik kampung usahakan kebun ternak ayam itik kambing bosan duduk bandar katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:26 PM | Show all posts
iols termasok 1/3 tu
2 hari lepas dah interbiu
mohon doakan iols dapat kerja yg lebih baik dr skang
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 02:50 PM | Show all posts
aina_shaira replied at 5-8-2022 12:14 PM
gov ke? then diorang berhenti keje buat apa je

swasta je, ramai dah kaya lagipun, lagi 4-5 tahun je dah nak boleh keluar kwsp

and malas nak hadap boss baru masuk lagi muda yang kononya terer tapi tak reti buat kerja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 5-8-2022 02:50 PM
swasta je, ramai dah kaya lagipun, lagi 4-5 tahun je dah nak boleh keluar kwsp

and malas nak hada ...

Owh ni geng geng 50 series….mmg patut pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 02:59 PM | Show all posts
aina_shaira replied at 5-8-2022 02:54 PM
Owh ni geng geng 50 series….mmg patut pun

itular, tapi tahun ni memang ketara giler, dekat floor iolls ni je dekat 6 orang early retirement

diorang cakap baiklar retire sekarang time sihat

dari dah lagi tua nanti susah nak berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 5-8-2022 02:59 PM
itular, tapi tahun ni memang ketara giler, dekat floor iolls ni je dekat 6 orang early retirement
...

Betul sgt dah tu..muda2 kerja to the maximum kumpul duit sbb bdn boleh handle stress dan energetic. Bila dah above 50 dah kurang tenaga dan bila cpt stress mula effect health..kita nk buat ibadah dan jalan2 beriadah dan bersantai2 melancong time sihat. Ni umur 50s masih sibuk bekerja dan mtg sana sini siang malam..sedar2 dah jatuh sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I choose flexibility to manage my own time and peace of mind...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.109440 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list