CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

Mizz Nina, Noh Salleh bercerai....

  [Copy link]
 Author| Post time 6-8-2022 03:36 PM | Show all posts
Mizz Nina terharu terima sokongan banyak pihak


Mizz Nina, Noh dan anak angkat mereka


Kuala Lumpur: Selebriti Mizz Nina, 42, terharu dengan doa dan sokongan ramai yang diterimanya susulan berita perceraiannya dengan penyanyi Noh Salleh, 37, kelmarin.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman tampak tenang berdepan dugaan itu dan turut berkongsi surah meminta doa menerusi Instagram Story.

"Oh Allah, jadikan saya lebih baik daripada apa yang mereka fikir mengenai saya, ampunkan saya mengenai apa yang mereka tidak tahu mengenai saya, dan jangan menilai saya disebabkan apa mereka cakap mengenai saya," demikian kongsinya.

Sejak mengumumkan perpisahan mereka, bekas penyanyi itu terus dihujani komen-komen sokongan daripada pengikut serta rakan industri.

Antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Ummi Nazeera, Sarimah Ibrahim, Daphne Iking, Puan Sri Tiara Jacquelina, Ajak Shiro, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Terdahulu, Harian Metro mendedahkan pasangan terbabit sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, baru-baru ini.

Kemudian disusuli hantaran daripada kedua mereka mengesahkan perceraian itu menerusi Instagram.

Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.

"Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik," katanya.

Menurut Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan berkata, dia dan Mizz Nina sudah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... kongan-banyak-pihak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 04:07 PM | Show all posts
Edited by BelovedTaeyeon at 6-8-2022 04:08 PM

.......................
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Chicredwine replied at 6-8-2022 02:10 PM
My husband kenal I masa I tak masuk Islam lagi. Lepas revert, terus pakai tudung. Pernah lah dia t ...

Ya itu yang I maksudkan. Kalau vibes kita sama takde masalah tapi kalau suami rindu the old you memang kat situ lah konflik. But kita boleh start slowly jangan drastik. Kalau you nak cover with hijab tapi reserve sikit wild kita tu utk tatapan dia sahaja you fahamkan maksud I.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nadie90 replied at 6-8-2022 12:24 AM
Takziah buat Mizz Nina & Noh

Tringat pnh ad benang poll pasangan sweet pilihan forummer dan ceq pil ...

tak apa, nanti ada la nohbenak yang akan tolong justify perangai hazab idolat theyols
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu pernah tengok interview ac ngan noh. noh cerita mizz nina yang approach dia mintak buat lagu. masa first time sembang tu noh cakap dia rasa seram sejuk time mizz nina duk tatap muka dia sebab cantik wangi huhu.
tapi tu la dah jadi sejarah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 6-8-2022 12:30 PM
Alaaaa kaka...aii xfollow kisah NohNina ni..ini pendapat kitaorg la dari gosip2 dgn budak opis. Bi ...

Yusry setia. InsyaAllah..
moga Yusry tidak diduga apa2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 6-8-2022 03:34 PM
So adakah uols terpikir nak bukak tudung bila dengar camtu?


No way. Tgh cari 2-piece now. Pakai kat depan dia, dalam bilik la. Kat rumah, I masih lagi pakai sleeveless ribbed top and shorts. Dia pun selalu suruh dye my hair. I need to do that too. My son dah 13 yo. Tunggu masa my husband suruh stop wearing like that in front of the teenager. At the same time, I’m planning a getaway just the two of us in a villa with private pool. I have to try to be as naughty as before. Dah 40’s. Can’t help but feeling a lil’ insecure now and then.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
arffa replied at 6-8-2022 04:11 PM
Ya itu yang I maksudkan. Kalau vibes kita sama takde masalah tapi kalau suami rindu the old you me ...

Understood. Have to put in some effort to bring back the spark..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 06:05 PM | Show all posts
bayan_nuri replied at 6-8-2022 04:15 PM
tak apa, nanti ada la nohbenak yang akan tolong justify perangai hazab idolat theyols

standardlah
fanatik bodo2


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Chicredwine replied at 6-8-2022 05:07 PM
No way. Tgh cari 2-piece now. Pakai kat depan dia, dalam bilik la. Kat rumah, I masih lagi pakai s ...

Faham, itulah iols pun nak ckp td maybe boleh pi cuti kat tempat yg ada private pool so uols boleh la berbikini bagai kan depan dia.

Uols mesti cantik dan body masih lawa so jangan sorok2 menyeksi je depan laki sendiri.


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by simone.bette at 6-8-2022 07:28 PM
BelovedTaeyeon replied at 6-8-2022 10:02 AM
kalau speku yang tu, nanti orang tuduh MN tak terima poligami
tapi speku camtu ok lagi kot dari si  ...


Laki dah celup sana sini..  pastu nak celup dengan bini.. penyakit ooo. Kalau NH nak berpoligami mampu takpe la juga tp nampak MN yang terlebih mampu. Hahaha
Kalau la ada hukum perempuan boleh berpoligami mampu ke lelaki redha berkongsi tempat celup?
Apa pun moga yang terbaik untuk MN & Musa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
putricitrasari replied at 4-8-2022 11:58 PM
mizz nina sesuai dgn s
Ustaz Wadi Annuar. Ustaz kan suka budak2, elok Musa dapat bapak penyayang

Yih takyah setad2 ni biar jah sorang je kawen my own stad
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 6-8-2022 07:12 AM
Ko ni memang dasar pondan siyallll nakharom ler mat...org yg dah berhijab yg ko masih menjaja gamb ...

Eleh tibe lak ko turn mod tadah puihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Chicredwine replied at 6-8-2022 05:07 PM
No way. Tgh cari 2-piece now. Pakai kat depan dia, dalam bilik la. Kat rumah, I masih lagi pakai s ...

Bagus uols sis..takdela sampai nak cabut tudung gara2 suami
yg penting dressing uols & layanan uols kt rumah kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
simone.bette replied at 6-8-2022 06:53 PM
Laki dah celup sana sini..  pastu nak celup dengan bini.. penyakit ooo. Kalau NH nak bermadu mampu ...

"Kalau la ada hukum perempuan boleh berpoligami mampu ke lelaki redha berkongsi tempat celup? "

Haha tau xpe
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bayan_nuri replied at 6-8-2022 04:15 PM
tak apa, nanti ada la nohbenak yang akan tolong justify perangai hazab idolat theyols

Hahahah baru ni "Nohbenak"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
YPM_Addora replied at 5-8-2022 07:07 PM
ustaz Wadi tu I cannot brain, level dia pun belum jumpa jodoh

Ustz wadi single mingle? Bukan dah kawin ada anak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 5-8-2022 09:44 PM
Failkan cerai bulan 6 dah kenapa netizen kat fb kata semoga yg buat fitnah pasal video kena sekian2  ...

Itulaa...pastu sibuk masing² doakan diorang berbaik semula...rengsa betol meols baca komen² kat fb...sebabkan masing² tak jumpa bidio tu semua kata fitnah utk NH...tuiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 07:51 PM | Show all posts
simone.bette replied at 6-8-2022 06:53 PM
Laki dah celup sana sini..  pastu nak celup dengan bini.. penyakit ooo. Kalau NH nak berpoligami m ...

ya
doakan mn dan musa
tapi kesian kan
11 tahun kawin
patutnya jangan kawin dengan nh tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 6-8-2022 07:24 PM
"Kalau la ada hukum perempuan boleh berpoligami mampu ke lelaki redha berkongsi tempat celup? "

H ...

Are you questioning kebijaksanaan your Creator dgn berkalau?

Be very careful pada perkara yg boleh mengganggu gugat akidah...dgn lafaz sebegini...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.184568 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list