Seorang wanita berusia lingkungan 20-an dilaporkan maut akibat jatuh dari kerusi lif ski dari ketinggian 30 kaki di pusat rekreasi outdoor Anakeesta di Gatlinburg, Tennessee di United States.
Metro.UK melaporkan, saksi bagaimanapun mendakwa mangsa melompat dari kerusi lif ski sebelum terjatuh di kawasan pengunjung.
 Metro/Twitter @jayfoldsfive
Sementara itu, siasatan awal pihak polis juga mengesyaki wanita terbabit ingin membunuh diri.
Menurut wakil Jabatan Tenaga Kerja dan Pembangunan Tennessee, Chris Cannon, pihaknya akan menjalankan proses pemeriksaan untuk mengesan jika ada masalah teknikal yang mungkin menjadi punca kejadian terbabit dan ia akan mengambil masa sehingga dua bulan.
Difahamkan, permit kerusi lif ski tersebut dikatakan akan luput pada 4 Ogos ini dan kali terakhir ia diperiksa adalah pada 21 April lalu.
Sebelum ini, kemalangan serupa melibatkan kerusi lif ski pernah berlaku di Coloroda pada lima tahun lalu di mana seorang ibu dan dua anak perempuannya terjatuh dari ketinggian 23 kaki ke dalam salji pada Januari 2017.
Sumber: OHBulan |