CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2369|Reply: 11

Suria FM tak profesional - Shahrol Shiro

[Copy link]
Post time 3-8-2022 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Suria FM tak profesional - Shahrol Shiro




Kuala Lumpur: "Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi Ali pula," kata pelawak Shahrol Shiro yang mendakwa stesen radio Suria FM tidak bersikap profesional apabila penyampainya memilih untuk berhenti atau tidak disambung kontrak.

Shahrol yang juga bekas penyampai Suria FM berkata, kenyataan memburukkan bekas penyampai membawa impak besar termasuk dirinya yang pernah terpalit dengan isu bersama stesen radio itu sebelum ini.

"Selepas isu yang terjadi antara kita suatu masa dulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang pernah bertugas menabur bakti di sana, rupanya masih sama.

"Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti pasukan bola sepak tetapi saya melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai itu.

"Johan meninggalkan Era FM, tetapi stesen radio terbabit tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur negatif dan kita semua di luar ini tidak tahu pun punca beliau keluar. Ini contoh sikap profesional yang patut dicontohi.

"Kenyataan memburukkan bekas penyampai kamu nampak ringan tetapi impaknya besar. Sehingga ke hari ini pun masih ada komen yang mengatakan masalah disiplin saya padahal saya sudah menerangkan kejadian sebenar," tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya, hari ini.

Menurut Shahrol, dia berharap Suria FM akan lebih bersikap profesional dan belajar menghargai mana-mana penyampai yang pernah berjasa dengan syarikat terbabit.

"Pada Suria FM, tolong profesional dan belajar menghargai mereka yang pernah berjasa di syarikat kamu.

"Pada sahabat saya Fizi Ali bersabarlah dengan dugaan dan membuat keputusan yang tepat pergi ke stesen Hot FM yang menduduki kedudukan lebih atas dari stesen radio lama kamu," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin meluahkan rasa kecewa apabila stesen radio itu terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 selepas bekas penyampainya, Fizi Ali mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen radio itu pada saat akhir.

DJ Lin berkata, Fizi sepatutnya memaklumkan perkara itu lebih awal supaya segala persiapan menuju program Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang bakal diadakan di empat lokasi bermula 6 Ogos ini tidak berlaku pembaziran wang ringgit serta menyusahkan masa orang lain.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ional-shahrol-shiro

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 08:41 AM | Show all posts
sarol ni dlu blah kes ape eyh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 08:59 AM | Show all posts
semua hal murahan gini nak beri pendapat........

politaik sgt2 dah perangainya.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 08:23 PM | Show all posts
ohh.. ok..

so? next
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 11:24 PM | Show all posts
makin kepam la he ols
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 08:09 AM | Show all posts
Adoi settle laa sesama korang.. Kecoh sangat dah kenapa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak tak bagi cukup kasih sayang time kecik ke, semua hal nak merempan kat soc med, perangai kg.com, tak popesyenal langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko xpayah la samakan situasi ko dgn fizi. Ko dlu sbb perangai hauk kan? Kes fizi ni small matter jah. Kurang2 dia pegi xtggalkan bau taik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 09:17 AM | Show all posts
Berjasa apa? Macam besar sangat jasa kau kat suria fm tu. Kau kerja di bayar gaji kot bukan buat benda free. Kalau kau takde ramai lagi leh jadi penyampai radio.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 10:27 AM | Show all posts
miemiecha replied at 3-8-2022 08:41 AM
sarol ni dlu blah kes ape eyh

disiplin..dia kan jaga sesion pagi..slalu je dia dtg lambat...astu cuti tak inform radio..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 09:40 AM | Show all posts
jijilaaa replied at 4-8-2022 10:27 AM
disiplin..dia kan jaga sesion pagi..slalu je dia dtg lambat...astu cuti tak inform radio..

hahahah patutlah...
ngarut betuii
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 09:57 AM | Show all posts
diam la shahrol..
ko tu masalah disiplin je mana2 ko pergi. memang sesuai sgt la ko join politaik..
yg tak bagus kalau ade lahabau2 pi angkat ko jd yb bebetul nanti...
jahanam.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.810286 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list