CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1414|Reply: 4

Remaja Perempuan Tertidur Atas Telefon Bimbit Dicas Maut Direnjat Elektrik

[Copy link]
Post time 31-7-2022 10:42 PM | Show all posts |Read mode
Remaja perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik selepas dia tertidur di atas telefon bimbitnya yang sedang dicas, lapor Mirror.


Dalam kejadian pada 27 Julai lalu itu, dilaporkan mangsa, Khorn Srey Pov, 17, baharu selesai mandi dan dia kemudian mengecas telefon bimbitnya dan menghidupkan fungsi lampu suluh pada peranti tersebut.




Foto: Newsflash




Khorn yang merupakan penterjemah bahasa Mandarin di syarikat perlombongan emas Sing Yon Kong Yik di wilayah Kratie, Kemboja, ditemui mati dengan keadaan menindih telefon bimbitnya.


Pegawai tempatan dalam satu kenyataan berkata, Khorn meninggal dunia serta-merta sewaktu sedang tidur akibat renjatan elektrik yang tinggi.


Kematiannya mencetuskan perdebatan di media sosial mengenai keselamatan pengecas telefon.


"Mereka (pihak berwajib) patut mengadakan kempen kesedaran awam tentang cara mengendalikan peralatan elektrik. Saya melihat orang ramai sering menyentuh wayar hidup dan insiden malang seperti ini kerap berlaku.




Foto: Newsflash




"Dia baru sahaja mandi, jadi mungkin badannya masih basah ketika berbaring di atas soket.


"Walaupun dalam kering, namun bukan idea yang bagus untuk meletakkan peralatan elektrik bersama-sama di atas katil. Tragis," demikian antara komen netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 12:57 AM | Show all posts
lain mcm je tgk...entah2 kena framed
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena renjatan sbb phone tak mungkin kot sbb arus terus... Bukan sampai 12v pun.... Mungkin baring atas extension cable kot.. Itu arus ulang alik
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko hempap badan tgh basah atas extension yg berlubang2 mmg la mengundang.... 240v tu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 10:06 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 03:53 PM GMT+8 , Processed in 1.330331 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list