CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 1

Laudya bernikah dengan lelaki Arab?

[Copy link]
Post time 31-7-2022 08:27 PM | Show all posts |Read mode
Laudya bernikah dengan lelaki Arab?



LAUDYA Chintya Bella. FOTO Instagram Laudya Chintya Bella




Jakarta: Pelakon jelita, Laudya Chintya Bella, 34, kini menjadi perhatian netizen Indonesia di media sosial apabila dia didakwa sudah bernikah dengan seorang pemuda kacak, asal Dubai, baru-baru ini.


Laudya yang difahamkan menetap di Dubai sekarang, dikatakan juga sudah menemui cinta baharunya bersama lelaki kaya dari Arab itu selepas bercerai dengan ahli perniagaan Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2020 lalu.


Memetik laporan media Indonesia, dakwaan berita pernikahan Laudya itu bermula di TikTok selepas tular video pernikahan seorang wanita yang didakwa pelakon filem Di Bawah Lindungan Kaabah dan Syurga Yang Tak Dirindukan itu dengan pemuda berkenaan.


Bagaimanapun, pengurus Laudya dikenali Rita tampil menafikan berita pernikahan itu, sekali gus membantah tegas dan menyifatkannya khabar angin tidak benar yang bertebaran di media sosial.


"Mohon maaf, itu berita yang sangat tidak benar. Semoga kita semua terhindar dari fitnah ya. Barakallahufik," katanya ringkas yang ditemubual media tempatan.


Terdahulu, kisah perhubungan cinta Laudya dengan pemuda Dubai itu sudah hangat diperkatakan netizen Indonesia di media sosial sejak beberapa bulan lalu terutama selepas pelakon Shireen Sungkar bertemu dengannya di negara berkenaan.


Sebelum ini, Laudya bernikah dengan Engku Emran dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2017.


Selepas tiga tahun berumah tangga, mereka memaklumkan bercerai pada 2020. Hasil perkongsian hidup mereka, tidak dikurniakan cahaya mata.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -dengan-lelaki-arab


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 11:03 AM | Show all posts
i loike....dari si EE tuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040167 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list