CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1705|Reply: 0

[Lain-Lain] ‘Top 5’ filem terlaris dunia tahun 2022

[Copy link]
Post time 30-7-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode

LIMA filem Top 5 2022.

‘Top 5’ filem terlaris dunia tahun 2022

FILEM Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan sutradara, Syamsul Yusof telah mencetuskan fenomena baharu dalam dunia sinematik tanah air apabila berjaya mencatat kutipan panggung RM90 juta dalam tempoh 33 hari tayangan.

Pencapaian tersebut sekali gus menjadikan filem terbitan Studio Kembara tersebut sebagai naskhah paling laris dalam sejarah perfileman tanah air dan memadam rekod kutipan yang pernah dicatatkan filem antarabangsa, Avengers: Endgame.

Endgame sebelum ini mencatat kutipan tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak RM87 juta. Kejayaan Mat Kilau membuktikan bahawa filem tempatan juga mampu bersaing dengan filem antarabangsa di gelanggang sendiri.

Sehubungan itu, bagi membakar semangat dunia atau industri perfileman tanah air untuk terus mencipta magis luar biasa, HibGlam menyenaraikan lima filem paling laris dunia tahun 2022 dengan harapan lebih banyak filem tempatan mendapat tempat dalam hati penonton sekali gus terus berdaya saing hebat pada masa hadapan.


1. Top Gun: Maverick
Jumlah kutipan: AS$1.2 bilion (RM5.2 bilion)

Fakta: Bukan menjadi satu-satunya filem dunia yang mencatat kutipan melebihi AS$1 bilion bagi tahun 2022, Top Gun: Maverick juga mendapat respons positif audiens di seluruh dunia. Laman kritikan filem, IMDb memberi rating tertinggi iaitu, 8.6/10 sementelah sehingga artikel ini ditulis, filem dibintangi hero kesayangan ramai, Tom Cruise itu mendapat rating 97 peratus daripada Rotten Tomatoes (Tomatometer) dengan hampir 500 ulasan. Bukan itu sahaja, disebabkan kualiti yang dicernakan termasuk dari segi pengarahan, aksi, terjemahan lakonan dan termasuk sudut teknikal seperti sinematografi dan efek bunyi, filem berkenaan dijangka meraih ‘sesuatu’ dari segi penganugerahan musim anugerah filem akan datang seperti Academy Awards dan acara berprestij lain.


2. Doctor Strange in the Multiverse of Madness
Jumlah kutipan: AS$954 juta (RM4.1 bilion)

Fakta: Dibintangi dua ‘fan favorite’, Benedict Cumberbatch (Doctor Strange) dan Elizabeth Olsen (Wanda Maximoff / Scarlet Witch), Doctor Strange in the Multiverse of Madness arahan sutradara, Sam Raimi berjaya mencipta magis tersendiri dalam kalangan peminat seluruh dunia. Memakan bajet pembikinan sekitar AS$200 juta (RM880 juta), filem berkenaan mendapat pujian ramai terutama dari segi visual dan lakonan luar biasa Elizabeth Olsen yang disifatkan berada pada kelas tersendiri.
Sungguhpun begitu, ramai yang tidak berpuas hati dengan plot ataupun naratif yang disifatkan segelintir peminat karya MCU sebagai sedikit kucar-kacir.


3. Jurassic World Dominion
Jumlah kutipan: AS$920 juta (RM4 bilion)

Fakta: Rata-rata peminat francais atau jenama Jurassic World tidak berpuas hati dengan penghasilan sekuel kali ini. Ramai dalam kalangan pemerhati berasakan Jurassic World Dominion sepertinya sudah hilang ‘magis’. Jenama tersebut juga dinasihat berehat untuk seketika atau bahkan, selama-lamanya.
Bagaimanapun, filem arahan Colin Trevorrow yang turut membawa kembali karakter-karakter filem ‘lama’ dan ikonik seperti Dern, Goldblum dan Neill tetap meraih kutipan pecah panggung dan berada di posisi ketiga filem paling laris tahun 2022 dengan kutipan hampir mencecah AS$1 bilion.


4. The Batman
Jumlah kutipan: AS$770 juta
(RM3.3 bilion)

Fakta: Mempertaruhkan wajah baharu memainkan peranan sebagai Batman atau Bruce Wayne iaitu Robert Pattinson, filem arahan Matt Reeves tersebut ternyata memberi impak yang tersendiri dalam kalangan peminat. Bukan hanya berstatus pecah panggung, karya berkenaan juga mendapat pujian melambung daripada peminat seluruh dunia, terutama dari segi lakonan, skor muzik, sinematografi dan gaya pengarahan dicernakan Matt Reeves, babak aksi serta penceritaan. Dari segi penceritaan atau naratif, ramai yang berpuas hati dengan menyifatkan The Batman sebagai antara filem Batman paling cemerlang pernah dihasilkan. Sungguhpun begitu, tidak mampu memuaskan hati semua orang, ramai juga yang berasa tidak selesa dengan durasi filem tersebut yang disifatkan terlalu panjang iaitu hampir tiga jam.


5. Minions: The Rise of Gru
Jumlah kutipan: AS$640 juta (RM2 bilion)

Fakta: Filem Minions: The Rise of Gru arahan Kyle Balda mencipta sejarah tersendiri sebagai karya animasi paling laris untuk tahun 2022. Dua tahun tergendala untuk bertemu peminat seluruh dunia disebabkan pandemik Covid-19, sekuel yang kali ini menyorot kehidupan watak supervillain, Gru yang menerima pujian ramai, terutama daripada segi rakaman atau nyanyian muzikal serta nilai hiburan buat keluarga namun ramai juga dalam kalangan audiens yang kurang berpuas hati dari sudut plot atau jalan cerita kali ini.
Sungguhpun begitu, perihal tersebut tidak menghalang Minions: The Rise of Gru mencatat status pecah panggung dan melengkapkan senarai lima karya terlaris dunia setakat ini.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... s-dunia-tahun-2022/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-7-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.328205 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list