View: 1067|Reply: 2
|
Adik-beradik Kardashian Kecam Instagram Tiru TikTok
[Copy link]
|
|
Bintang realiti televisyen Kim Kardashian dan Kylie Jenner baru baru ini melahirkan kritikan terhadap Instagram yang disifatkan ‘sudah menghilangkan banyak foto cantik’ di platform media sosial tersebut.
Ia berikutan platform tersebut menukar format daripada bersifat foto persendirian kepada video pendek yang dikenali sebagai Reels, lapor BBC.com.
Lantaran itu pasangan adik beradik ini bersetuju dengan banyak suara pengguna lain yang mahukan Instagram kekal seperti dahulu.
NBC News
Mereka juga tidak mahu Instagram berubah fungsi seperti Tiktok. Kritikan tersebut dilontarkan Kim K kepada 326 juta pengikut di Instagramnya, sebelum Jenner juga berbuat hal sama dengan memuat naik ‘permintaan’ itu dan mahu disampaikan kepada 361 juta pengikutnya.
“Jadikan Instagram kekal seperti Instagram. Berhenti mahu menjadi seperti TikTok. Saya hanya mahu melihat foto foto cantik sahabat saya,” bunyi kritikan yang diletak pada Insta Story masing masing.
Kim juga dilihat menuliskan kata rayuan “pretty please" sementara Jenner meninggalkan perkataan ‘tolongggggg’ di kemas kini tersebut.
Untuk rekod, kemas kini asal dimiliki oleh seorang jurugambar dan content creator berusia 21 tahun, Tati Bruening.
Dia mengatakan kecewa selepas gagal melihat banyak kemas kini foto rakan rakannya dan membuat meme berkenaan situasti tersebut.
Ia bagaimanapun menjadi tular bukan sahaja di Instagram tetapi juga di Twitter dengan pengguna mahu platform tersebut kekal seperti biasa.
Sumber: Gempak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Retis msia gigih buat reels drpd post gmbr sndiri. Sbb reels blh viral. Org yg aku x follow mcm pasha sendat, jahlop, amirah rosli, keknis, wawa aril sll muncul dkt ig aku. Mcm bangsat ig skrg. Aku nk tgk org yg aku follow bknnya reels2 smph tu semua |
|
|
|
|
|
|
|
Wondering, canpeople see when you screenshot on Instagram? Currently, Instagram moddified version does not notify users when you screenshot a story, post, or most other content. So a user will not know when you screenshot any of their post or stories. It’s quite irrelevant to discuss if someone would know about the screenshotting.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|