View: 750|Reply: 2
|
Gaya Hidup Lebih Hijau, Lestari Dengan Pusat Kitar Semula Dan Beli Balik Yang Baharu!
[Copy link]
|
|
IPC Shopping Centre baru-baru ini memperkenalkan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (RBBC) yang diubah suai dan dinaiktaraf dengan pelbagai penambahbaikan dan ciri baharu bagi meningkatkan perjalanan kitar semula pengguna dengan pengalaman serba lancar dan digital.
Ditempatkan di lokasi sama iaitu di kawasan tempat letak kereta P1, RBBC IPC baharu ini menampilkan estetika reka bentuk Scandinavia yang ceria bertenaga, dan dilengkapi dengan tempat pelupusan pelbagai kategori sisa berbeza mengikut warna pelangi dengan gaya digital baharu yang ringkas lagi kemas.
Sejak ditubuhkan pada 2009, pusat itu bermula dengan enam kategori kitar semula iaitu kadbod, surat khabar, kertas, plastik, besi, dan aluminium. Versi digital yang telah dinaiktaraf hari ini menerima pelbagai lagi jenis sisa kitar semula seperti karton minuman, polisterin, dan tekstil.
RBBC yang diubah suai dan dinaiktaraf
Selain itu, RBBC baharu ini juga boleh menerima sisa termasuk dalam kategori tidak boleh dikitar semula seperti tiub dan mentol lampu, ubat-ubatan, kaca, bateri, sisa elektronik dan sisa makanan sebagai usaha untuk mengurangkan lambakan sisa di tapak pelupusan sampah.
Manakala sisa berbahaya seperti kaca, bateri dan elektronik akan dikendalikan secara profesional dan dilupuskan dengan selamat bagi mengelak pencemaran alam sekitar diakibatkan toksin serta memastikan bahagian yang boleh dikitar semula dikendalikan dengan betul untuk diguna semula di masa depan.
“Kami telah mengubah suai RBBC menjadi sebuah tempat pengumpulan sisa kitar semula digital layan diri dengan rekaan dalaman yang serba baharu bagi menjadi sebuah pusat komuniti hijau yang menarik dan bersepadu dengan perniagaan kami.
“RBBC yang telah dinaiktaraf ini menghubungkan program kesetiaan kami dengan para pembeli-belah dan penyewa, menjadikan setiap gram usaha untuk menjadi lebih hijau mereka berbaloi.
“Ia menyediakan mekanisme berkonsepkan mesin layan diri digital mesra pengguna bagi meningkatkan lagi pengalaman pengguna dengan kaedah lebih lestari. Kami berharap untuk memberikan inspirasi dan memupuk komuniti yang lebih hijau menerusi pendigitalan RBBC bagi memastikan alam sekitar kita kekal hijau dan mendidik generasi muda ke arah menjadikan kitar semula sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian kita,” kata Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim.
Ketua Pengalaman Pelanggan & Digital Ikano Centres, Natasha Aziz pula berkata, kelestarian sememangnya menjadi teras amalan perniagaan Ikano Centres yang merangkumi semua pusat beli-belah mereka.
“RBBC baharu yang telah dinaiktaraf di IPC Shopping Centre ini menjadi contoh terbaik usaha untuk mengukuhkan lagi komitmen kami bagi menggalakkan komuniti kami mencipta impak positif yang lebih besar terhadap masyarakat dan planet ini,” katanya.
Karyn Lim (kiri) dan Natasha Aziz
Pengalaman digital baharu ini juga berupaya meningkatkan lagi ketepatan pengumpulan data sisa kitar semula yang kemudiannya akan meningkatkan lagi tahap kecekapan operasi dan meningkatkan kesetiaan bagi merancang dan melaksanakan program-program ganjaran dan pemasaran yang taktikal.
Pelanggan yang mengitar semula dengan RBBC akan diberikan mata ganjaran yang berkait dengan keahlian IPC Tack Club melalui aplikasi mudah alih. Mata akan diberikan mengikut kategori dan berat sisa kitar semula yang kemudiannya boleh ditebus bagi mendapatkan e-baucar membeli-belah, parkir percuma, dan banyak lagi.
RBBC IPC baharu ini turut menampilkan skrin sentuh interaktif mesra pengguna yang mudah dicapai dan digunakan termasuk oleh kanak-kanak, untuk mendeposit sisa kitar semula. Ini turut menjadikannya sebagai platform dan hab terbaik untuk mendidik, memupuk, dan menyemai tabiat hijau di kalangan kanak-kanak sejak usia muda, di samping menjadikan kitar semula sebagai aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga.
Ia menumpukan kepada penggunaan bahan lestari seperti bahan pembinaan hijau AAC untuk blok dinding yang ringan, bahan perekat berwarna-warni dan cat yang rendah kandungan sebatian organik meruap (VOC), cat ruang dalaman berasaskan air dan pencahayaan LED termaju bagi menjimatkan tenaga elektrik. Selain itu, IPC turut mengitar semula kain rentang terpakai yang dikumpulkan daripada para penyewa untuk dijahit dan dijadikan beg guna semula dengan kerjasama NGO tempatan, Woman of Will.
IPC turut bekerjasama dengan pelbagai rakan kitar semula bagi memproses dan mengguna semula sisa yang dikumpulkan di RBBC seperti Kualiti Alam Hijau untuk melupuskan dengan betul sisa-sia merbahaya seperti tiub dan mentol lampu, bateri, dan ubat-ubatan. Terdapat pelbagai rakan kitar semula untuk setiap jenis sisa seperti kertas, besi dan aluminium, kaca dan polisterin, tekstil serta plastik.
IPC Shopping Centre turut melaksanakan pelbagai strategi hijau yang lain bagi memastikan dan memupuk kehidupan yang lebih sihat, hijau dan lestari. Di antara inisiatif-inisiatif tersebut termasuklah penggunaan teknologi tenaga boleh diperbaharui dengan pemasangan 2,370 panel solar di atas bumbung bangunan dan pengumpulan air hujan yang ditapis dan digunakan untuk mencuci tandas dan untuk tujuan landskap.
Pusat beli-belah ini turut mempunyai sistem pengasingan sisa yang berjaya mengurangkan 50% sisa am, yang mana ia dilaksanakan dengan kerjasama semua peniaga makanan dan minuman di pusat beli-belah ini untuk sisa makanan dan boleh kitar semula. Malah, IPC juga bekerjasama dengan IKEA dan Kloth Cares bagi mengitar semula sisa-sisa tekstil.
Tahun ini, pusat beli-belah itu telah menganjurkan sebuah program rintis yang dikenali sebagai anugerah ‘Penyewa Hijau’ atau ‘Green Tenant’, di mana setiap sisa yang dikitar semula dan dibuang ke tapak pelupusan sampah oleh para penyewa akan dihitung dan direkodkan.
Program ini berlangsung dari Januari hingga Disember 2022 dengan objektif untuk menggalakkan amalan kitar semula dan mengurangkan pembuangan sisa ke tapak pelupusan sampah di kalangan para penyewa, sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau mereka dalam mencapai matlamat sifar pembuangan sisa ke tapak pelupusan sampah.
Sempena pelancaran RBBC baharu yang telah dinaiktaraf ini, IPC Sopping Centre turut menganjurkan kempen hijau kitar semula di mana mereka menawarkan ganjaran berganda untuk sisa kertas, plastik, dan aluminium menerusi kempen hijau tahunan “Smarter, Greener, Together”.
Bermula 1 Julai hingga 4 September 2022, dengan kerjasama Nestlé dan Tumboh, para pembeli-belah yang menghantar sisa kitar semula mengikut berat yang dinyatakan di bawah ini layak untuk menerima ganjaran berikut daripada i-Counter yang terletak di Tingkat Bawah:
*Ganjaran hanya terpakai untuk pengumpulan setiap kategori: plastik, aluminium dan kertas
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengalaman RBBC IPC Shopping Centre yang telah dinaiktaraf, sila kunjungi www.ipc.com.my/RBBC dan www.ipc.com.my/smartergreen untuk kempen ‘Smarter, Greener, Together’. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus jugak.. Aku pon byk baju2 dah tak pakai |
|
|
|
|
|
|
| |
|