CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 13

Satu Rumah Dilumur Dengan Ikan Pekasam Angkara Ah Long Tagih Hutang

[Copy link]
Post time 27-7-2022 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Seorang ibu tunggal di Thailand mendakwa kediamannya dipecah masuk orang suruhan ah long yang melempar dan melumur ikan pekasam ke seluruh peralatan rumahnya sebagai cara untuk memaksa dia membayar wang pinjaman.


Peeyanapa Khondee, 45, membuat laporan di balai polis Bueng Sam Phan, Ahad lalu mengenai kejadian tersebut, lapor akhbar Daily Star.




Gambar hiasan/Lazada




Menurutnya, rumahnya dipenuhi dengan ‘pla ra’, atau ikan pekasam sehingga menghasilkan bau busuk yang amat kuat.


Pla ra diperbuat daripada ikan yang diperam selama berbulan-bulan dan dicampur  garam serta  beras.


Peeyanapa berkata, keadaan itu memaksanya membawa keluar katil dan peralatan elektrik disebabkan bau yang meloyakan.


Menurut jiran-jiran, ketika kejadian, sebuah kenderaan Mitsubishi berwarna hitam diletakkan di hadapan rumah Peeyanapa ketika dia tiada di rumah.




Thaiger




Seorang lelaki  dilihat memasuki rumah tersebut sambil membawa beg plastik dan kemudian berlalu dari situ sambil memandu kenderaannya.


Ibu kepada tiga anak itu mengakui dia dan ahli keluarganya terpaksa tinggal di rumah rakannya selama lebih setengah minggu berikutan ancaman daripada kumpulan ah long tersebut.


Peeyanapa yang bekerja di sebuah pasar sebagai penjual ikan masin berkata, dia ada meminjam wang berjumlah 4,000 baht (RM486.24) dengan bayaran balik sebanyak 200 baht (RM24.31) sehari pada kadar faedah 20 peratus sebulan.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mahal oi pakai ikan pekasam. owner rumah boleh kutip balik & jual semula
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 03:07 PM | Show all posts
pekasam bau dia mcm mne? tau2 mkn je sodap hihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 03:47 PM | Show all posts
budu along ni.. kang dah busuk harus lari pindah . dan untong2 dapat lauk ikan perkasam
goreng ngan cili dan limau aummm
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap tu pekasam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian plk..org susah agaknya.tak smpi rm500 pun pinjam along
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2022 04:39 PM | Show all posts
Effort betul nak melumur bagai.. hahah
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 04:43 PM | Show all posts
jgn meminjam drp along lerr.. bahaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruginyer....hehehehe
Ikan itu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-7-2022 04:43 PM
jgn meminjam drp along lerr.. bahaya..

Kat group fb tempat tinggal iols selalu ahlong post gambar penghutang ni dgn no ic segala.
Gambar2 tu dr fb la ayat post selalu tunjuk seolah org tu scammer bagai.
Penipu bla bla tp sebenarnya yg post tu ahlong, dia guna nama samaran n buh gambar profile sapa2 tah.
Tp bahasa kat post tu ejaan mcm gaya ahlong.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 27-7-2022 07:05 PM
Kat group fb tempat tinggal iols selalu ahlong post gambar penghutang ni dgn no ic segala.
Gambar2 ...

Deme pi pinjamkan duit watpe.. kan dah kena scammm... hahahah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 11:35 PM | Show all posts
lucu aku baca komen kalian
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:53 AM | Show all posts
Peeyanapa yang bekerja di sebuah pasar sebagai penjual ikan masin berkata, dia ada meminjam wang berjumlah 4,000 baht (RM486.24) dengan bayaran balik sebanyak 200 baht (RM24.31) sehari pada kadar faedah 20 peratus sebulan.
pinjam sikit tapi kena bayar berpuluh ganda...  lesson never learnt kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 09:43 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.094992 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list