View: 935|Reply: 9
|
Di Mana Saksi Kes Bakar Remaja?
[Copy link]
|
|
Polis meminta saksi kejadian kes bakar remaja lelaki berusia 15 tahun di Kampung Perasing Jaya, Jabor, Kemaman, tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi Jumaat lalu dan disaksikan beberapa individu lain.
“Kita percaya terdapat beberapa individu yang membantu mangsa memadam api di badannya dan membawa mangsa pulang ke rumahnya, kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian selepas dibakar.
“Polis anggap kes ini serius kerana mangsa berkemungkinan mengalami kecacatan kekal pada anggota badannya,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kemaman, hari ini.
Hanyan berkata, kejadian tersebut dipercayai berpunca remaja itu dituduh mencuri wang RM100.
Menurutnya, remaja yang keciciran sekolah itu dipercayai disimbah minyak sebelum dibakar api menyebabkan dia melecur dari leher hingga bahagian depan dan belakang badan.
Mangsa yang melecur kira-kira 40 peratus kini dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Susulan itu, enam lelaki berusia 18 hingga 28 tahun ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Suma dah mencicit lari tak mau terlibat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa semua nak amik tindakkan sendiri nih?
Jangan sesekali sentuh tubuh org kecuali ko nak pertahankan diri.
Makin menjadi2 memasing amik tindakkan sendiri, jd la bijak mcm adik Aqil dan kawan2 dia tu dapatkan bukti kukuh video penderaan dan gambar lebam sana sini pastu buat report dan viralkan.
Nak berdalih konar sana sini mcm benon pun takleh sbb ada bukti kukuh
Kalau benar mangsa tu mencuri serahkan la pada polis, sesuka hati dia bakar orang. Kau siapa?
Kalau mangsa tak selamat sesia je tak memasal kena 302.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedara mara cover ni.. tu yang tak tampil diri.. setan punya perangai |
|
|
|
|
|
|
|
sedara mara cover ni.. tu yang tak tampil diri.. setan punya perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoooo ingatkan berlaku di negara sungai tersuci.. sadisnya |
|
|
|
|
|
|
|
Ganasnya.... Moga kena humban dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Saudara mara, kawan2 sendiri saksi kejadian? Harap terima pembalasan kalau betul. Samseng nye, seram pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|