CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6877|Reply: 146

[Tempatan] Buntu dua anak lahir di Lombok tiada dokumen pengenalan diri

  [Copy link]
Post time 24-7-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Buntu dua anak lahir di Lombok tiada dokumen pengenalan diri
Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

Kuala Berang: "Saya buntu memikirkan jalan penyelesaian dua anak yang tidak memiliki pengenalan diri, dalam masa sama terpaksa menjaga anak yang terlantar akibat kemalangan," kata Engku Faridah Engku Man, 45, dari Kampung Tapah, di sini.

Engku Faridah mengakui menghadapi kesukaran mendaftarkan dokumen dua anaknya Dewi Healen Fiona Syarina Rusman, 14, dan Putri Balqis Sabrina Syakila, 17, yang dilahirkan di Toyan, Lombok di Indonesia selepas berpisah dengan bekas suaminya.

Menurutnya, masalah itu timbul selepas dia bercerai dengan suami yang berasal dari negara jiran itu dan kembali ke negara ini pada 2010 lalu tanpa membawa dokumen pengenalan diri anaknya.

"Saya memang berhajat mahu ke Indonesia semula untuk mendapatkan dokumen kelahiran kedua-dua anak saya itu, namun usaha saya terbatas berikutan kekangan kewangan.

"Kedua-dua anak saya itu kini tidak boleh bersekolah berikutan tiada dokumen pengenalan diri," katanya ketika ditemui, hari ini.

Sebelum perkahwinannya dengan lelaki berasal dari Lombok itu, dia mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan pertama dan kini dia memiliki dua lagi cahaya mata hasil perkahwinannya yang ketiga.

Dia kini turut bergelut menjaga anaknya, Wan Muhammad Danial, 20, yang terlantar sejak tiga tahun lalu akibat kemalangan.

Bercerita lanjut, Engku Faridah berkata, dia tidak mampu menanggung kos ke Indonesia bagi mendapatkan dokumen kelahiran dua anaknya memandangkan suaminya sekarang, Tuan Mohd Tuan Abd Samad, 55, hanya bekerja membawa bot pelancong di Tasik Kenyir, manakala dia pula hanya menjual kuih-muih.

"Saya hanya mampu menghantar kedua-dua anak saya itu belajar di sebuah madrasah selama dua tahun namun terpaksa memberhentikan mereka berikutan masalah kewangan.

"Saya merayu kepada mana-mana pihak yang sudi membantu untuk saya menyelesaikan masalah kedua-dua anak saya itu, terutama untuk mendapatkan kembali dokumen kelahiran mereka di Lombok," katanya.

Disiarkan pada: Julai 24, 2022 @ 2:50pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak ni barangkali idok tau takda dokumen pun boleh saja anaknya bersekolah memandangkan sheol warganagera. Rajin2 la pegi PPD tu kak...Tanya gimana saya mau kasik sekolah anok2 saye kalau takde dokumen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-7-2022 03:23 PM
Kakak ni barangkali idok tau takda dokumen pun boleh saja anaknya bersekolah memandangkan sheol warg ...

nampaknya kakak ni hanya tau buat anak je sis..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 03:35 PM | Show all posts
yeahh bayar levi RM240
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 03:51 PM | Show all posts
takyah nak buntu sangatlah kak. iols kesian kalau anak masih kecik, ni sampai besar ko tak risau anak ko tak sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 03:57 PM | Show all posts
rajin benar nikah kawinnya tp bab anak buntu aje.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sana sini jantan dia ajak kawin. Jantan Lombok pun dia sauk. Agak agak lah klu ye pun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Org mcm ni pi berambus balik indon
Masa nk sedap, tak pikir masadepan...
Pastu menyusahkn kerajaan nk seleaaik masalah dia.....

Eh....harga ayam pun tak turun lg lahhhh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 24-7-2022 04:08 PM

7org lah semua ank dia.....

3org dari 1st marriage
2org ank indon
2org dgn suami bawak boat..


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:08 PM | Show all posts
ringan jodoh akak ni
anak da besar gajah bolah dia biar je tak bersekolah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:08 PM | Show all posts
Edited by Friska at 24-7-2022 04:11 PM
Engku Faridah mengakui menghadapi kesukaran mendaftarkan dokumen dua anaknya Dewi Healen Fiona Syarina Rusman, 14, dan Putri Balqis Sabrina Syakila, 17, yang dilahirkan di Toyan, Lombok di Indonesia selepas berpisah dengan bekas suaminya.

Menurutnya, masalah itu timbul selepas dia bercerai dengan suami yang berasal dari negara jiran itu dan kembali ke negara ini pada 2010 lalu tanpa membawa dokumen pengenalan diri anaknya.

Paok kali dia, udah 12 tahun pulang ke Malaysia bikin apa aja dia? Sekarang baru mikirin dokumentasi anak?

Dasar binal, tukang nikah cerai ternyata!

Sebelum perkahwinannya dengan lelaki berasal dari Lombok itu, dia mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan pertama dan kini dia memiliki dua lagi cahaya mata hasil perkahwinannya yang ketiga.


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi..galak betol beranak kakak ni. Banyak pula laki yg nak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 24-7-2022 04:08 PM
Paok kali dia, udah 12 tahun pulang ke Malaysia bikin apa aja dia? Sekarang baru mikirin dokumentas ...

Dasar jantan Lombok pun tak guna lepas tanggungjawab pada ex bini je semua. Padanlah banyak betina Indon lari cari jantan Malaysia. Nauzubillahi min Zalik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Warganegara indon la kan lahir indon bapak indon
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jalfa at 24-7-2022 05:07 PM

Skrg ni anak indon pon boleh je sekolah sk..dah tak de beza dah anak indon dgn anak malays sbb diorg pon x cakap indon.fasih berbahasa melayu.so akak zaman dulu boleh bg alasan ni.zaman teo ni cing jd tim muntri dia mmg kasi anak yg tak de warganegarab ni sekolah sk.kat indon mmg x leh wat carian mcm kat malaysia ek.rasa kalo berhubung dgn kedutaan ramai je yg nak bantu.sis pandai kawen berkali kali takkan nak kasi anak sekolah x pandai
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak Engku tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau nak berlaki je. Jantan lombok pun kau sauk. Tak fikir anak2 yg jadi mangsa kendian hari. Yg tau buntu je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 05:17 PM | Show all posts
Nama masing2...

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 24-7-2022 05:20 PM

guling la atas jalan tu sambil jerit2.."bapak gue indon..mak Msia...ic nya pak...ic nya"...rohana bapak gue Msia..mak gue indon...tersenyum sinis...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 24-7-2022 05:06 PM
Skrg ni anak indon pon boleh je sekolah sk..dah tak de beza dah anak indon dgn anak malays sbb diorg ...

Biasa jenis camni tau kawinkan je anak2 dia..
Muda2 pun..
Xpe lah anak dia pun lawa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.171634 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list