View: 851|Reply: 7
|
Wanita Kejang, Sesak Nafas Sebab Tertekan Didesak Suruh Kahwin
[Copy link]
|
|
Beijing: Akibat sering didesak soal perkahwinan, seorang wanita di China mengalami kekejangan dan sesak nafas hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Wanita berusia 27 tahun itu dikatakan mengalami tekanan yang teruk kerana ibu bapanya kerap bertanya perkara berkenaan hingga berlaku pertengkaran.
Kisahnya tular di media sosial China, baru-baru ini selepas dia dirawat di Hospital Universiti Qi Mo, Jinan di Shandong.
Foto: Saostar.vn
Dalam pemeriksaan, doktor mendiagnosis wanita itu dengan sindrom alkalosis respiratorik (alkali berlebihan) dalam sistem pernafasan.
Gejala terbabit dikatakan sering berlaku kepada wanita dan kanak-kanak dengan pesakit biasanya akan mengalami kesukaran bernafas ketika mereka terlalu cemas atau gelisah.
Kisah wanita itu dilapor dalam Sohu dan saostar.vn yang dipetik Tribunnews, melaporkan luahan ramai warganet yang simpati terhadap nasibnya.
Turut dilapor kenyataan Dr Tran Luong yang memaklumkan gejala dialami wanita itu sudah semakin pulih. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kat china kan ramai lelaki..perempuan jadi rebutan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
jgn la desak2 berlebihan..... |
|
|
|
|
|
|
|
adoi makbpk pn satu
lantak la ank tu nk kawen ke tak. kalo dia dah bahagia gitu biarlah |
|
|
|
|
|
|
|
Aiol prnh tngok kat YouTube dlm few yrs ago yg some Chinese parents kat sna mmg trdesak nak anak2 prmpuan dorg brkhwin sbb llaki2 kat sna mcm dh xbrminat nak hidup brpasangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
aduh sakit jiwa dibuatnya. usah la ditekan tekan ghoper itu |
|
|
|
|
|
|
| |
|