CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 999|Reply: 3

Shakilla Khoriri dah 'move on'

[Copy link]
Post time 23-7-2022 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Shakilla Khoriri dah 'move on'


Shakilla Khoriri



Kuala Lumpur: "Saya suka keluarga. Saya suka anak ramai. Saya suka keluarga yang hiruk-pikuk. Saya nak jaga suami dan anak saya," kata pelakon, Shakilla Khoriri, 33, ketika ditanya mengenai kehidupannya selepas berpisah dengan bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali.

Shakilla berkata, dia terbuka untuk berumah tangga lagi sekiranya bertemu dengan jodoh yang dapat menerimanya seadanya.

"Kalau ada orang yang boleh jaga saya, orang boleh terima saya dan anak, saya akan terima orang itu dan saya akan berkahwin," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shakilla, apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain yang mana akan mengukuhkan hubungan dalam rumah tangga.

"Hubungan rumah tangga adalah di mana anda dan pasangan akan kongsi semua benda, takkan menghakimi anda, ada rasa percaya dan tidak rasa rasa sangsi. Itu adalah cinta," katanya.

Ditanya sama ada akan ada harapan untuk dia dan Fizi kembali bersama, Shakilla menghormati keputusan Fizi. Malah menurut Shakilla, dia difahamkan Fizi sudah memiliki kekasih.

"Saya dah betul-betul 'move on'. Kita dah tahu yang kami takkan kembali bersama. Dia pun cakap dah ada orang lain.

"Sedih memang sedih sebab kami pernah hidup bersama. Saya pernah sayang dia dan kami ada anak. Namun, bila dia dah buat keputusan untuk jumpa orang lain dan takkan kembali, saya hormat. Bila dia sendiri cakap begitu, saya dah tak ada harapan untuk bahagiakan dia," katanya.

Shakilla dan Fizi berkahwin pada 2018 sebelum mengumumkan mengenai perceraian mereka pada Disember tahun lalu.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia, 3.

Terbaharu, Shakilla kini membintangi telefilem berjudul Bukan Khadijah arahan Nor Ashikin Zainal dan akan ditayangkan di TV1, jam 9 malam pada 30 Julai 2022.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... la-khoriri-dah-move

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya....bila dia mention fizi dh ada org lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi tt.
Kalau bukak thread boleh cek dulu tak thread dah ada ke belum. Thread ni ada dah kat bodgos. Youols selalu buka thread yg dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka desa dia ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.392509 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list