CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 576|Reply: 0

Justin Bieber sambung siri jelajah dunia

[Copy link]
Post time 21-7-2022 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Justin Bieber sambung siri jelajah dunia


Bieber semakin sihat dan dipercayai sedang melalui proses pemulihan dan rawatan daripada sindrom Ramsay Hunt dengan baik.


KUALA LUMPUR: Ada khabar gembira buat peminat Justin Bieber 28, apabila siri jelajah dunia, Justice yang terhenti selepas bintang sensasi itu mengalami masalah 'kelumpuhan wajah' berpunca sindrom Ramsay Hunt, bakal disambung mulai 31 Julai ini.

Perkara itu disahkan wakil penyanyi tersohor itu di mana Bieber dilaporkan bakal menyambung siri jelajah dunianya itu pada Festival Musim Panas di Itali, disusuli lima persembahan di Eropah, bulan depan.

Menyusul September, Bieber dijangka 'terbang' ke Amerika Selatan, lapor agensi.

Berdasarkan jadual yang ditetapkan, siri jelajah dunia, Justice akan bersambung di Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah, antara Januari hingga Mac tahun depan.

Ini bermakna, peminat di Malaysia dijangka berpeluang menyaksikan persembahan Bieber di depan mata pada konsert yang dijangka dipentaskan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Oktober ini.

Sementara itu, masih belum ada tarikh baharu untuk persembahan Bieber di Amerika Utara selepas penyanyi itu membatalkan konsertnya di lokasi terbabit.

Namun, seperti dilaporkan agensi, besar kemungkinan siri jelajah di Amerika Utara akan diadakan pada musim bunga tahun depan.


Peminat di Malaysia dijangka berpeluang menyaksikan persembahan Bieber di depan mata pada konsert yang dijangka dipentaskan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Oktober ini.


Selepas berkongsi mengenai penyakitnya melalui Instagram (IG) pada 10 Jun lalu, Bieber terpaksa membatalkan persembahan di Washington DC, Toronto dan New York serta diikuti beberapa siri di Amerika Utara.

Melalui perkongsian video itu, Bieber memberitahu: "Jelas sekali, seperti yang anda boleh lihat pada wajah saya. Mata tidak berkelip dan tersenyum dari sisi wajah. Lubang hidung juga tidak bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh pada wajah saya.

"Saya mempunyai sindrom Ramsay Hunt, ia berpunca daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan muka.

"Saya tidak mampu melakukannya. Kepada peminat yang kecewa dengan pembatalan konsert berlangsung dalam masa terdekat, saya harap dapat memahami keadaan saya," katanya menerusi video berdurasi dua minit setengah itu.

Baru-baru ini, penyebaran beberapa keping foto dirakam paparazi yang memaparkan Bieber sedang bercuti dengan isterinya, Hailey Baldwin, 25, di Coeur d'Alene, Idaho, Amerika Syarikat (AS), menunjukkan penyanyi sensasi itu yang sebelum ini lumpuh separuh wajah akibat sindrom Ramsay Hunt, makin pulih.

Menerusi paparan foto viral itu, Bieber dan Baldwin dilihat menghabiskan masa di dalam bot persiaran pada percutian itu yang dipercayai disertai keluarga dan teman rapat mereka.

Agensi melaporkan, Bieber tampak sihat dan dipercayai sedang melalui proses pemulihan dan rawatan daripada sindrom Ramsay Hunt dengan baik.

Malah, penyanyi Despacito itu turut berkongsi beberapa foto di Instagram (IG) memaklumkan pengikut dirinya sedang bercuti bersama isteri. - AGENSI

SUMBER:https://www.bharian.com.my/hibur ... -siri-jelajah-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037254 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list