CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 752|Reply: 0

NASA Rakam Imej 'Spaghetti Angkasa' Di Marikh

[Copy link]
Post time 19-7-2022 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Kenderaan rover milik NASA kerap merakam objek aneh sepanjang setahun setengah ia berada di planet Marikh.


Terbaharu, rover tersebut menghantar imej pelik, memaparkan objek yang berbentuk seperti helaian mi, menyerupai hidangan spaghetti, lapor Daily Star.




Foto: Getty Images




Pakar NASA berkata, objek itu berkemungkinan adalah bahan buatan manusia yang terhasil ketika proses pendaratan rover di planet berkenaan.


"Spaghetti angkasa" mungkin sekeping bahan dari payung terjun atau bahagian lain ketika pendaratan, kata NASA.


Pada 13 Jun lalu, rover itu turut menghantar gambar batu yang mempunyai objek aneh.




Foto: NASA




Sebelum ini, ahli teori konspirasi mendakwa telah melihat keranda, tulang paha, dan Bigfoot menerusi imej yang dihantar oleh rover berteknologi tinggi NASA.


YouTuber Paranormal Crucible merupakan antara saluran video yang kerap menerbitkan kandungan memaparkan pelbagai teori konspirasi mengenai planet tersebut.


"Marikh sememangnya mempunyai keupayaan untuk mengekalkan bentuk kehidupan eksotik.


"Dengan semua imej yang dikeluarkan setakat ini oleh NASA, kami dapat menyatakan dengan jelas bahawa wujud kehidupan di sana," ujar YouTuber itu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.292574 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list