CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13834|Reply: 195

[Tempatan] 'Kami kenal anak kami'

  [Copy link]
Post time 17-7-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
'Kami kenal anak kami'
Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my

Georgetown: "Kami kenal hati budi anak kami macam mana. Orang kecam macam-macam depa (mereka) tak fikir perasaan kami yang baru hilang anak," luah Shahiril Rohaiza Ramli, 46.

Wanita itu adalah ibu kepada seorang daripada mangsa kemalangan maut di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, hari ini.

Shahiril Rohaiza berkata, anaknya, Muhamad Eizreel Muhamad, 25, yang berkahwin pada usia muda mempunyai dua anak berusia lapan dan empat tahun serta bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal di Bukit Gedung, Bayan Baru dan difahamkan isterinya kini sedang hamil anak ketiga mereka.

"Arwah anak sulung daripada dua beradik memang minat dengan motosikal, daripada rangka, dia boleh bina jadi sebuah motosikal.

"Tetapi dia anak yang baik, bertanggungjawab dan ambil berat mengenai keluarga.

"Saya ada nasihat dia jangan bawa motosikal laju. Saya juga kenal kawan-kawannya. Mereka anak yang baik serta hormat orang tua," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Shahiril Rohaiza berkata, sekitar jam 6 petang semalam anaknya ada singgah di rumah mereka di Kampung Tersusun, Sungai Ara dan berbual dengan adiknya.

"Tetapi saya tiada di rumah kerana bekerja sebagai pembantu klinik. Dia selalu sibuk dengan kerjanya tetapi selalu singgah ke rumah keluarga.

"Kali terakhir kami bersembang lama semasa Aidiladha lalu," katanya.

Seorang lagi ibu kepada mangsa kemalangan, Mashitah Md Isa, 44, berkata, dia tidak menduga akan kehilangan seorang lagi anak iaitu Mohd Shazwan Hakim Mohd Abdul Sani 22, selepas anak ketiganya, Shazril Haikal, 20, terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kedah, Mac lalu.

Suri rumah itu berkata, anak sulung daripada empat beradik itu mempunyai saudara kembar iaitu Mohd Shazwan Hafiz yang turut terbabit dalam kemalangan awal itu.

Katanya, Mohd Shazwan Hafiz masih menerima rawatan di HPP serta keadaannya kini stabil.

"Anak kembar kedua saya naik motosikal berasingan dengan abangnya. Kami sekeluarga baru bercuti bersama-sama di Cameron Highlands Selasa lalu dan arwah beli buah tangan untuk semua anak buahnya termasuk bantal peluk Upin Ipin kerana mereka pun adik beradik kembar.

"Arwah anak saya rapat dengan keluarga. Kalau dia berjalan ke mana-mana mesti ada sahaja barang yang akan dibawa balik untuk semua orang.

"Dia juga sudah bertunang kira-kira lima bulan lalu," katanya menambah anaknya akan dikebumikan di Batu Maung dekat sini.

Dalam pada itu, abang kepada seorang lagi mangsa yang maut, Ahmad Najwan Ikhwan Ahmad Nazrul, 20, berkata, baru semalam adiknya, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, ada berpesan kepada rakan-rakannya untuk mahu disemadikan di Balik Pulau berdekatan kubur arwah datuk mereka, jika dia meninggal dunia.

"Saya dapat panggilan pada 6 pagi. Mula-mula saya tak angkat. Selepas itu saya dapat tahu adik saya sudah tiada.

"Saya teringat baru-baru ini dia ada cerita yang dia bermimpi jumpa kawan-kawannya yang sudah meninggal dunia.

"Dia juga ada pesan kalau dia meninggal dunia, dia mahu dikebumikan di Balik Pulau sebab dekat kubur arwah datuk.

Katanya, kalau ada yang ingin melawat kubur datuk senang ziarah dia sekali.

Terdahulu, tiga maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu kira-kira jam 4.40 pagi.

Mangsa yang terkorban ialah Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, dan Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22.

Disiarkan pada: Julai 17, 2022 @ 1:45pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 05:14 PM | Show all posts
Al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pulak maknya cakap gitu?? Apa gosip yang melanda?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 17-7-2022 05:29 PM
Kenapa pulak maknya cakap gitu?? Apa gosip yang melanda?

Kat fb kata ada video diaorg ni berlumba. Tak pasang lampu bagai. Maybe Komen2 kat fb la kot yg mak dia terasa hati tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 17-7-2022 05:29 PM
Kenapa pulak maknya cakap gitu?? Apa gosip yang melanda?

Sebab eksiden masa merempit, beribu-ribu yg kecam.

https://www.facebook.com/211591442051/posts/pfbid02Q4ax6LTvGNGtNxa2qcLS64z6FsUwBD13w7Udru4LE5Bc83gS2zfHMLJzkAGqS4kal/
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak mati, mat rempit mcm ni, di angkat jadi ikon permotoran.
Di jemput bagi ceramah kat skolah macam stopa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2022 06:08 PM | Show all posts
Edited by alieyrina at 17-7-2022 06:11 PM

Mcm mana nak husnuzon..asal mlm minggu ja memang ada yg belumba. byn lepas salah 1 port hangat


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la makcik
Arwah mmg baik la bak kata makcik
Tp mat rempit tu pasal kena kecam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 06:13 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
liton replied at 17-7-2022 06:13 PM

Myvi kuning tersangkut sebab ada motors dekat depan, motors dekat belakang tak perasan Myvi tersangkut, langgar Myvi tu. Kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik, thr only person yg kenal betul arwah anak makcik adalah binik dia.  Kengkawan lagi pandai berlakon tunjuk hormat semua tapi belakang pakcik makcik, hobi kami mahal ok.  Redha je la makcik nak buat camne.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Slalu cenggitu.lah..
Mmg.kat rumah anak2 akan beradap gitchuu
Kat luar blom tentu.lagi...

Masa pertengahan bulan jun lrpas...masa iols balik utara...ada konvoi moto bawak superman.tu..laju2..
Preng preng lagi...

Pastu kat depan.tu...eksiden...
Semua tak bremti...kawan2.dia ja brenti...
Hohoho
Sure semua doakan.yang bawak cm.superman.preng2 lagi tu eksiden..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la rempit mampos ramai2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rempit memang boleh jadi anak baik pun, ialah bukan pencuri atau perogol..

Tapi tu lah orang tak suka orang bawa motor berlumba bagai...

So boleh jadi anak memang baik di rumah cuma bila di jalan raya, lupa diri..

Sikap normal kot bila tengok camana malaysian memandu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
liton replied at 17-7-2022 05:53 PM
Sebab eksiden masa merempit, beribu-ribu yg kecam.

https://www.facebook.com/211591442051/posts/pf ...

Ooooo..ada cerita di sebalik tragedi rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
25, anak sulung 8tahun, keje bengkel. Dia duduk asing malam minggu makcik tak tau hobi apa kot. Takziah buat makcik & family
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur la org yg tak terlibat tak terkorban.
Ada pulak yg salahkan polis sebab tak buat sekarang walhal polis cakap dah buat kan. Pastu diaorg dtg balik. Pukul 4++am.. hadoiiii yg ada isteri anak tu.
Apa pun Salam takziah buat semua family arwah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 07:48 PM | Show all posts
guess what, diorang gelar geng sendiri sebagai Anak Antoo Penang, yakni geng rempit. Kalau acik2 nak tahu, setiap malam hujung minggu jumaat dan sabtu + cuti umum, memang diorang akan berkumpul reramai start 12am ke atas saaaaaampai la ke subuh, cari port untuk merempit. Ko hengat 10-20 orang je ke? nayyyyyy...kira2 50-100 orang atau lebih.

Camne meols tahu? meols keje malam dan nampak depan mata. Bukan polis tak buat keje. Siap kejar diorang lagi sampai lari lintang pukang, namun? diorang ada je merempit saban minggu. Sah2 la memekak time orang nak tido dengan press motor kuat2, ko rasa? confirmlah dimaki oleh seluruh pelusuk alam seumur hidup yach.

so, kes malam tadi ni, takda maknanya orang nak bersedih, lagi suka adala Diorang ni bila ditegur taknak dengar, so mendapatlah kan Selayaknyalah dikecam tanpa belas ehsan netizen. Hobi kami mahal katanya. Cash sangat!

Btw, korang takyah ajet2 diorang insaf lah. Next week ada je lagi. Meols nak kesian? neverrrr yach bagi meols, parent dan family diorang kuat drama, sapa suruh tak reti didik anak. Acah teraniaya pulak. Orang pon tak kuasa nak layan. #donehencap

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat hiway Sban KL tu pun
Pnh dpn mata aku
Mat2 rempit begesel sesama sndr
Tergolek2
Mat2 motor ni mmg baik pun
Bila ada kemalangan
Diorg lah yg akan ambik tau
& possibility sbb diorg ada contact dgn tonto pun ye jgk
Tp mmg selalu lah nmpak bdk2 motor iring org tua lintas.. cover ambulan
Cuma bila dh atas moto preng2 sana sini tu smgt lain kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 07:51 PM | Show all posts
oh ya, yang buat orang lagi marah tu, diorang blocked jalan orang untuk berlumba, sampaikan orang lain terpaksa cari jalan lain atau tunggu je sampai diorang habis race. So padanlah muka ngko semoga dilaknat atas perbuatan ko yang suka menyusahkan orang lain. Ternyata doa ummah termakbul yach.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.247525 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list