CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2670|Reply: 16

Mak Wan Latah Kini Dibenci Dan Dipinggirkan Keluarga

[Copy link]
Post time 15-7-2022 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Berita penceraian dan konflik membabitkan pembantu peribadi (PA) yang berlaku baru-baru ini menyebabkan pelakon Mak Wan Latah dipinggirkan oleh keluarga.


Menurut Mak Wan atau nama sebenar Halimatussa'diah Mohd Daud, 61, dia tidak menyangka ada ahli keluarganya termakan hasutan dan fitnah yang tersebar di media sosial itu.




Foto: IG




"Mak Wan dibenci dan tidak disukai oleh keluarga sekarang ini sebab jahat. Mak Wan ni jahat... adik yang jahat dan kakak yang jahat.


"Tapi untuk pengetahuan anda, Mak Wan ni bukannya seorang yang baik, tapi Mak Wan tak jahat. Jangan suka menghakimi seseorang serta menilai tanpa mengetahui apa yang dia sedang lalui saat ini.


"Kalau tiada keluarga siapa lagi yang nak bantu? Mak Wan pun tak jadi macam ini tetapi bila jadi macam ini semua percaya sebab termakan fitnah, nanti bersusun semua cari Mak Wan di akhirat,” katanya kepada mStar.




  



Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media teater Mak Cik Dara & Bawang yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.


Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinannya dengan bekas suami, Husain Dollah hanya bertahan selama tiga bulan dan bercerai pada April lalu.


Pada penghujung Jun lalu, bekas PA dikenali Amell memuat naik beberapa video tentang Mak Wan di akaun TikTok miliknya yang mendakwa aktres itu seorang yang panas baran selain melakukan perkara-perkara syirik.




  



Bukan itu sahaja, wanita itu turut membuat laporan polis berhubung kehilangan duit dan barang kemas miliknya yang didakwa diambil Mak Wan.


Pelakon drama 7 hari Mencintaiku 3 ini bagaimanapun menafikan mengenai dakwaan tersebut dan memberitahu menyerahkan kepada polis berhubung perkara itu.


  



"Mengenai isu duit Mak Wan tak mahu ulas kerana masih dalam siasatan polis kerana takut tersalah cakap," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 11:56 AM | Show all posts
syiannn dia. kalau benar dipitnah semoga yg pitnah dapat balasan. Klaau tak fitnah mereput lah ko sana
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:59 AM | Show all posts
Harap2 ada la jalan selesai untuk mak wan nie..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:26 PM | Show all posts
apa2 pon aku suka nenek ni belakon
ada aura
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:52 PM | Show all posts
Belum disahkan lagi bersalah atau tak. Nape nak kena pinggirkan. Kesian lak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
adik beradik pulak tu yg percaya fitnah & pinggirkan dia. somehow siblingsnya ada makan hati juga ke dgn perangai mak wan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 01:01 PM | Show all posts
.
kalau mw ada pemenat mcm benak pasti mw akn disayangi oleh benak
tgk je idolat benak...dah sah2 terang benderang buat onar ada bukti bagai tp tetap menjadi pojaan benak...
hanya org beriman je yg tau menilai benak dan lembaga hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 01:12 PM | Show all posts
Kesian.. cepat betul manusia dh jatuh kan hukuman.. entah betul ke dak tak tahu la nk percaya mana satu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh fasha sandha production
Baru tau fasha dh ada production house
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa gambar no dua tu klu scroll lelaju dah mcm muka zulin Aziz?

Anyway, anak kawan akak aku pernah berlakon satu set dgn makwan ni. Masa tu dia jadi maid.. Anak kawan tu pulak jadi anak tuan rumah.. Masa nk shoot tu, mak wan pi sound anak kawan tu sebab budak tu mcm tak berapa nak suka/ tak boleh nak ngam dgn dia time shoot. Padahal anak kawan tu elok je time shoot dgn tuan umah (malas nak sebut nama pelakon utama). Patutnya ko lah amik hati budak tu.. Ni ko sound dia, lagilah dia takut nak berlakon dgn ko.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak wan ni artis biasa je. Sll berlakon jd extra tp thread citer dia byk betul dh sama level mcm fazura&lofa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 15-7-2022 02:02 PM
Kenapa gambar no dua tu klu scroll lelaju dah mcm muka zulin Aziz?

Anyway, anak kawan akak aku pern ...

Haritu tengok dia dkt tv3 melodi tak silap. Dia nangis2 tu nampak sangat fake!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:36 PM | Show all posts
Mak Wan sudah berusia 61thn. takkan selama itu famili Mak Wan tak kenal jahat baik dia shnga boleh terpengaruh dgn cerita2 orang. Aduhai laaa adik-beradik mak Wan. Cemburu agaknya dgn kejayaan mak Wan kot dan atau mak Wan tak murah hati dgn mereka. Cite ttng pinggir-meminggir sesama saudara yg dah tua ni, tak eloklah dijadikan cerita umum. Cite gaduh2 mak Wan dgn PA dia lantaklah deme, tapi keluarga jgn pula mencapub dn nambah2 semangkuk. Bila kita tak dpt membantu, jgnlah pula memburukkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:58 PM | Show all posts
aku kureng sikit kalau tengok dia ni berlakon

suara dia macam tak 'lepas'

tenggelam timbul je dengar

melatah dia pun tak seronok tengok
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:20 PM | Show all posts
Dia ni melatah mcm fake mcm fake orgasm gitchu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar, always the truth will prevail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 04:55 PM | Show all posts
nolya replied at 15-7-2022 02:36 PM
Mak Wan sudah berusia 61thn. takkan selama itu famili Mak Wan tak kenal jahat baik dia shnga boleh t ...

tak jugak u,
my mom pun jadi mangsa fitnah adek beradek.
tuduh my mom bela hantu la, dorg sakit my mon buat la.
dr kami kecik2 my mom kena tuduh mcm tu. dah besar skrg ni dey all yg betul2 sakit, anak dey all sakit.
yg kelakar nya adek beradek perempuan aje yg mslh. adek beradek lelaki elok aje syg my mom.
my mom nanges2 ckp tak pernah redha apa yg sister2 dia fitnah dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.064686 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list