Sumber IG
Menerima mesej jelik seolah-olah sudah menjadi resam buat mana-mana individu yang dikenali ramai. Walaupun tidak terbabit dengan dunia hiburan, selebriti keceragsan, Nana Al-Haleq tidak terlepas daripada menjadi mangsa 'haters'.
Menerusi perkongsian di Ig Story, Nana memuat naik 'screen shot' mesej pelik daripada seorang wanita. Katanya, pemilik akaun tersebut sering mengganggunya dengan memanggil gelaeran yang tidak elok seperti 'crazy b*tch' dan seolah-olah gembira melihat kecederaannya.
Menerusi hantaran berasingan, kata Nana, pemilik akaun itu pada awalnya memberikan maklum balas positif terhadap setiap perkongsiannya namun tiba-tiba berubah.
"Jujurnya, saya pun keliru. Kejap baik, kejap kurang baik. Saya pun tidak ada pula pernah balas mesej macam tak ikhlas ke apa apabila dia tanya mengenai sesuatu perkara.
"Orang yang kenal saya tahu saya ini kalau tak sibuk akan gigih balas mesej kongsikan maklumat.
"eliklah orang macam ni," coretnya.
Nana bagaimanapun menjelaskan dia sama sekali tidak terkesan dengan mesej berbaur negatif seperti itu. Dia mengongsikan perkara itu sebagai ingatan kepada orang lain agar menjadikan media sosial sebagai tempat yang selamat buat semua generasi.
"Saya kongsikan sebab saya sangat percaya bahawa kita perlu bekerjasama demi menjadikan internet khususnya media sosial sebagai tempat yang selamat di mana semua orang boleh berkongsi apa saja.
"Bagi saya, salah satu cara untuk menjadikan media sosial sebagai tempat selamat adalah dengan tidak menulis komen buruk.
"erkara ini simple sahaja. Fikir sebelum taip," coretnya lagi. -CARI
|