Sumber IG
Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 8, Shahir Zawawi enggan mendedahkan identiti wanita yang berjaya menakluk hatinya ketika ini.
Menerusi laporan Gempak, walaupun diajukan dengan sekeping gambar wanita yang didakwa sebagai kekasihnya, jejaka berusia 33 tahun itu tetap saja dengan pendiriannya untuk mengunci mulut.
"Kita masih lagi dalam proses, belum ada ikatan. Ye lah, bertunang pun belum lagi jadi kita tak mahu menguar-uarkan sesuatu perkara yang belum sahih.
"Jadi, saya ambil pendekatan untuk tunggu bila masa yang sesuai untuk berkongsi perkara tersebut," katanya.
Katanya, pengalaman cinta lalu yang putus di tengah jalan membuatkan dia lebih berhati-hati apabila membabitkan hal jodoh.
"Saya dah ada pengalaman sebelum ini, orang gembar-gemburkan jadi kita tak mahu perkara yang sama berulang. Jadi, tunggu bila dah betul-betul sah nanti.
"Saya selalu berdoa kepada Allah, kalau betul sesiapa sahaja adalah jodoh saya, permudahilah.
"Alhamdulillah, perkenalan saya dengan dia semuanya dipermudah. Persiapan perkahwinan tu pun kita dah mulakan dan setakat ini nampak semuanya berjalan lancar," katanya.
Pemilik nama sebenar, Ahmad Shahir Zawawi sebelum ini pernah bercinta dengan aktres, Erra Fazira namun terputus di tengah jalan dan masing-masing membawa haluan diri. -CARI
|